Thursday 27 November 2014

Pengalaman Bersalin

Hari ni nak kongsikan pengalaman saya bersalinkan ketiga-tiga anak. Pengalaman setiap anak tak sama, dan setiap kali kontraksi datang, memang perasaan "takut" tu ada. Sampaikan pernah 3 jam sebelum melahirkan anak ketiga, saya ditempelak oleh adik sendiri kerana masih belum mahu ke hospital atas alasan "takut nak bersalin", katanya,"Hai, yang dah 2 kali beranak sebelum ni tak takut ke?"

Hahahaha!

Jemput baca pengalaman saya bersalin 3 orang anak dalam tempoh 5 tahun perkahwinan :)

Anak pertama - Izzat

Mengandungkan Izzat selepas 3 bulan berkahwin. Izzat lahir bulan 14/12/2010. Masa tu seingat saya due 18/12/2010. Seawal 10/12/2010, saya keluar tanda darah bercampur lendir. Saya dah agak tanda kelahiran tak lama dah, asalnya belum mahu ke hospital kerana belum merasai kontraksi, tapi sebab anak sulung,masa tu di rumah mertua dan mereka pun risau, so saya ke hospital juga. Semasa diperiksa di labor room, bukaan baru 1 cm. Dan memang standard bila keluar tanda awal macam tu bukaan 1 cm. Hehee..So kena la admit 1 hari, bila diperiksa esoknya bukaan masih sama dan tiada tanda-tanda kelahiran lagi, saya dibenarkan pulang :)

Selepas 3 hari disharge, suami pun dah habis cuti (suami ambil cuti untuk hantar saya ke kampung, saya ambil cuti awal 1 minggu untuk bersalin di kampung), hari Ahad masih tiada tanda bayi mahu keluar, suami terpaksa pulang ke Lumut untuk bekerja. Dan Isnin saya ada follow up di KKIA (klinik Kesihatan Ibu dan Anak), alhamdulillah everything ok. Isnin tu dah start rasa pinggang makin "berat", rasa serba tak kena. Saya diamkan aje, masa tu dah kembali ke rumah mak sendiri. Tengah malam, lebih kurang jam 11 malam gitu, waktu tu tengah baca novel sambil berbalas sms dengan biras saya, masa tu mula terasa sakit yang amat sangat. Sekejap je. Then release. Bila hilang sakit tu, rasa lega sangat. Saya terkejut sebab sakit tu tiba-tiba. Adik tengah study sebab musim dia tengah exam STPM masa tu, saya menjerit kecil panggil nama dia. "Aku rasa macam nak beranak dah ni", saya beritahu adik. Dia pun teruja sama hahaha..Dia tanya, nak panggil ayah tak? Saya kata tak perlu, biarlah dulu. Kemudian datang rasa nak terkencing, dan nak buang air besar. Kejap-kejap rasa nak kencing, kejap-kejap rasa nak buang air besar. Bila ke tandas takde membuang pun, air kecil ada laa. Dan air kencing bercampur dengan sedikit darah. Darah tak mewarnakan air kencing (bukan hematuria), tapi darah tu nampak macam bebenang je. Masa tu saya dah rasa saat kelahiran semakin dekat.

Lihat jam semasa sakit kontraksi. Ini sangat penting untuk membantu kita kenalpasti kontraksi yang betul. Semasa sakit kontraksi, saya lihat kekerapan ia sama, setiap 15 minit sakit tu datang, kemudian ia semakin kerap, Hinggalah setiap 10 minit ia datang. Mak saya kata, bila kaki makin sejuk macam ais, iya lah tu, tanda semakin hampir.

Jam 12 tengah malam saya dibawa ke hospital oleh mak ayah, terus ke Labor Room, bila diperiksa bukaan 4cm. Staff nurse pasang CTG. Kemudian dipindahkan ke labor room. Bila bukaan dah 8cm pada jam 1 pagi, mak saya dijemput masuk untuk menemani, kerana suami jauh di Lumut masa tu. Masa bukaan 8 cm, sakitnya hanya Allah yang tahu. Bacaan Lailaha Illa Anta Subhanakainni Kuntu Minazzolimin (doa Nabi Yunus) tak putus-putus. Makin kuat kontraksi, makin kuat saya menyebut. 

Alhamdulillah nurse pun baik-baik belaka. 

Saya request nak doktor perempuan. Saya tanyakan pada nurse, ada doktor perempuan, cuma HO (houseman) la. Saya kata takpa. Tak kisah la HO pun. Janji perempuan. Dan rupanya HO tersebut merupakan kenalan saya semasa sekolah rendah! Hihii..

Alhamdulillah jam 1.25 pagi, selamat lahir anak sulung kami. Bila os fully open, bayi dah bersedia untuk keluar, pada masa kontraksi datang, tarik nafas, baca bismillah dan teran sekuat hati. Jangan lepaskan nafas masa meneran. Meneran di punggung, bukan meneran di muka. Ada bezanya tu. Saya akan ceritakan perbezaannya kemudian ye :)

Lupa nak beritahu, bila kontraksi datang (sebelum bukaan penuh), jangan menggenggam apa-apa. Kang tenaga anda habis di situ sahaja!

*****************

Even sekarang dah anak tiga, suami tak pernah berkesempatan masuk. Anak kedua dan ketiga lebih cepat prosesnya. Malah hampir terberanak dalam kereta pun ada! 

Tunggu cerita saya untuk anak kedua dan ketiga ye. Hehee..

Wednesday 26 November 2014

Rahsia Perut Kempis Seawal 4 hari!

Kami ada rahsia bagaimana mahu mengempiskan perut yang semakin ke depan hanya dalam 4 hari!
Ya. Ini testimoni yang berjaya.

Customer anak didik Shaklee saya membuktikannya. Bukan beliau seorang sahaja. Puluhan lagi telah berjaya dengan Set Slimming Shaklee ini.

Gabungan Herblax dan Lecithin sangat membantu untuk:

- mengempiskan perut
- mengatasi masalah sembelit
- menurunkan berat badan
- mengurangkan inci tubuh

Nak tahu? Rata-rata customer yang mencuba set ini memberi komen:

- peha tak lagi bergesel bila berjalan. Pedih tau! Set ini banyak membantu.
- seluar semakin longgar selepas amalkan set ini
- sekarang tiada lagi masalah lama di toilet kerana sukar membuang. Lawasss je rasanya!


Hubungi ratu Slimming Set Shaklee ini untuk order :)

Beliau boleh dihubungi melalui facebook atau whatsapp di 012-228 5798.



Setiap pembelian melalui adik Dilla yang comel ini, saya pasti anda akan mendapat konsultasi sebaik mungkin, dan dapat TIPS-TIPS SPECIAL untuk melangsingkan badan. 

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rahsia istimewa ini :)






Monday 24 November 2014

Pengajaran kisah Mah: Kerana Aku Juga Seorang Mah!

Selepas tersebar kisah pengakuan suami Mah yang curang, pelbagai kontroversi datang menyinggah. Saya tak pernah ulas di facebook saya sebelum ni semasa kisah tu tengah hot. Hari ni, saya terpanggil nak menyuarakan pandangan saya sebagai seorang isteri.

Anda tak tahu kisah ini? Saya pernah kongsikan kisah glamor ini. Jemput baca ye :)

Bila baca kisah tersebut, memang nampak terang jelas malah bersuluh, salahnya suami Mah kerana berzina. Dan banyak persoalan dilontarkan, kenapa baru berterus terang selepas 6 tahun?

Sebagai seorang isteri, saya agak terguris dengan kisah ini. Minta dijauhkan kita semua dari kisah seperti ini yang sangat menghiris hati.

Memang suami Mah bersalah, malah melakukan dosa besar. Ya, zina merupakan dosa besar. Suami Mah ada banyak yang perlu diperbaiki.

Lupakan sebentar dosa dan salah suami Mah, kerana di sini saya mahu terangkan tentang pengajaran di sebalik kisah yang penuh iktibar.

Seperti saya katakan tadi, bukan saya tak terkesan, tidak terasa hati, saya sangat berkecil hati dengan kisah ini, tapi sebagai wanita, bila cerita seperti ini sampai ke pendengaran, tak mahukah kita ambil iktibar darinya?

Kisah ini saya lihat penuh dengan 1001 pengajaran untuk kita kutip. Jom kita semak apakah iktibar itu:

1. Komunikasi antara suami isteri sangat penting.
Bukan komunikasi biasa, tapi "bicara dari hati ke hati". Kita boleh hidup 10 tahun sebagai suami isteri, tapi adakah kita bahagia? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jom periksa dalam rumahtangga masing-masing. Suami nak ke tempat kerja, kita sediakan sarapan, jemput suami makan, bersalam sebelum ke tempat kerja, suami pulang kita hidangkan air, malam layan suami makan dan tonton TV. Pasti ada perbualan. Tapi perbualan itu tak sama dengan bicara dari hati ke hati ini. Sungguh saya jadi takut bila masa bersama suami banyak di"langha"kan dengan handphone masing-masing. Ambil waktu untuk berjauhan dengan handphone semasa bersama suami. Buat mereka yang jalankan bisnes online yang hampir 24jam dengan telefon seperti saya, moga kita semua istiqamah. Waktu bersama suami (suami tengah makan, kita makan bersama, if perlu jaga anak, temankan anak, jauhkan telefon). sama juga masa suami tengah tengok TV. Bila berbincang dari hati, kita tanyakan suami jika ada kekurangan kita yang perlu kita perbaiki. Silapnya ramai isteri malu nak mengaku dan malu bila suami beritahu kekurangan itu. Contoh suami tegur perut makin berisi, janganlah buat-buat tak faham pula. Rajin-rajin amalkan senaman, nak lagi bagus amalkan produk untuk kempiskan perut. Jika nak produk Shaklee untuk kempiskan perut, boleh tanya saya ye :)

2. Kerapkan solat berjemaah bersama suami.
Saya sangat memahami kekangan masa kerana bekerja, kita tak dapat berjemaah bersama suami. Solat berjemaah antara suami isteri, akhiri dengan zikir dan istighfar bersama, insya Allah saya sangat yakin Allah akan memelihara sebuah rumahtangga yang menjaga agamaNYA.

3. Perbaiki diri dari semasa ke semasa
Selain dari bicara dari hati ke hati dengan suami di atas tadi, bagus sangat kalau kita isteri koreksi semula diri kita. Apa yang tak kena? Apa yang kurang? Janganlah ego dan sombong tak kena tempat untuk selamatkan sebuah rumahtangga. Tak salah, malah banyak untungnya jika kita sanggup turunkan ego kita, kecilkan diri kita dan lihat suami "BESAR". Dulu saya pernah dengar ustaz ustazah kata, hadis Nabi ada menyebut (saya tak pasti yang mana sanadnya), jika seorang manusia boleh bersujud pada manusia lain, akan aku perintahkan seorang isteri bersujud pada suaminya. Lebih kurang gitu laa hadisnya. Dari sini, ambil pengajaran untuk perbaiki diri kita dan menjadikan kita special di mata suami. Jangan selalu syok sendiri berasa disayangi, dicintai suami kerana hakikatnya mungkin tak sama. Jika sebelum ni 4 tahun berkahwin setiap hari makan di luar kerana tak pandai masak, apa salahnya belajar memasak untuk memenangi hati suami. Jika sedar diri muka berjerawat penuh di muka, apa salahnya baiki diri dengan rawat muka. Nak bagus, boleh guna set kecantikan yang meletup hebat ini. Kulit takde jerawat? Apa kata haluskan lagi tekstur kulit dengan Collagen terbaik. Jika rasa hubungan kelamin agak hambar, cubalah Alfalfa untuk bantu hangatkan lagi hubungan bersama suami. Ia mungkin nampak remeh pada sesetengah orang, tapi jangan lupa, banyak kes perceraian yang berlaku kerana tiada kepuasan semasa hubungan kelamin. Alfalfa Shaklee sangat membantu untuk ini.

4. Tingkatkan ketrampilan diri
Saya pernah terbaca dalam satu majalah rumahtangga lama dahulu, semasa di rumah, elakkan memakai t shirt dan berkain batik kerap sangat. Dan jangan sesekali memakai baju tidur kaftan (orang panggil baju tidur "kelawar" tu). Kenapa ek? Cuba kita berfikri logik, jika seorang suami boleh tergoda dengan perempuan lain di luar yang berpakaian ketat, seksi, kenapa tidak kita begitu semasa di rumah? Mungkinkah suami boring dengan "pemandangan" yang sama sahaja selama 5 tahun berkahwin? Cuba ubah penampilan diri kita. Pakai baju tidur seksi ke, pakai baju ketat semasa di rumah ke. Yang penting dalam rumah tu tiada yang bukan muhrim la, dan if tinggal bersama mertua, jangan la pulak berpakaian macam tu kan. Pepandai laa adjust.  Rajinkan diri ke spa, belai diri dengan masker, dan scrub tubuh, buang bauan yang tak enak pada tubuh. Suami mungkin tak beritahu kita (atau tak mengaku even ditanya), tapi sebagai isteri kita kena kreatif dalam hidup berumahtangga.

5. Banyakkan senyuman
Perasan tak, semasa bekerja, kita mudah lemparkan senyuman pada sesiapa sahaja, pada rakan sekerja, pada bos, pada klien. Tapi di rumah, dengan suami yang dimuliakan Allah ini, kita tunjukkan wajah keletihan, muka masam. Tak adil untuk suami kan. Saya pun sedang perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Banyakkan senyuman dalam rumahtangga, dan elakkan bercakap tentang kekurangan, perbezaan, dan seumpamanya kerana ia menatijahkan sakit hati, dendam dan benci. Banyakkan berterima kasih dan senyum biarpun apa yang dilakukan "kecil" pada mata kita, contoh suami tolong belikan barang dapur, tak salah ucapkan "Terima kasih, abang" tanda kita sangat menghargai usahanya. Terkadang benda-benda kecil seperti ini ramai yang terlepas pandang, malah kita sendiri pun suka dihargai kan. Hargai pasangan dahulu, baru kita akan dihargai :)

6. Amalkan memeluk suami setiap hari
Saya pernah mendengar DMFK dalam TV berkata, suami yang memeluk isteri selama 10 saat akan bertambah usia selama 5 tahun. Maksudnya bila berpelukan, kita dapat rasa ketenangan. Amalkan memeluk suami setiap hari. Bila berpelukan dengan suami, kita rasa lebih yakin dan lebih disayangi kan. Kasih sayang kita pun mengalir pada suami. Kang sepanjang ke tempat kerja teringat-ingat pada isteri di rumah. Tak rugi sesen pun bila peluk suami sendiri. Cubalah amalkan!

Semoga tips-tips yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua :)

Bab lelaki/suami, mereka perlu belajar perbaiki diri dengan cara lain. Tentang peranan kita? Itulah yang kita kena ubah atau pertingkatkan. Dan entry ini membicarakan sebahagiannya.

Kenapa saya kisah?
Kerana saya juga seorang -MAH, surirumah bekerjaya!
Saya mahu sentiasa wangi, terurus, bijak dan sempurna di mata suami :)

Semoga semua yang membaca ini dapat menjadi isteri yang solehah dan kesayangan suami masing-masing. Semoga Allah memelihara rumahtangga kita semua dari ujian yang tidak kita ingini. Ameen.

Jika anda ada pengalaman/pandangan boleh kongsikan di ruangan komen untuk pengajaran kita bersama :)

Terima kasih atas kesudian membaca entry ini :)

Hasanah Ahmad
Your Parenting Partner

Sunday 23 November 2014

Pengakuan Suami Yang Curang

Saya kongsikan di sini cerita yang pernah dimuatkan di berita Sinar Harian. Kisah ini mendapat puluh ribuan like, malah dikongsikan berkali-kali. Yalah, sebagai wanita, saya sangat memahami perasaan seorang isteri bila hadapi situasi sebegini. 

Pada anda yang belum pernah membaca kisah Mah yang popular ini, jemput baca..

***********************************************

Pagi ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.


Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali.

Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa.

Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya.

Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan.

Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.

Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.

Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah.

Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?

Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit.

Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman.

Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

****************************************************


Saya akan kongsikan pula pandangan dari luar kotak untuk kisah ini. Jeng jeng jeng...


Hasanah 

Senyummmmm je baca :)

*Entry asal dari Sinar Harian.

Sunday 16 November 2014

Sabarlah, ibu!

Tengok pada gambar ni, kadangkala datang rasa sedih.

Saya kadangkala ada la juga begini. Yang ni bergaduh, yang ni menangis. Memang agak stress juga dibuatnya kan.

Bila fikir dengan logik, kesian anak-anak bila dimarah, diherdik, ditengking. Saya bukanlah tak pernah marah anak, ada juga tapi under control la. Saya sangat kasihan melihat anak kecil yang penuh kesan lebam sana sini pada anggota badan dicubit ibu/bapa.

Bila marah anak, berusahalah untuk kontrol diri kita. Jangan turutkan sangat nafsu. Kadang-kadang kita marah bukan sebab nak beri pengajaran atau didikan, sebaliknya untuk puaskan hati kita je kan. Dapat lepaskan geram kita atas kenakalan anak-anak. Saya akui ini.

Alaa..kita kecik-kecik dulu pun nakal jugak kan. Entah-entah lebih teruk lagi kan hehee.. Sekarang alhamdulillah saya belajar untuk kontrol diri agar tak keterlaluan marahkan anak.

Nak tahu apa yang saya amalkan sekarang?

Tips saya dalam mendidik anak:
- Jangan biarkan anak menangis hingga tertidur
- Mesti peluk anak selepas dimarahi/ditegur
- Jelaskan kepadanya kenapa dia kena marah dan apa yang dia sepatutnya buat
- Bila si adik tidur, beri perhatian pada yang sulung sepenuhnya. Main susun kereta sama-sama, main kuda-kuda, menulis/mewarna, mengaji Quran dan lain-lain. Dengan ini dia rasa kita sayang dia sungguh-sungguh.

Sebab anak-anak dia kadangkala nakkan perhatian, maka dia express kan perasaannya dengan mengganggu adik yang masih bayi, menumpahkan air, pecahkan pinggan nasi dan macam-macam lagi. Dia cuma nak kita belai dia seperti yang kita buat pada adik yang masih kecil. Yalah, nak cakap tentang kasih sayang, dia tak tahu nak sebut tapi itulah yang dia mahukan.

Saya bukanlah tak marah anak langsung. Secara peribadi, bagi saya marah sikit-sikit takpa, cuma jangan sampai pukul anak kecil. Kang jadi kes dera pula. Dan jangan dibiasakan sangat marah-marah anak kecil, nanti mereka membesar dengan kurang keyakinan diri sebab dari kecil didikan dari keluarga "buat apa pun salah".

"Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang"

Hasanah
Ibu pada 3 anak yang riang :)

Sunday 9 November 2014

Tanda-tanda Anak Mengalami Autisme

Pasti anda pernah mendengar perkataan Autisme kan? 

Tapi tak ramai yang mengambil berat apakah itu autisme. Jom baca sedikit perkongsian saya tentang autisme. 

Apakah itu autisme?

Autisme adalah satu gangguan di mana kanak-kanak mengalami kesukaran dalam berinteraksi sama ada secara komunikasi lisan mahupun perbuatan. 

Apakah tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami autisme?

Untuk pengetahuan anda, tak semua kanak-kanak mengalami tanda gejala yang sama. Ada sebahagian yang hyperactive dan agresif, namun ada juga kanak-kanak yang agak pasif. Tak semua sama ye.

Jom lihat carta ringkas ini yang menerangkan tentang tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami gangguan ini. 


Selalunya tanda gejala ini dapat dikesan oleh ibu bapa sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun. Ibu bapa dapat mengesan masalah ini seawal usia anak-anak sebelum 1 tahun lagi, seperti tanda seperti di bawah. Ini hanyalah memberi idea kepada ibu bapa jika anak anda mengalami masalah seperti ini, silalah berjumpa doktor untuk pengesahan lanjut. 


Perlu diingat bahawa tanda-tanda ini tidak sama bagi semua kanak-kanak yang mengalami gangguan autisme ini tau. Semoga dengan info ini kita menjadi lebih peka agar dapat mengesan awal sebarang keabnormalan yang berlaku pada anak-anak. Lagi cepat ia dikesan, kita telah membantu anak-anak untuk membesar dengan lebih baik :)

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang mengalami Autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU), dan memiliki kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Malaysia.

Autisme tidak dapat dipulihkan, tapi ia boleh dirawat. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua :)

Hasanah 
013-2896454
Your Parenting Partner :)

Anak Tak Sihat?

Hari ni nak cerita tentang Omega Guard.

Senang cerita yang orang duk panggil Minyak Ikan. Yes. Fish Oil. Omega Guard ini adalah asid lemak Omega 3 yang kaya dengan EPA dan DHA. Tubuh kita memerlukan Omega 3 ini tapi ia tak dapat dihasilkan oleh tubuh. Kita perlu mendapatkannya dari sumber luar, iaitu melalui makanan seperti ikan salmon, ikan tuna dan certain sayuran.

Minyak ikan ini sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, meningkatkan daya ingatan dan tumpuan, memelihara kesihatan sendi, malah ia sangat berguna untuk mereka yang sedang menurunkan berat badan. 

Nak tahu lebih banyak manfaat Omega Guard?
Saya pernah ceritakannya. Jangan lupa untuk baca entry lama saya ye hehe :) 

Selain golongan di atas, Siapa lagi yang memerlukan Omega Guard ini?

  • Ibu hamil dan ibu menyusu - DHA dan EPA yang terdapat dalam Omega Guard ini membantu perkembangan otak bayi yang lebih bagus
  • Mereka yang sedang berdiet - Omega Guard merupakan PEMBAKAR LEMAK terbaik untuk membantu menurunkan berat badan
  • Anak kecil - membantu perkembangan otak yang lebih baik dan kanak-kanak lebih pintar
Nak tahu tak?

Kanak-kanak yang mengalami masalah batuk dan selesema, apabila diberikan Omega Guard, alhamdulillah kesihatan mereka bertambah baik selepas itu. Saya sendiri telah beberapa kali mengujinya dengan memberikan Omega Guard pada anak kami, 2 tahun dan 3 tahun. Ia terbukti berkesan. 

Jika anak anda mengalami masalah yang sama, jangan berlengah lagi. Omega Guard mengandungi anti-histamine untuk mengurangkan masalah inflamasi/keradangan pada salur pernafasan! 

Shaklee memberikan PROMOSI HEBAT sempena November ini untuk setiap pembelian Omega Guard. Jika anda ingin membeli untuk si kecil anda, saya menawarkan harga istimewa untuk anda. 

Kesihatan anak-anak tinggi nilainya untuk kesejahteraan keluarga kan :)

Hasanah 
013-2896454

Friday 7 November 2014

Tubuh Mudah Letih Semasa Menyusu?

Menyusukan adalah momen yang sangat indah! Namun tak dinafikan, tubuh kita letih gara-gara bangun malam mengepam susu untuk dijadikan stok.

Dengan kerja-kerja rumah, kerja pejabat, kadangkala diri keletihan.

Perlunya vitamin unutk ibu menyusu, bukan untuk menambahkan kuantiti susu ibu semata-mata, tapi memberikan ibu kesihatan yang lebih baik, tubuh yang lebih segar dan cergas.

Vitamin yang dicadangkan untuk ibu yang menyusu ialah seperti di bawah:


Ia adalah kombinasi vitamin asas vitamin untuk menggalakkan penyusuan.

Vitamin asas seperti vitamin B, C serta Vitalea adalah untuk memelihara kesihatan, memastikan ibu kekal bertenaga dan tidak mudah keletihan. Bila kita mengambil 3 vitamin ini, jika pada hari sibuk pun kita masih kekal cergas lagi. 

Vitamin yang merangsang menambahan susu ibu ialah Alfalfa dan ESP. Terbukti supplement ini membantu untuk meningkatkan kuantiti susu ibu jika diamalkan dengan teknik yang betul. 

Ostematrix pula membantu untuk penyusuan semasa ibu didatangi haid. Kerana terdapat sesetengah ibu yang mengalami masalah susu merudum semasa period. Insya Allah Ostematrix dapat membantu masalah ini. Anda juga boleh baca manfaat lanjut OStematrix.

Saya sendiri mengamalkan supplement ini untuk menyusukan anak saya sekarang, 1 tahun usianya, menyusu susu ibu sejak lahir hingga sekarang. Alhamdulillah saya sendiri rasa sangat bertenaga bila amalkan pengambilan vitamin ini. Tubuh tak la mudah melepek bila menjelang malam :)

Banyak testimoni mereka yang telah mencuba set ini. Anda boleh rujuk di facebook saya. 

Nak baca kisah saya mendapat lebih 40 oz susu perahan dalam masa sehari? Ada saya ceritakan dalam entry yang lepas

Jika nada berminat mencuba set penyusuan yang ohsem ini, anda boleh hubungi saya atau whatsapp saya untuk konsultasi. Dijamin harga terendah dan mampu milik! 

Hasanah
013-2896454

Wednesday 5 November 2014

Percutian ke Sarawak

Baru-baru ni saya ke Sarawak bersama suami, kakak (bersama anaknya 2 tahun) dan mak. Tujuan asal sebenarnya nak menghadiri majlis konvokesyen adik saya di UNIMAS. Tapi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke bulu ketiak kata orang. Hehee maka jalan-jalan laa kami sekitar Sarawak. Trip kami cuma 2 hari 1 malam sahaja. Sekejap cuma tapi kami manfaatkan betul-betul. 

Jom baca cerita saya semasa di sana. 

Selamat landed di airport Kuching
Flight saya seawal jam 7.20 pagi menggunakan Malindo Air, naik di KLIA2. Saya bawa bersama Irfan, 1 tahun. Yang lain kena tinggal hehe..Sampai di Kuching, Sarawak sekitar jam 9.10 pagi, adik saya dah sedia tunggu di airport. Di airport turun je flight, perlu lalui imegresen dulu, dapatkan pas lawatan. 

Lama juga di sana sebab beratur panjang kan. Tapi quite ok laa sebab saya kendong baby so dapat line khas hehe..Hampir jam 11 pagi kami ke restoran berdekatan UNIMAS, jamu selera dulu. Restoran 1 Malaysia tuuuu..

Adik saya dah siapkan agenda sepanjang 2 hari kami di sana. Memang tak rehat laa..Siap lunch terus ke pasar Serikin yang sangat WOW! Ni sangat best untuk orang yang suka membeli belah okey. Hehee..saya cuma borong ukiran yang diperbuat dari kayu jati untuk dihadiahkan kepada babysitter dan mertua. Teringin juga nak rembat beg sebijik dua, tapi incik suami pun tahu saya bukanlah seorang yang suka buat koleksi. Beli dan pakai, 1 beg dah ada cukuplah. Uhuk uhuk..so tengok je la beg yang cantik tu..Jamu mata kata orang. Pasar ni tutup sekitar jam 2 petang. 

Then kami ke Jong's Crocodile Farm & Zoo, tengok buaya laa senang citer. Tiket dewasa RM16, kanak-kanak RM8. Jika anda warga Sarawak, tiket lebih murah, dewasa RM10 kalau tak silap saya. Masuk kat dalam tu, wah! Terpegun tengok sang buaya. Masa ni sangat-sangat teringat pada anak sulung kami, Izzat. Selalu teringat dia tengok cerita hikayat lama sang kancil dengan buaya hehee..


Wristband kena pakai. 

Ni haa maek la saya jamu buaya satu hehe..


Besar mak aihhhh!! Terkojut saya melihat buaya ni. Dah la nganga mulut. Suami saya kata depa dah potong gigi buaya, sebab tu gigi buaya tu dah tumpul. Betui tak tidak, tak tahu la pula saya. Ke kena kelentong jer daku nih dengan incik suami! 

Okey, ni lagi jamuan mata hehee...

Ni anak buaya je 

Best laa ambil-ambil gambar di sekitar sana. Masa ke sana lebih kurang jam 3 petang. Pusing-pusing sampai tak larat nak berjalan, so kami berehat di bangku.

Jom layan gambar di sana.




Kemudian kami ke hotel untuk check in. Solat dan berehat sebentar. waktu solat di Sarawak sejam lebih awal dari KL. Jam 6.30 petang tu dah maghrib. dan keadaan sekeliling pun dah gelap. Malam tu jam 8 malam kami dinner di Restoran Barok (maaf tak ingat nama penuhnya). Restoran dalam taman. Wah..menariknya. Duduk bersila memudahkan untuk saya yang ada anak kecil. Yalah. Boleh jugak letak kejap-kejap kan. Tak la lenguh sangat tangan. Yang bestnya di sana kami makan nasi ayam pansuh, itu yang specialnya di sana. Ala-ala sup ayam, tapi dimasak dalam buluh. Dan ayam penyet pun sedap GRED A sambalnya (bagi saya yang tak suka pedas). Ayam penyet kat sana nama lain. Mereka tak sebut ayam penyet. 

Lupa nak cerita, jam 8 malam kat sana macam jam 10 malam-11 malam kat KL.

Kat sana saya jumpa anak bisnes, kak Hazla namanya. Beliau seorang pensyarah di UNITAR Kuching. Saya minta beliau bawakan OStematrix, memang lupa nak bawa. Tu supplement penting if nak travel dan nak jalan-jalan. Tak la esok pagi bangun tidur tubuh sakit-sakit. Alhamdulillah. Ada Ostematrix memang sangat membantu!

Selepas dinner kami ke kedai kek lapis. Ada 2 kedai yang femes di sana, Mira Cake House dan Dayang Salhah. Dont worry, memang ada tester. So takla kita terkial-kial nak beli yang mana kan. Kami cuba dulu. Tengok mana yang sedap. Esoknya datang beli lagi hehe

Selesai program malam tu, saya kembali ke hotel untuk berehat dan tidur. Esoknya jam 4.30 pagi dah Subuh. Jam 8 pagi breakfast terlebih dahulu. Tapi sayang kedai makan tak banyak yang buka awal. So makanlah seadanya. Breakfast dengan laksa Sarawak. Kakak dan suami saya makan mee kolok.

Pagi ni best sebab naik sampan! Hehehe..Seingat saya ini pengalaman kedua saya naik sampan dalam tempoh 18 tahun barangkali!Saya sukaaaa...



Park kereta, dan naik sampan untuk ke kedai kek lapis. Boleh je if nak naik kereta, tapi adik dah plan siap-siap nak bagi expereince yang BAIKKKK punya kat kakak-kakak dia ni. So layankan aje..Memang kami enjoy! Lagi jauh perjalanan sampan tu, lagi mahal bayaran. If sampan cuma menyeberang sungai, 50 sen je bayar. Tapi if dari hulu ke hilir, bayaran kami RM2 seoramg (bayi dan kanak-kanak tak dikira). Waktu pergi, sengaja parking kereta dan jalan jauh sikit untuk naik sampan lebih lama (nak fefeeling gitu haa) hehe..Waktu pulang cuma menyeberang je, dalam 2 minit je.


Sampai di kedai kek lapis, since semalam dah siap cuba kan. So pagi tu cuma pilih je la (but still masih gatal tangan nak merasa kek lapis tester tuuuu). Kedai Dayang Salhah ada offer, beli RM100 dapat FREE kek lapis bernilai RM10. Manakala kedai Mira cake House tu beli 5 kek lapis percuma 1. Saya suami isteri beli di Mira Cake House. Antara kek lapis pilihan saya: Chocolate Cheese, Lumut, Harimau Malaya, Kek Dalam Kek.. Ada lagi 1 jenis tapi dah lupa namanya ahaksss..



Cadangnya nak beli ikan terubuk tapi kedai belum buka lagi. Oh ya, kedai kek lapis ni buka seawal jam 8.30 pagi tau. Orang tak ramai waktu tu so memang melantak laa makan yang tester! Kijammm..

Then kami ke kedai yang berderet di Waterfront, beli sepasang dua pakaian untuk anak-anak. Yalah. Buat gembirakan hati mereka yang kena tinggal tu haha..Sekitar jam 11 pagi, bergerak ke hotel untuk check out. dan terus ke UNIMAS since turn adik saya sesi petang. So kami makan dan berehat dahulu. Upppssss..maaf ye nama je konvo tapi gambar adik berkonvo takde pun.

Ok jamu gambar je la di laluan ke dewan konvo adik. Tapi still gambar kakak dan suami hehe..


Sekitar jam 8 malam kami ke airport. Menanti untuk flight malam tu jam 10 malam.

Even trip cuma 2 hari sahaja, agenda adik sangat padat, tubuh keletihan sebab banyak berjalan, tapi kami semua memang enjoy, happy sesangat. Terima kasih adikku sayang sebab plan jenjalan yang best nih. Hehee..yalah. Kami memang jarang bercuti. So bila ada peluang, memang sangat nak pergi. Ahaksss..

Eh terpanjang pula entry ni. Tak masuk bab hotel sebab review untuk hotel sahaja perlu entry khas kerana anda akan ketawa mengekek-ngekek atau berguling-guling!










Tuesday 4 November 2014

Resdung Semakin Lega!

Tiada yang lebih menggembirakan selain mendapat berita customer semakin bertambah baik kesihatan selepas menggunakan produk Shaklee.
Kami ingin membantu lebih ramai orang mendapat kesihatan yang lebih baik.

Beliau mengadu mengalami masalah resdung kronik. Cecair yang berbau busuk, kerap keluar memenuhi rongga hidung, merimaskan malah menyumbat hidung.
Selepas berjumpa doktor untuk masalah resdung dan mengambil ubatan hospital, masalah beliau menjadi semakin teruk apabila cecair yang keluar semakin busuk dan bernanah!

Prihatin dengan masalah yang dialami, beliau berjumpa suami saya untuk mendapatkan Set Resdung.
Saya mencadangkan Set Resdung yang terdiri dari Vitamin B Compleks, Vitamin C dan Alfalfa untuk masalah beliau.

Alhamdulillah. Cuma 6 hari mencuba, dengan izin Allah, masalahnya semakin berkurangan. Malah beliau rasakan amat selesa!

Lihatlah komen beliau dalam whatsappnya pada kami.


"Sekarang dah jauh baik dari hari tu."

Alhamdulillah. Semoga kesihatan beliau semakin pulih dengan ikhtiar ini. 

Nak baca lanjut mengenai masalah resdung? Anda boleh baca entry saya sebelum ini. Periksa tanda-tandanya jika anda alami masalah yang serupa. 

Jika anda mengalami masalah yang sama, hubungi saya untuk bantuan. Saya bersedia membantu anda. 

Hasanah
013-2896454


PROMOSI NOVEMBER: Omega Guard

Bulan ni produk promosi sangat istimewa.

Omega Guard yang dinanti ramai!

Bukan semata seperti biasa, Beli 6 PERCUMA 1, tapi ia juga datang dengan TWIN PACK PROMOTION!

Promosi 1: Beli 6 PERCUMA 1


Menarik kan. Dengan setiap pembelian 6 botol Omega Guard ini, anda boleh dapat 1 botol Omega Guard berharga RM136 secara PERCUMA!

Promosi 2: Twin Pack Omega Guard dengan 5% DISKAUN


Wah wah wah.. Yang ni pun BEST! Dengan pembelian 2 botol Omega Guard, anda berpeluang mendapat 5% DISKAUN! 

Nak best lagi? Beli Omega Guard dari saya, dan anda akan dapatkan DISKAUN BERGANDA! 

Untuk pengetahuan anda, Omega Guard ni bagus untuk:
:: memelihara kesihatan salur darah (kurang risiko berlakunya STROK)
:: membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
:: membantu perkembangan memori
:: meningkatkan sistem imuniti
:: memelihara kesihatan paru-paru 
:: melegakan masalah inflamasi pada saluran pernafasan (contoh untuk asthma dan jangkitan kuman pada paru-paru)
:: memelihara fungsi sendi 

Omega Guard sangat bagus untuk memelihara kesihatan. Boleh baca di sini untuk manfaat lain Omega Guard. 

Tak rugi invest sedikit wang untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik. 

Tambah UNTUNG jika rembat promosi Omega bulan ini. Boleh pilih pilihan 1 atau 2 untuk penjimatan hebat. 

Nak lebih hebat?

Hubungi saya untuk order atau pertanyaan lanjut. 

Hasanah
013-2896454
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...