Monday 24 November 2014

Pengajaran kisah Mah: Kerana Aku Juga Seorang Mah!

Selepas tersebar kisah pengakuan suami Mah yang curang, pelbagai kontroversi datang menyinggah. Saya tak pernah ulas di facebook saya sebelum ni semasa kisah tu tengah hot. Hari ni, saya terpanggil nak menyuarakan pandangan saya sebagai seorang isteri.

Anda tak tahu kisah ini? Saya pernah kongsikan kisah glamor ini. Jemput baca ye :)

Bila baca kisah tersebut, memang nampak terang jelas malah bersuluh, salahnya suami Mah kerana berzina. Dan banyak persoalan dilontarkan, kenapa baru berterus terang selepas 6 tahun?

Sebagai seorang isteri, saya agak terguris dengan kisah ini. Minta dijauhkan kita semua dari kisah seperti ini yang sangat menghiris hati.

Memang suami Mah bersalah, malah melakukan dosa besar. Ya, zina merupakan dosa besar. Suami Mah ada banyak yang perlu diperbaiki.

Lupakan sebentar dosa dan salah suami Mah, kerana di sini saya mahu terangkan tentang pengajaran di sebalik kisah yang penuh iktibar.

Seperti saya katakan tadi, bukan saya tak terkesan, tidak terasa hati, saya sangat berkecil hati dengan kisah ini, tapi sebagai wanita, bila cerita seperti ini sampai ke pendengaran, tak mahukah kita ambil iktibar darinya?

Kisah ini saya lihat penuh dengan 1001 pengajaran untuk kita kutip. Jom kita semak apakah iktibar itu:

1. Komunikasi antara suami isteri sangat penting.
Bukan komunikasi biasa, tapi "bicara dari hati ke hati". Kita boleh hidup 10 tahun sebagai suami isteri, tapi adakah kita bahagia? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jom periksa dalam rumahtangga masing-masing. Suami nak ke tempat kerja, kita sediakan sarapan, jemput suami makan, bersalam sebelum ke tempat kerja, suami pulang kita hidangkan air, malam layan suami makan dan tonton TV. Pasti ada perbualan. Tapi perbualan itu tak sama dengan bicara dari hati ke hati ini. Sungguh saya jadi takut bila masa bersama suami banyak di"langha"kan dengan handphone masing-masing. Ambil waktu untuk berjauhan dengan handphone semasa bersama suami. Buat mereka yang jalankan bisnes online yang hampir 24jam dengan telefon seperti saya, moga kita semua istiqamah. Waktu bersama suami (suami tengah makan, kita makan bersama, if perlu jaga anak, temankan anak, jauhkan telefon). sama juga masa suami tengah tengok TV. Bila berbincang dari hati, kita tanyakan suami jika ada kekurangan kita yang perlu kita perbaiki. Silapnya ramai isteri malu nak mengaku dan malu bila suami beritahu kekurangan itu. Contoh suami tegur perut makin berisi, janganlah buat-buat tak faham pula. Rajin-rajin amalkan senaman, nak lagi bagus amalkan produk untuk kempiskan perut. Jika nak produk Shaklee untuk kempiskan perut, boleh tanya saya ye :)

2. Kerapkan solat berjemaah bersama suami.
Saya sangat memahami kekangan masa kerana bekerja, kita tak dapat berjemaah bersama suami. Solat berjemaah antara suami isteri, akhiri dengan zikir dan istighfar bersama, insya Allah saya sangat yakin Allah akan memelihara sebuah rumahtangga yang menjaga agamaNYA.

3. Perbaiki diri dari semasa ke semasa
Selain dari bicara dari hati ke hati dengan suami di atas tadi, bagus sangat kalau kita isteri koreksi semula diri kita. Apa yang tak kena? Apa yang kurang? Janganlah ego dan sombong tak kena tempat untuk selamatkan sebuah rumahtangga. Tak salah, malah banyak untungnya jika kita sanggup turunkan ego kita, kecilkan diri kita dan lihat suami "BESAR". Dulu saya pernah dengar ustaz ustazah kata, hadis Nabi ada menyebut (saya tak pasti yang mana sanadnya), jika seorang manusia boleh bersujud pada manusia lain, akan aku perintahkan seorang isteri bersujud pada suaminya. Lebih kurang gitu laa hadisnya. Dari sini, ambil pengajaran untuk perbaiki diri kita dan menjadikan kita special di mata suami. Jangan selalu syok sendiri berasa disayangi, dicintai suami kerana hakikatnya mungkin tak sama. Jika sebelum ni 4 tahun berkahwin setiap hari makan di luar kerana tak pandai masak, apa salahnya belajar memasak untuk memenangi hati suami. Jika sedar diri muka berjerawat penuh di muka, apa salahnya baiki diri dengan rawat muka. Nak bagus, boleh guna set kecantikan yang meletup hebat ini. Kulit takde jerawat? Apa kata haluskan lagi tekstur kulit dengan Collagen terbaik. Jika rasa hubungan kelamin agak hambar, cubalah Alfalfa untuk bantu hangatkan lagi hubungan bersama suami. Ia mungkin nampak remeh pada sesetengah orang, tapi jangan lupa, banyak kes perceraian yang berlaku kerana tiada kepuasan semasa hubungan kelamin. Alfalfa Shaklee sangat membantu untuk ini.

4. Tingkatkan ketrampilan diri
Saya pernah terbaca dalam satu majalah rumahtangga lama dahulu, semasa di rumah, elakkan memakai t shirt dan berkain batik kerap sangat. Dan jangan sesekali memakai baju tidur kaftan (orang panggil baju tidur "kelawar" tu). Kenapa ek? Cuba kita berfikri logik, jika seorang suami boleh tergoda dengan perempuan lain di luar yang berpakaian ketat, seksi, kenapa tidak kita begitu semasa di rumah? Mungkinkah suami boring dengan "pemandangan" yang sama sahaja selama 5 tahun berkahwin? Cuba ubah penampilan diri kita. Pakai baju tidur seksi ke, pakai baju ketat semasa di rumah ke. Yang penting dalam rumah tu tiada yang bukan muhrim la, dan if tinggal bersama mertua, jangan la pulak berpakaian macam tu kan. Pepandai laa adjust.  Rajinkan diri ke spa, belai diri dengan masker, dan scrub tubuh, buang bauan yang tak enak pada tubuh. Suami mungkin tak beritahu kita (atau tak mengaku even ditanya), tapi sebagai isteri kita kena kreatif dalam hidup berumahtangga.

5. Banyakkan senyuman
Perasan tak, semasa bekerja, kita mudah lemparkan senyuman pada sesiapa sahaja, pada rakan sekerja, pada bos, pada klien. Tapi di rumah, dengan suami yang dimuliakan Allah ini, kita tunjukkan wajah keletihan, muka masam. Tak adil untuk suami kan. Saya pun sedang perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Banyakkan senyuman dalam rumahtangga, dan elakkan bercakap tentang kekurangan, perbezaan, dan seumpamanya kerana ia menatijahkan sakit hati, dendam dan benci. Banyakkan berterima kasih dan senyum biarpun apa yang dilakukan "kecil" pada mata kita, contoh suami tolong belikan barang dapur, tak salah ucapkan "Terima kasih, abang" tanda kita sangat menghargai usahanya. Terkadang benda-benda kecil seperti ini ramai yang terlepas pandang, malah kita sendiri pun suka dihargai kan. Hargai pasangan dahulu, baru kita akan dihargai :)

6. Amalkan memeluk suami setiap hari
Saya pernah mendengar DMFK dalam TV berkata, suami yang memeluk isteri selama 10 saat akan bertambah usia selama 5 tahun. Maksudnya bila berpelukan, kita dapat rasa ketenangan. Amalkan memeluk suami setiap hari. Bila berpelukan dengan suami, kita rasa lebih yakin dan lebih disayangi kan. Kasih sayang kita pun mengalir pada suami. Kang sepanjang ke tempat kerja teringat-ingat pada isteri di rumah. Tak rugi sesen pun bila peluk suami sendiri. Cubalah amalkan!

Semoga tips-tips yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua :)

Bab lelaki/suami, mereka perlu belajar perbaiki diri dengan cara lain. Tentang peranan kita? Itulah yang kita kena ubah atau pertingkatkan. Dan entry ini membicarakan sebahagiannya.

Kenapa saya kisah?
Kerana saya juga seorang -MAH, surirumah bekerjaya!
Saya mahu sentiasa wangi, terurus, bijak dan sempurna di mata suami :)

Semoga semua yang membaca ini dapat menjadi isteri yang solehah dan kesayangan suami masing-masing. Semoga Allah memelihara rumahtangga kita semua dari ujian yang tidak kita ingini. Ameen.

Jika anda ada pengalaman/pandangan boleh kongsikan di ruangan komen untuk pengajaran kita bersama :)

Terima kasih atas kesudian membaca entry ini :)

Hasanah Ahmad
Your Parenting Partner

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...