Thursday 27 November 2014

Pengalaman Bersalin

Hari ni nak kongsikan pengalaman saya bersalinkan ketiga-tiga anak. Pengalaman setiap anak tak sama, dan setiap kali kontraksi datang, memang perasaan "takut" tu ada. Sampaikan pernah 3 jam sebelum melahirkan anak ketiga, saya ditempelak oleh adik sendiri kerana masih belum mahu ke hospital atas alasan "takut nak bersalin", katanya,"Hai, yang dah 2 kali beranak sebelum ni tak takut ke?"

Hahahaha!

Jemput baca pengalaman saya bersalin 3 orang anak dalam tempoh 5 tahun perkahwinan :)

Anak pertama - Izzat

Mengandungkan Izzat selepas 3 bulan berkahwin. Izzat lahir bulan 14/12/2010. Masa tu seingat saya due 18/12/2010. Seawal 10/12/2010, saya keluar tanda darah bercampur lendir. Saya dah agak tanda kelahiran tak lama dah, asalnya belum mahu ke hospital kerana belum merasai kontraksi, tapi sebab anak sulung,masa tu di rumah mertua dan mereka pun risau, so saya ke hospital juga. Semasa diperiksa di labor room, bukaan baru 1 cm. Dan memang standard bila keluar tanda awal macam tu bukaan 1 cm. Hehee..So kena la admit 1 hari, bila diperiksa esoknya bukaan masih sama dan tiada tanda-tanda kelahiran lagi, saya dibenarkan pulang :)

Selepas 3 hari disharge, suami pun dah habis cuti (suami ambil cuti untuk hantar saya ke kampung, saya ambil cuti awal 1 minggu untuk bersalin di kampung), hari Ahad masih tiada tanda bayi mahu keluar, suami terpaksa pulang ke Lumut untuk bekerja. Dan Isnin saya ada follow up di KKIA (klinik Kesihatan Ibu dan Anak), alhamdulillah everything ok. Isnin tu dah start rasa pinggang makin "berat", rasa serba tak kena. Saya diamkan aje, masa tu dah kembali ke rumah mak sendiri. Tengah malam, lebih kurang jam 11 malam gitu, waktu tu tengah baca novel sambil berbalas sms dengan biras saya, masa tu mula terasa sakit yang amat sangat. Sekejap je. Then release. Bila hilang sakit tu, rasa lega sangat. Saya terkejut sebab sakit tu tiba-tiba. Adik tengah study sebab musim dia tengah exam STPM masa tu, saya menjerit kecil panggil nama dia. "Aku rasa macam nak beranak dah ni", saya beritahu adik. Dia pun teruja sama hahaha..Dia tanya, nak panggil ayah tak? Saya kata tak perlu, biarlah dulu. Kemudian datang rasa nak terkencing, dan nak buang air besar. Kejap-kejap rasa nak kencing, kejap-kejap rasa nak buang air besar. Bila ke tandas takde membuang pun, air kecil ada laa. Dan air kencing bercampur dengan sedikit darah. Darah tak mewarnakan air kencing (bukan hematuria), tapi darah tu nampak macam bebenang je. Masa tu saya dah rasa saat kelahiran semakin dekat.

Lihat jam semasa sakit kontraksi. Ini sangat penting untuk membantu kita kenalpasti kontraksi yang betul. Semasa sakit kontraksi, saya lihat kekerapan ia sama, setiap 15 minit sakit tu datang, kemudian ia semakin kerap, Hinggalah setiap 10 minit ia datang. Mak saya kata, bila kaki makin sejuk macam ais, iya lah tu, tanda semakin hampir.

Jam 12 tengah malam saya dibawa ke hospital oleh mak ayah, terus ke Labor Room, bila diperiksa bukaan 4cm. Staff nurse pasang CTG. Kemudian dipindahkan ke labor room. Bila bukaan dah 8cm pada jam 1 pagi, mak saya dijemput masuk untuk menemani, kerana suami jauh di Lumut masa tu. Masa bukaan 8 cm, sakitnya hanya Allah yang tahu. Bacaan Lailaha Illa Anta Subhanakainni Kuntu Minazzolimin (doa Nabi Yunus) tak putus-putus. Makin kuat kontraksi, makin kuat saya menyebut. 

Alhamdulillah nurse pun baik-baik belaka. 

Saya request nak doktor perempuan. Saya tanyakan pada nurse, ada doktor perempuan, cuma HO (houseman) la. Saya kata takpa. Tak kisah la HO pun. Janji perempuan. Dan rupanya HO tersebut merupakan kenalan saya semasa sekolah rendah! Hihii..

Alhamdulillah jam 1.25 pagi, selamat lahir anak sulung kami. Bila os fully open, bayi dah bersedia untuk keluar, pada masa kontraksi datang, tarik nafas, baca bismillah dan teran sekuat hati. Jangan lepaskan nafas masa meneran. Meneran di punggung, bukan meneran di muka. Ada bezanya tu. Saya akan ceritakan perbezaannya kemudian ye :)

Lupa nak beritahu, bila kontraksi datang (sebelum bukaan penuh), jangan menggenggam apa-apa. Kang tenaga anda habis di situ sahaja!

*****************

Even sekarang dah anak tiga, suami tak pernah berkesempatan masuk. Anak kedua dan ketiga lebih cepat prosesnya. Malah hampir terberanak dalam kereta pun ada! 

Tunggu cerita saya untuk anak kedua dan ketiga ye. Hehee..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...