Thursday 16 October 2014

Susahkah Menyusukan?

Kali ni nak kongsikan tentang cabaran dalam penyusuan.

Bukan semua ibu-ibu menyusu lancar sahaja perjalanan penyusuan mereka kan. Ada masa mungkin akan rasai susu merudum, ada masa mungkin semangat menurun dan macam-macam lagi rintangan lain.

Masa kali pertama menyusukan anak pertama, sangat menduga sebab saya lahir dari keluarga yang tidak menyokong penyusuan susu ibu. Malah saya sendiri anak yang membesar dengan susu formula sahaja.

Since saya dah prepare awal-awal semasa hamil lagi nak menyusukan amak dengan susu ibu, tekanan tu dapat dikurangkan. PPUM anjurkan kursus laktasi 20 jam termasuk praktikal di PPUM. Sebagai jururawat, ia kursus yang sangat penting kerana PPUM adalah hospital rakan bayi. Mujurlah saya berkesempatan hadir semasa mengandungkan anak pertama.

Saya juga bawa suami ke Kelas Penyusuan Susu Ibu untuk berikan suami lebih kefahaman dan lihat sendiri fenomena ibu menyusu. Sungguh tak sangka, suami saya sangatlah sporting semasa kelas! Beliau menjadi salah 1 model untuk cara menyusu hehe..Alhamdulillah ia sangat membantu.
Jadi semasa kelahiran anak pertama, kami dah bersedia. Bila keluarga tak faham dan mak malah mertua saya minta suami campurkan susu formula pada anak kami, suami dapat handle dengan baik.

"Nanti dia perah lama-lama banyak la susu tu"
Pandai ajeee dia kan hehe..

Bagi saya sokongan suami sangatlah penting untuk isteri anda terus bersemangat menyusukan anak kalian.

Ibu bapa juga mertua bukanlah menentang kita untuk menyusukan anak sendiri, mereka cuma risaukan beberapa perkara:

- anak tak mendapat susu yang cukup
- kita kurang rehat
- kita tak sempat mengepam

Jadi sebagai anak pertama dalam keluarga yang menyusukan, saya memerah susu dengan membuat jadual semasa dalam pantang. Dan saya betul-betul patuh pada jadual tu. Alhamdulillah dari 2 oz naik ke 5 oz, dari 1 botol jadi 2 botol, dari 3 botol jadi 5 botol. Dan ia semakin banyak memenuhi peti ais di rumah mak saya juga rumah mertua.

Bagaimana saya buat praktikalnya?

Apa yang saya buat untuk terangkan bagaimana saya akan tinggalkan anak saya pada pengasuh semasa bekerja? Saya keluar bersama suami selama 1-2 jam dan tinggalkan anak kepada mertua (jika di rumah mertua dan sebaliknya) bersama EBM (express breastmilk - susu perahan). Saya ajarkan mertua bagaimana nak kendalikan susu perahan. Panaskan apabila bayi menunjukkan tanda lapar dan tahan selama 2 jam selepas direndam dalam air suam. Pada waktu tu mak dan mertua mulai faham bagaimana saya akan tinggalkan anak saya pada pengasuh apabila kembali bekerja tanpa perlu top up susu formula.

Bila dari anak pertama kita berjaya buktikan anaka masih boleh menyusu susu ibu walaupun kita bekerja, ia dah tak jadi masalah untuk anak seterusnya. 



Alhamdulillah. Ini anak ketiga saya, usianya bakal 1 tahun minggu depan, sepenuhnya breastfeed. 

Menangani Cabarannya

Ada masa kita malas mengepam, susu merudum yang amat. Cuba kenalpasti apa puncanya? 

- Adakah tubuh kita terlalu penat? Jika ya, kita perlu berbuat sesuatu untuk elakkan susu terus merudum. 
- Adakah kita stress? Atau sedang risaukan sesautu mungkin? Jauhkan perasaan dan fikiran tu terutama semasa mengepam susu

Jika susu merudum, cuba amalkan teknik yang pernah saya ajarkan ini. Ia sangat membantu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. 

Selain itu, yang paling penting, YAKINLAH dengan diri anda. Anda mampu menyusukan anak anda sendiri. 

Sekalipun EBM tinggal 1 botol sahaja lagi, stok untuk esok perlu diperah malam ini, yakinlah anda BOLEH. Percayalah ada rezeki untuk si comel anda. Pengambilan supplement tak mungkin dapat membantu jika anda tak yakin bahawa anda mampu menyusukan! Kerana apa yang kita fikirkan, ia mempengaruhi minda kita, lantas mempengaruhi tindakan kita. 

Cuba lihat formula mudah ini.

Susu merudum ---> Fikir susu tak cukup untuk esok ---> Stress 

Minda berfikir: Tak perlu laa susah payah nak pam susu, susu memang takkan cukup untuk esok.
Tindakan: Akan kurangkan sesi mengepam sebab dah yakin susu memang tak cukup

Cuba perhatikan sebaliknya.

Susu merudum ---> Fikir susu pasti akan cukup untuk esok ---> Optimis

Minda berfikir: Susu akan cukup, akan cukup. 
Tindakan: Akan kerapkan sesi mengepam susu, kerapkan direct feeding, dan akan buat teknik power pumping seperti yang saya ajarkan di atas. 

Hasilnya berbeza untuk 2 situasi di atas. 

Yakin dan percaya, susu ibu cukup untuk si manja kesayangan :)

Supplement hanyalah membantu, tindakan anda yang lebih penting. Kerapkan sesi penyusuan/pengepaman dan sentiasa optimis. 

Saya menyusukan anak pertama tanpa supplement. Dan saya hanya mengenali Supplement Shaklee semasa menyusukan anak kedua kami, Insyirah. Boleh rujuk pengalaman saya di entri 40 oz sehari ini. 

Hargai setiap momen penyusuan. Subhanallah. Ia sangat indah. Ada saya kongsikan tips menjadikan momen penyusuan sangat indah

Saya doakan anda yang membaca entry ini, berjaya dalam penyusuan :)

Jika anda seorang ibu menyusu, saya mahu berikan jadual mengepam istimewa untuk anda sebagai menghargai usaha anda menyusukan si comel. Emel pada saya hasanah3006@gmail.com untuk mendapatkan JADUAL MENGEPAM EXCLUSIVE dari saya secara percuma untuk semua pembaca. 

Salam sayang dari saya.

013-2896454


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...