Wednesday 30 January 2013

Panduan Memilih Breastpump

Ramai rakan saya sedang mengandung dan ramai juga yang telah bersalin, masih lagi melalui tempoh berpantang. Pastinya ibu-ibu baru yang mendapat anak pertama tertanya-tanya pelbagai soalan, pam apa yang bagus, nak pilih yang macam mana..

Sebagai meraikan rakan-rakan yang bertekad nak breastfeed baby anda, saya bawakan khas entri ini. Entri ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya yang turut bf baby mereka.



1. Bila nak beli breastpump (BP)?
Oppss..seeloknya saya cadangkan beli sebelum bersalin, kerana jika anda beli lepas bersalin, sure nak minta husband belikan ye dak..dibuatnya beli BP yang tak menepati citarasa..karang bukan susu yang keluar, tapi air mata pulak..hahaha :)

Untuk membuatkan pembelian anda berbaloi, jom ikuti celoteh saya berkenaan pemilihan BP.

Apa ciri-ciri BP yang bagus?

1. BP yang bagus sepatutnya mempunyai sedutan seperti bayi, ala-ala "sedut dan ada getaran gitu"..bukan yang "tarik, lepas, tarik, lepas".yang jenis no 2 ni memang sakit. Setengah yang tak tahan, akan bertukar BP seperti saya :) BP yang sedutannya seperti bayi menyelesakan dan tidak menyakitkan. LAgi satu yang saya nak masukkan dalam ni, sifat BP itu mestilah "mencengkam", bukan "tangkap lepas", kalau yang tangkap lepas tu bila guna rasa breast tak kosong pun, jadi proses pengepaman seolah-olah sia-sia dan membazir masa. BP yang mencengkam dengan baik dapat bantu anda mengosongkan breast dengan efektif, cara ini dapat memperbanyakkan susu.

2. Lihat pula ketahanan BP tu, adakah ia sesuai untuk kekerapan anda mengepam. Saya memang pengepam tegar, sehari boleh mencecah 5x-8x pam (dulu)..hahaha..jadi saya memang perlukan BP yang heavy duty. Kalau tidak, memang BP pun cepat rosak sebab motornya tak tahan, asyik kena gi hantar servis je la jawabnya. Jadi jika anda adalah suri rumah (aikkk, housewife pun kena pam jugak ke? Okes..ini saya ada entri yang hebat tentang ni.), maka BP yang sesuai cukuplah yang manual/bateri yang bukan untuk heavy duty motornya tu.


3. Pilih jenis yang memudahkan kerja anda, manual atau elektrik atau bateri? Saya sendiri memilih BP yang boleh berfungsi untuk ketiga-tiga jenis di atas, atau sekurang-kurangnya elektrik dan bateri. Jika ingin mengepam di tempat yang tiada electric sources, makan anda boleh gunakan bateri. Of course BP manual sesuai digunakan di mana-mana tetapi kalau untuk orang macam saya, saya sentiasa nak cepat dan multi-tasking, sambil pam sambil buat kerja, kerana itulah saya perlukan BP yang fleksibel.


4. Tengok pada BP yang anda nak pilih, adakah ia menghasilkan bunyi yang kuat atau jenis "senyap". BP yang silent adalah satu bonus kerana orang sebelah pun tak sedar, "rupanya member sebelah aku ni tengah mengepam"..hahaha..ia memang terjadi pada saya. It worth, berbaloi!


5. Single BP atau double BP? Soalan ni glamour sangat, jika anda mempunyai masa yang agak limited untuk mengepam, pam pun terkejar-kejar nak cepat aje, macam doktor kat tempat kerja saya laa..memang anda sangat memerlukan double BP. Memiliki single BP pun boleh, tapi bergilir-gilir pam. Kekadang sebelah susu dah menitis pun.

6.  Bajet. Part ni yang dulunya saya mengalah beli pam yang harga murah tu, sebab terfikir sayangnya nak beli pam yang mahal-mahal (sebenarnya bukan la mahal pun, masih dalam kemampuan lagi, cuma rasa terketar jugak tangan nak keluarkan duit sedebuk untuk beli BP yang harga beratus). Itulah kesilapan saya. Jadi, saya nasihatkan kawan-kawan yang ingin membeli BP, investlah pada pam yang berkualiti dan dalam bajet anda. Ada beberapa seller pam mengadakan kutu untuk pembelian pam, atau time discount, boleh intai-intai BP idaman anda. Ingat, BP yang murah bukanlah bermakna tak bagus, ia mungkin kurang sesuai kerana sedutannya, bunyi, jemis manual dan lain-lain, dan BP yang mahal bukanlah penentu anda dapat susu banyak..kuantiti susu bergantung pada bagaimana corak pengepaman anda. Ada saya kongsikan tips memperbanyakkan susu dan rahsia saya memperoleh lebih 40 oz susu sehari.

7. Ringan atau berat? Sesetengah orang tak kisah kelek pam yang boleh tahan beratnya ke sana ke mari. Tapi saya memilih BP yang ringan supaya mudah dibawa ke mana sahaja. Jika anda hanya mengepam di meja kerja dan statik, maka BP yang berat atau ringan mungkin bukan satu isu.

8. Spare part, yang ni saya letakkan last sekali kerana kebanyakan BP yang dijual (jenama glamour) ada spare part di kebanyakan butik barangan bayi. Melainkan anda beli BP yang tak berapa glamour, kat kedai pam pun jarang-jarang yang ada, itu memang problem besar tambah lagi bila kedai yang ada jual tu, spape partnya out of stock pula..hahaah..jadi nasihat saya belilah BP yang anda yakini dan senang didapati.

Sekadar itu yang dapat saya share dalam entri ini. Insya Allah saya akan update info dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini. Sebarang cadangan boleh komen di bawah ya.

~~~Happy Breatfeeding~~~




Tuesday 22 January 2013

Rangkaian Penjagaan Wajah bersama NutriWhite

Inilah "kegilaan" saya sekarang..selepas mencuba skincare Nutriwhite dari Shaklee ni, memang terbaeekkk la kesannya!

Apa kata mereka yang telah mencubanya?


Best kannnn..tak sabar pula nak try semua sekali nih..nanti saya dah try kesemuanya saya beri testi sendiri pula ya. Setakat ni saya baru guna 3 produk. Memang sangat berpuas hati. Kesan yang setanding jenama lain yang berharga jauh lebih mahal.





Sunday 20 January 2013

Pencuci baru saya!

Assalamualaikum...

Rindu mahu mencoret di blog sendiri..ahahaha..

Saya sebenarnya baru beberapa hari menggunakan pencuci muka Nutriwhite dari Shaklee ini. Nyata, hasilnya sangat memuaskan. 1 tiub Gentle Deep Foaming Cleanser tahan berbulan-bulan, daripada testimoni yang saya temui, kebanyakannya tahan 10-12 bulan. Wow!! 1 pencuci tahan setahun.
Selain menggunakan cleanser, saya juga menggunakan Soothing Radiance Whitening Softener. Ini merupakan toner yang sangat menyegarkan. Saya sukeee :)

Alhamdulillah, setakat yang saya cuba ini, kesannya memang terbaik. Yang cleanser tu, picit sikit je kat tapak tangan, tapi buihnya, memang power la. Kecil-kecil cili padi pulak..hahaha :)

Satu lagi produk yang bakal saya beli dalam tempoh terdekat ini adalah Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15. Tak sabar pula nak tambah rangkaian penjagaan kulit muka dengan Nutriwhite ni.

3 produk ini adalah produk asas jika anda mahu menggunakan Nutriwhite secara berdikit-dikit, jika tak nak cuba pelbagai lagi produk Nutriwhite, gunalah yang 3 ini, pasti memadai :)

Nak dapat hasil ayng mengagumkan! Jom cuba Nutriwhite.

Wednesday 16 January 2013

Uruskan rambut bersama Shaklee

Hari ini adalah hari pertama saya menggunakan Revitalizing Shampoo dari Shaklee ni. Sebelum ni saya cuba Nourishing Scalp Treatment sahaja. Nyata, saya amat berpuas hati..padahal baru first time cuba. Balik rumah jam 10 malam, seharian di luar pun, rambut masih lagi lembut dan tidak kusut.

Saya saja cuba sebab memang ada rambut gugur..Bila guna Nourishing Scalp Treatment tu memang saya salute la. Sebab tu saya nak add syampu ni. Memang power laa kesannya. Nanti saya update ya bagaimana tahap keguguran rambut saya yang dulu amat kritikal.

Inilah Revitalizing Shampoo yang saya maksudkan.

Bagusnya syampu ini;

  • Ia mengandungi humektan yang bertindak melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Memiliki sistem pembersih yang lembut dan berpaten (emmm,..patut laa rambut jadi lembut semacam nih)
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu mengeringkan atau melembapkannya.
Wah! Best kan...saya makin suka guna syampu ini. Tak menyesal langsung beli..memang berbaloi-baloi.

Sunday 13 January 2013

Percutian 2012- Langkawi

Pada akhir tahun yang lalu, saya berpeluang bercuti ke Langkawi bersama keluarga kecil saya (saya, suami dan 2 orang anak).


Alhamdulillah, ada bajet lebih sikit, boleh la pergi melancong..hehehe

Kami bertolak ke Kangar dan tidur semalaman di rumah bapa saudara sebelah suami, kemudian bertolak ke Langkawi dari Jeti Kuala Perlis.

Di Langkawi, saya memilih tinggal di homestay (sebenarnya dah lewat untuk booking hotel, mostly semua dah penuh..hihi)..best pula tinggal di homestay..tuan rumah yang begitu peramah, breakfast siap dapat nasi tambah lagi..

Nanti saya upload gambar kami ke sana ya.




Saturday 5 January 2013

Joint Health Tablet Promotion

Shaklee Malaysia menawarkan Promosi AJHT pada harga yang sangat berbaloi dan berpatutan. Anda beli 6 botol, dapat FREE 1 botol AJHT. 



Jika anda berminat mendapatkan AJHT ini pada harga promosi, dapatkannya dari saya sepanjang Januari ini. Boleh share dengan adik beradik atau rakan, untuk hadiahkannya pada ibu bapa juga mertua masing-masing.

Tubuh pun lebih sihat dan senang beribadah~ kata ibu kepada rakan saya yang mengamalkan AJHT ini.

Shaklee memberi keyakinan bahawa AJHT ini terbukti berkesan seawal tempoh 5 hari penggunaannya. Tetapi kabanyakan pembeli merasakan kesan yang lebih awal.

Apa tunggu lagi? Jom hubungi saya untuk dapatkannya.

| Hasanah Ahamd
| Shaklee ID: 869540
| SMS: 013-492 6468
| Email: hasanah3006@gmail.com

Wednesday 2 January 2013

Atasi masalah sendi bersama Shaklee

Wah wah..sempena Promosi Januari ini, ramai yang order AJHT (Advane Joint Health Tablet). Apa yang bestnya, AJHT dijamin oleh Shaklee melalui kajina klinikalnya, ia terbukti berkesan melegakan sakit sendi dalam tmepoh 5 hari sahaja! Cepat kan kesannya..tetapi kebanyakan customer yang mengambil AJHT ini mula merasai keberkesanannya seawal hari ke 2-3..Wow!

Jom follow sedikit perkongsian berikut tentang AJHT.

AJHT adalah produk Shaklee yang terbaru dilancarkan semasa National Conference Jun yang lalu. Ianya khusus untuk memelihara kesihatan sendi. Mari lihat bagaimana AJHT bertindak :)


1. Menyokong kesihatan sendi


AJHT mengandungi ekstrak Boswellia untuk:

-Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. 
- Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. Bertindak sebagai kusyen

 AJHT mengandungi ekstrak jagung yang berfungsi untuk :

- Membantu mengekalkan tulang rawan
- Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
- Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C merupakan nutrien terpenting dalam kesihatan sendi. ini kerana zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.


Ada lagi entri menarik saya tentang AJHT ini. Tunggu ya...

Ingin hadiahkan untuk ibu bapa atau mertua? Jangan ragu-ragu, anda telah buat pilihan yang sangat bijak.

Beli 6 PERCUMA 1, dapatkannya hanya dari saya di IMNAH03. Place your order now. Isikan borang yang disediakan di atas :)

| Hasanah Ahmad
| SMS: 013-492 6468
| Email: hasanah3006@gmail.com
| Facebook: Hasanah Ahmad
| Fb Page: My Super Store

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...