Sunday 28 September 2014

Shaklee: Meraikan Leaders!

Semalam Shaklee ada anjurkan event Motivation, Recognition & Raya Celebration bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Yang bestnya, kedua-dua speaker undangan ini adalah dari group yang sama dengan saya, iaitu JUTAWAN SHAKLEE. Dan yang paling best adalah speaker Master Farihah adalah kekanda saya di bawah 1 payung yang sama. Hehee..

Peluang berjaya da;am Shaklee

Even tak dapat hadir ke majlis kerana bekerja, suami hadir bersama anak sulung kami, Izzat mewakili saya. Yalah, nama tersenarai sebagai salah seorang yang diraikan. Kami akan menerima sijil yang disampaikan oleh Mr Bradford, Presiden Shaklee International. Mr Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia tu dah jadi kamceng dengan suami saya, depa memang baik sangat sejak trip percuma ke Karambunai yang ditaja Shaklee.

Cantik nau dekonya hihii..Rasa rugi sangat tak dapat hadir sama. 


Masa pendaftaran masuk, suami dapat ini sebagai leaders yang diraikan!


Jom layan gambar mereka sepanjang majlis. Sangat-sangatlah meriah! 

Full House OKEY! Jumlah kehadiran dalam 1300 orang. WOW! 

Shaklee Hebat

Ucapan dari Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim.



Kalau anda nak tahu, Sales Shaklee Malaysia 840% peningkatannya! Haaa mencanak-canak tuh! No wonderlah kenapa Shakle memberikan pelbagai insentif pada distributornya, Pastilah saya mahu menjadi salah seorang mereka yang hebat kan :)

Shaklee maju

Duduk sambil mendengar sharing. Ada -ada je gelagat si bujangku! Terima kasih suamiku, contoh terbaik suami yang menyokong bisnes keluarga! 




Ucapan hebat dan bersemangat dari Master Farihah.Walaupun tak hadir, tapi auranya meresap sampai ke hati. Tersentuh sangat-sangat. That's why saya nak terus berjaya dalam bisnes Shaklee membantu anak-anak didik saya. Itu adalah AMANAH yang saya pikul.


Menurut suami saya, acara pemberian Sijil kepada leaders dimulakan dengan rank Supervisor. Ramaiiiii sangat Supervisor dalam Shaklee ni. Kalau nak tahu, pada rank Supervisor, anda boleh menjana pendapatan bermula RM2000! Best kan. Rank pertama sahaja dah RM2000 MINIMUM, apatah lagi jika anda di rank atas. 

Kemudian rank Senior Supervisor, pun ramai penerima sijil. Rank Coordinator pun masih ramai. 
Tiba giliran penerima Sijil Rank Senior Coordinator. Jeng jeng jeng...saya dapat bayangkan masa tu debaran incik suami heheheee

Tara...


Maafkan saya. Saya tak tahu kenapa anak saya yang sorang ni terlalu excited sampai melompat gini gayanya hahaha! 

Suami kata izzat tak duk diam atas pentas. Ada je gaya dia macam-macam. Layan je la ye..

Senior Coordinator, 5 angka dalam tangan. Namun semua ini tak bermula dengan mudah. Bukan terus buat bisnes dapat 5 angka ya. Kami bermula dari bawah. Berdikit-dikit membina empayar. Kami lalui semua fasa, rasai bonus dari 2-3-4 angka. Alhamdulillah! Hasil jerih perit saya rasakan amat berbaloi!

Kejayaan dalam Shaklee

 

Masa ni Mr Victor pesan kat suami saya, "Tahun ni master ya"..Heee..Insya Allah. THIS CYCLE. Rakan-rakan yang membaca mohon doakan kami ya..Ameen.  

Kak Zakiah berada 3 dari kanan (baju hitam tudung putih)

Bukan kami sendirian! Anak bisnes kami, Zakiah Zakaria turut mendapat pengiktirafan untuk rank Senior Supervisor. Hebatlah Kak Zakiah! Beliau merupakan leader yang akan terus maju membawa bersama anak didiknya.

Ramai lagi anak didik yang layak, tapi atas kekangan dan aktiviti keluarga, mereka tak dapat hadir.

 Barisan penerima pengiktirafan dari Shaklee..

Shaklee raikan kejayaan

Ni pula mereka yang diraikan untuk rank Senior coordinator.

Shaklee raikan kejayaan

Best kan. Tengok gambar je dah kenyang! Ahakssss...melampau! 

Shaklee sangat-sangat menghargai distributornya yang gigih untuk maju dalam bisnes. Banyak sangat pengiktirafan yang Shaklee berikan. 

Insya Allah, giliran kami pula akan menyusul. Master Coordinator Cycle 2014/2015! Doakan kami ya. 

Saya ingin membantu lebih ramai mereka yang ingin maju dan berjaya, ingin menjana pendapatan sendiri 4-5 angka dari rumah. Jika anda salah seorang daripadanya, hubungi saya untuk bimbingan. 

Shaklee sememangnya bisnes family yang sangat menyeronokkan, boleh bermula dari rumah secara sepenuh masa mahupun separuh masa sambil bekerja.  

Salam sayang, 
M2B Hasanah 
013-2896454

Thursday 25 September 2014

Cara Mudah Kurus Dengan Pantas

Tahu tak kenapa program kuruskan badan yang anda lalui tak memberikan hasil? Jom follow TIPS yang saya berikan dan jauhi kesilapan yang tak sepatutnya anda buat untuk dapatkan berat badan idaman.

Jika anda pernah baca tips pengurusan berat badan yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ini adalah tambahan tips untuk itu.

Panduan Kurus Pantas

Haa..ni saya berikan tips, panduan dan juga saya terangkan kesilapan yang anda biasa lakukan. 

Bersenam sebelum makan

Menurut kajian yang dilakukan, bersenam awal pagi semasa perut kosong akan lebih banyak membakar kalori anda. 

Lepas tidur semalaman tanpa mengambil makanan, bersenam terlebih dahulu sebelum bersarapan mampu untuk membakar 20% lemak dalam tubuh kita. 

Senaman sebelum makan menyebabkan kita menggunakan tenaga yang berpunca dari sisa-sisa lemak yang ada dalam tubuh. Hasilnya, kadar penurunan lemak yang lebih pantas akan berlaku! 

Kawal Nafsu Makan 

Part ni ramai yang mengeluh kan. Sebab apa? Sebab agak sukar nak kontrol pemakanan. Bak kata orang, makan ikut suka je kan. 

Anda boleh ikut tips ini untuk bantu anda dalam berdiet. 

cara kurus pantas

Makan sebelum lapar

Ia bantu anda dengan makan bersederhana. Berbanding dengan makan ketika perut berkeroncong, kita cenderung untuk makan dengan lebih banyak dari biasa, kan?

Minum air masak 3L sehari

Pastikan anda minum air masak lebih ye. Kerana air kosong tanpa kalori ini membuatkan perut rasa penuh. Tak percaya? Cuba minum segelas air 200ml lebih kerap. Bila perut penuh, automatik kita pun takde rasa nak makan macam-macam kan. 

Minum Protein Shake

Minuman protein sangat membantu untuk memberi rasa kenyang, bagi anda yang tak dapat nak kontrol selera makan. Jadi bila minum "protein shakes", perut rasa kenyang je. Secara tak langsung kita tak terliur dengan makanan lain. Saya cadangkan minum protein shake terbaik untuk diet yang telah banyak membantu mengurangkan berat badan.

Bakar lemak anda!

Ada banyak cara nak bakar lemak yang ada dalam tubuh. Semuanya sangat mudah untuk dilakukan. Jom lihat caranya. 

Makanan

Ada banyak makanan yang bantu meningkatkan kadar metabolisme kita. Bila kadar metabolisme meningkat, senanglah lemak-lemak kita dibakar. 

Contoh makanan ialah Oat, lemon, limau (boleh juga buat air). Kebanyakan sayur-sayuran hijau yang membantu meningkatkan kadar metabolisme seperti brokoli, bayam, bawang putih juga berries. 

Jikaa anda sukakan makanan pedas, ini adalah berita baik! Kandungan capsaicin dalam cili bantu bakar kalori sehingga 30 minit selepas kita memakannya. 

Minumlah teh hijau sekurang-kurangnya 2x sehari. Teh hijau sangat bagus untuk kesihatan, dan ia bantu tingkatkan kadar metabolisme. Teh hijau pilihan saya adalah Cinch Tea dari Shaklee. Selain dari kebaikan di atas, ia bantu berikan tenaga EXTRA di saat tubuh kelesuan. 

Senaman

Ada banyak senaman ringan yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.  Antaranya senaman ringan dan kelebihannya: 

Skipping
Ia bantu kuatkan otot lengan, perut, peha dan bantu membakar lemak dalam tubuh. Anda cuma perlukan tali skipping sahaja. Heee mudah kan. Pastinya masa kecik dulu ramai yang selalu buat. Haa lompat. Lompat lagi!

Berlari/Jogging Setempat
Bagus untuk jantung kita. Awal-awal pagi, malah di dapur pun takde masalah nak jogging setempat ni. Tak perlukan kawasan yang luas pun.

Sit up
Lakukan sit up di rumah. Ia sangatlah bagus untuk kempiskan perut. Caranya pun mudah sahaja. Jika anda wanita, lagi bagus buat senaman kegel sekali. Tambah nilai gitu haa..Uppss jangan terlebih gelak okey.

Dalam sebuah program diet, yang paling penting adalah DISIPLIN. Disiplin diri jika anda betul-betul nak kuruskan badan.

Selamat Mencuba!

Hasanah Ahmad
013-2896454











Saturday 20 September 2014

Petua Untuk Anak Soleh

Hari ni nak kongsi tentang petua untuk ibu-ibu muda dalam menangani anak-anak kecil. Anak-anak kan kekadang agak nakal sikit, memang gitu pun namanya budak-budak. Ala kiter-kiter dulu-dulu pun gitu gak kan. Nasib baik mak kiter tak cerita satu persatu je kenakalan kiter zaman kecik-kecik dulu hihii. 2X5 jek orang kata kan kan..

Sebagai ibu yang ada anak kecil, saya amalkan berdoa setiap kali selepas solat dan setiap kali teringat pada anak. Doakan yang baik-baik untuk anak kita. Saya juga amalkan tips seperti dalam gambar ni. 


Masa anak sedang tidur, saya suka usap kepala anak kecil, saya cakap padanya:

"Abang/angah jadi anak soleh/solehah tau.
Taat perintah Allah.
Taat ibu ayah.
Hormat  orang tua.
Ya Allah, lembutkan hati anakku, perelokkan akhlaknya, hiasi dirinya dengan sifat-sifat mahmudah. Jauhkan dia dari sifat-sifat mazmumah. 
Jadikan dia cemerlang dalam hidupnya dunia dan akhirat."

Usap dan kucup ubun-ubun anak kita semasa tidurnya. 

Bila anak-anak bangun dari tidur, saya selalu peluk mereka biarpun masih mamai. Kasih sayang ibu pada anak meresap. Anak-anak yang penuh dengan kasih-sayang ibu bapa insya Allah jadi anak yang baik (saya kata). Heee

Saya percaya doa ikhlas dari ibu bapa sangatlah penting. Anak-anak berusia 1-7 tahun Nabi SAW pun dah pesan, layan mereka dengan kasih sayang dan banyakkan bersenda gurau, bermain bersama mereka. 

Bila anak nakal, degil, memberontak, ada sesuatu yang mereka SEDANG TUNJUKKAN pada kita. Mungkin kita terlebih memberi perhatian pad adik kecil ke, ata ubahasa kita terkasar semasa menegur mereka ke, cuba kita check semula perilaku kita. 

Anak-anak adalah cermin diri kita. 

Jom didik anak-anak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadilah teman baik pada anak-anak kita :)

Hasanah Ahmad
013-2896454

Master Celebration: Untungnya Diraikan Sebagai Master!

Alhamdulillah. 

Siang tadi berpeluang ke majlis sambutan Master Celebration Master Termuda Malaysia (mungkin di dunia juga, siapa tahu?), Master Siti Farhana atau nama mesranya Nana. 

Tinggal anak-anak bersama bibik since baby Irfan tidur, kami decide tak bawa anak. Maka berdatinglah kami suami isteri ke JW Marriott, Putrajaya. 

Comel tak Kak Ton?? Hihii penangan Collagen!
Sampai hotel Marriott yang sangatlah mewah tu, kami mendaftar kemudian menjamu selera. Makan ikut suka, sedap tak ingat dunia. Al-maklum. Kita orang biasa-biasa. Gi hotel pun masa zaman student time event besar je. Pastu join Shaklee memang kerapppppp sangat gi hotel hehee..

Seee...sempat lagi tarik depa bergambar bersama heheee


Acara pemakaian sash oleh Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim . Seronok kan menjadi insan yang diraikan. Ibarat pengantin baru! Berkahwin kali kedua (dalam Shaklee) bersama orang yang sama. Diraikan dalam majlis yang gilang gemilang. 



Selepas ucapan dari Master Iffah, giliran ucapan Master yang diraikan. Ucapan yang sangat menyuntik semangat dalam diri. Master Nana berkongsi kisah kejayaannya dalam Shaklee bersama dengan para tetamu. So inspiring and successful story from this iron lady!

Sungguh, setiap perjalanan menuju kejayaan, tak dihamparkan karpet merah, sebaliknya penuh onak dan duri yang perlu dilalui, perlu tempuhi pahit manis perjalanan. Hasilnya, selepas berpenat lelah, kejayaan itu sangatlah manis untuk dikecapi. 

Saya rasa sangat bersemangat untuk terus membangunkan empayar bisnes di bawah naungan kami, MySG untuk lebih berjaya!


Kami menghulurkan sendiri hadiah istimewa untuk Master Nana. Semoga Master Nana gembira menerima sedikit hadiah dari kami. Uitttt, takleh lepaskan peluang bergambar bersama insan yang diraikan! 


Alhamdulillah, sempat juga bertemu dan beramah mesra bersama anak didik bisnes yang turut datang ke majlis ini. Di sini kami luaskan pergaulan, jumpa rakai rakan-rakan bisnes dan bertukar-tukar idea serta pandangan untuk memajukan empayar kami masing-masing. Itulah yang sangat saya sukai bila bertemu dalam majlis anjuran Shaklee ini :)

Bersama Syuhada, 2nd level saya

Bersama Emma, anak didik saya
Sangatlah seronok menghadiri majlis Master Celebration. Dan jauh lebih seronok menjadi Master yang diraikan. Naik master, Shaklee sponsor RM50ribu untuk majlis gilang-gemilang seperti ini meraikan kejayaan kita. Sapa tak nak kan. 

Doakan saya cepat naik master ya. Insya Allah nanti Master Celebration saya, semua pembaca blog saya jemput. Eh! Jauh ke situ pulak..hehee tak salah berimpian kan kan. 

Melakar impian, insya Allah, Allah lorongkan laluan saya menuju tangga MASTER COORDINATOR! 

Master Hasanah (M2B)
Jika anda ingin bersama saya membina empayar bisnes Shaklee anda sendiri, saya sedia memberikan tunjuk ajar. Jom kita sama-sama mara ke puncak kejayaan! Hubungi saya di SINI untuk saya bimbing anda! 

M2B Hasanah
013-2896454

Nota kaki: 
Saya menggunakan Shaklee Collagen Powder serta rangkaian penjagaan wajah Nutriwhite dari Shaklee untuk kulit bersih berseri, licin dan lembut. 

Friday 12 September 2014

TIPS PERSEDIAAN MENJADI SUAMI

TIPS PERSEDIAAN MENJADI SUAMI KHAS BUAT ORANG LELAKI BUJANG

Tips ini saya baru baca semalam, dari wall sahabat saya Rahimah. Post ini ditulis oleh suami beliau. SAngat menarik pada pandangan saya. Heheee anak-anak muda, lelaki mahupun wanita sangatlah sesuai membacanya. Apply tips yang diberikan untuk persiapkan diri kalian menjadi suami/isteri.


Jemput baca perkongsian beliau, entri asal di SINI.

Selalu kita baca penulisan tentang tips persediaan menjadi suami berkaitan ilmu agama, aspek pekerjaan dan kewangan, persediaan emosi dan teknik memahami tabiat wanita, harta benda dan sebagainya. I am no expert in that. Cuma terniat nak share tentang 7 little things yang ramai orang mungkin kurang aware tentang kepentingannya.

"Aku tengok kamu ini tak buat itu dan ini, kenapa?"
"Nanti apabila dah nikah, aku buatlah!"
"Masa bujang Ibu yang buatkan. Masa dah nikah, isteri yang buatkan. Senangnya hidup kau?"

1) PINGGAN MANGKUK SUDU GARFU PERIUK BELANGA

Jangan pandang remeh kepada tabiat mudah "apabila selesai guna pinggan/mangkuk/sudu/garpu/gelas, cuci segera" kerana impaknya sangat besar. Saya lihat rata-rata orang bujang selalu guna piring letak kuih, apabila dah selesai guna ditinggalkan di atas meja makan. Ada juga yang guna pinggan mangkuk dan sebagainya, ditinggalkan di sinki. Apabila dah bertimbun banyak, barulah membebel housemates mana yang tak basuh pinggan.

Ada satu jenis lagi suka guna sudu atau pisau untuk ambil jem atau Nutella, sapu pada roti. Selepas guna, sudu atau pisau tadi diletakkan atas botol/penutup jem tadi. Alasannya, ada orang lain nak guna selepas tu. Nak dijadikan cerita, orang lain akan gunakan sudu yang lain. Hasilnya sudu/pisau tadi diletakkan di sinki dan sudu/pisau baru akan ditinggalkan di atas penutup/botol sekali lagi.

Semuanya akan jadi mudah jika kita amalkan untuk cuci semua yang kita guna sendiri selepas kita gunakan. Bukannya susah pun.

2) BELAJAR MEMASAK UNTUK KEPERLUAN

Sebelum nikah, Ibu yang masakkan. Atau ada segelintir orang bujang, suka makan di luar sahaja. Katanya, tak perlu belajar memasak sebab selepas nikah, isteri yang akan memasak. Itu kalau kamu dapat isteri yang pandai memasak. Kalau dapat isteri yang tak pandai memasak?

Ringkas sahaja. Belajarlah memasak. Tidak perlu belajar memasak sehingga mampu menjadi seorang chef atau masterchef pun. Belajarlah sekadar keperluan. Masak satu jenis lauk berkuah yang mudah. Contohnya kari ayam, atau sup ayam, atau ayam masak kicap. Kalau malas sangat, ayam goreng. Menu wajib adalah memasak nasi. Ya, nasi putih. Tahu sukatan air dan semuanya.

Apabila dah nikah nanti, boleh tolong sediakan makanan (sedikit kalau tak banyak) semasa isteri sakit atau isteri busy menjaga anak-anak. Sama ada sedap atau tak sedap, itu hal kedua. Perkara pertama adalah tahu memasak. Banyak bezanya seorang suami yang mampu tolong isteri menyediakan makanan dengan suami yang hanya tahu makan sahaja.

It is always a bonus la kalau tahu masak macam-macam. Tak rugi pun belajar. Boleh guna skill memasak untuk pikat hati isteri, bahkan juga hati ibu mertua. Kan sweet!

3) BELAJAR UNTUK TIDAK MEMILIH MAKANAN

Semasa bujang ini, belajarlah untuk makan banyak jenis dan rasa makanan. Bukanlah semua jenis, tetapi pelbagaikan dan banyakkan jenis dan rasa makanan yang kita makan. Ditegaskan di sini, JENIS dan RASA.

"Jenis" merujuk kepada kepelbagaian. Mana tahu nanti suami tekak Melayu bernikah dengan isteri tekak western. Asyik makan spageti hari-hari. Suami telanlah for few days. Selepas tu, pandai-pandailah.

"Rasa" adalah part yang sangat penting. Ingat! Bukan semua lelaki bernikah dengan isteri yang pandai memasak. Ada orang perempuan yang hanya belajar memasak selepas nikah. Jadi masakannya rasa macam ...... (put your own words la ye). Jadi ada bagusnya orang lelaki kalau belajar telan apa sahaja rasa makanan sementara bujang ni. Belajar untuk tidak terlalu memilih. Tawar ke, masin ke, manis ke, telan sahaja for the first few days. Jangan tak makan pula, nanti kebulur. Paling penting, kena jaga hati isteri. Makan je untuk jaga hati! Selepas beberapa lama tu, pandai-pandailah nak cari alasan untuk makan luar atau minta isteri belajar memasak.

4) PAKAIAN

Semasa bujang, cuci baju sekali seminggu. OK je! Tetapi kena mulakan tabiat kumpulkan baju kotor dalam bakul khas. Selepas cuci, jemur sendiri. Selepas kering dan angkat dari jemuran, pastikan pakaian siap cuci tadi diletakkan di tempat yang sepatutnya. Saya pernah lihat rakan-rakan bujang letakkan bakul penuh berisi pakaian di ruang tamu rumah. Sangat menyakitkan mata apabila tetamu datang dan sebagainya.

Letakkanlah bakul itu di tempat yang bukan tempat berkumpul. Dalam bilik ke, dalam almari ke, belakang pintu ke. Barulah rumah tampak kemas.

Apabila dah nikah nanti, isteri pun senang hati sekiranya suaminya kemas dan membantu urusan laundry sebegini.

5) ORGANIZE YOUR BED

Yes, tempat tidur. Selalunya orang akan sebut tentang kemaskan katil selepas bangun daripada tidur. Saya tak mahu ulas poin itu. Saya ingin tekankan di sini tentang kepentingan untuk kita usaha untuk tidur di tempat sepatutnya.

Belajarlah tidur di tempat yang proper. Sama ada katil, sofa dll. Bukan tidur ikut suka mata lelap di mana-mana sahaja. Bukanlah salah, tetapi better jika mampu organize. Apabila dah nikah dan setiap malam main tidur je di ruang tamu atau meja study (kerana terbiasa tidur di mana-mana sahaja semasa bujang), do you expect your wife to be sleeping alone on the bed? Atau nak expect isteri 'usung' atau 'angkut' suami dari ruang tamu dibawa tidur di bilik ke?

6) PULANGKAN BARANG YANG DIAMBIL KE TEMPAT ASALNYA.

"Siapa pula yang nak guna pengetip kuku untuk makan nasi lemak ni?"
"Kau buat lawak ke apa?"
"Dah tu. Kalau dah tahu tak betul, kenapa selepas guna kau tinggalkan pengetip kuku ni di atas meja makan? Letakkanlah atas rak ni, bukannya jauh pun. Sebelah meja makan ni je pun."

Itu kisah housemate lelaki yang komplen pasal orang lelaki lain. Cuba bayangkan kalau 10 kali sehari si isteri 'bercakap' dengan suami tentang ini. Boleh terbakar telinga.

"Ayang, mana kasut abang? Ayang letak mana?"
"Ada tu, ayang letak kat meja makan."
"Kenapa letak kat meja makan pula?"
"Tadi Ayang lapkan. Lupa pula nak return to its place," apabila isteri salah letak barang, suami naik angin marah.
"Ok lah! Abang nak keluar dah ni, nak pergi kerja. Mana kunci kereta? Tak ada pun di tempat letak kunci kereta ni."
"Ada tu. Atas meja makan. Abang letak atas meja malam semalam masa balik rumah."
"Lain kali dah tahu Abang salah letak, tolonglah letak balik," selalu suami salahkan isteri sedangkan suami yang malas nak letak balik barang di tempat asal. Fuh! Macam drama di TV pula scene ni. Heheh.

Dah memang kerja isteri memastikan barang rumah sentiasa teratur. Kalau barang di rumah tidak teratur, kita juga yang marah. Tapi kalau kedua-duanya mengamalkan sikap bertanggungjawab, kehidupan akan jadi lebih mudah.

Cuba bayangkan apabila dah beranak-pinak nanti. Lagilah banyak barang kena organize. Di mana barang keperluan bayi, barang ayah, barang ibu, barang itu barang ini. Takkan nak suruh orang gaji organize semuanya?

7) KEMAS AND TIDYING THINGS UP AS YOU GO

Ini isu penting. Bak kata orang, "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit." Bukan bab menabung je jadi begitu. Bab mess atau sampah dalam rumah pun boleh jadi begitu. Selepas siap memasak, kita biarkan dapur tak dikemaskan. Selepas guna toilet, kita biarkan kesan ubat gigi yang terkena pada dinding. Selepas guna sudu, kita biarkan kotor dan ditingggalkan atas meja makan. Selepas baca buku, kita biarkan di atas lantai. Selepas tetamu pulang, kita biarkan jag air di sinki supaya housemates lain tolong cucikan.

Cuba bayangkan selepas nikah nanti. Anak sepahkan toys, kita kata kejap lagi kita kemas. Selepas suami gunakan tisu untuk lap meja, dibiarkan tepi meja. Selepas isteri memasak, dibiarkan perkakas memasak di sinki. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dah bertimbun segala ke-tidak-kemas-an, makin bertimbunlah kerja mengemas yang kita nak kena buat.

Kemas as you go. Sikit-sikit. Barulah tak penat. Barulah tak kelam kabut.

PENUTUP

Semasa bujang, itu dan ini tidak dihiraukan sangat oleh si lelaki bujang ini. Katanya, selepas nikah nanti dia akan berubah. Atau pun lebih teruk, isteri akan buatkan semuanya. Alasannya, isteri sayangkan kita maka isteri akan sanggup buatkan semuanya.

Tidak semudah itu. Isteri kita tetap manusia kan. Ibu kita yang sangaaaaat sayangkan kita pun komplen kalau kita silap itu silap ini. Apatah lagi si isteri. Sama-sama bantulah.

Mungkin ada yang menggunakan alasan "Ada 10 orang yang tinggal di rumah bujang saya. Ramai. Tak boleh nak nampak kemas." Not exactly. Ramai atau tak ramai, takkan jadi isu jika semua orang bertanggungjawab. Kalau ramai tak ramai jadi isu, dah nikah nanti tak perlulah tambah ahli keluarga (ie anak) supaya rumah sentiasa kemas? Cuba fikirkan.

Perubahan ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Bukan hari ini selesai akad nikah, maka sekaligus kita jadi suami yang bertanggungjawab dan pandai menguruskan segalanya. Tidak! Tidak sama sekali.

Cuba buat sikit-sikit. Usahakan perlahan-lahan. BERMULA SEKARANG SEMASA BUJANG.

Leceh kan nak buat semua ni? Tak apa. Dapat pahala! Niat nak improve dah dapat pahala. Usaha nak improve dapat pahala. Buat improvement lagilah dapat pahala.

Allahu a'lam.


Agak panjang kan. Tapi sangat menarik! 


Semoga bermanfaat untuk anda yang membacanya. 


Salam sayang,

Hasanah 
013-2896454

Thursday 11 September 2014

Testimoni: Collagen Powder

Saya sangat teruja nak cuba Shaklee Collagen Powder (SCP) ni. Nak tahu kenapa? Jom lihat gambar di bawah. 

Sangat jelas perbezaan Pn Sy**** selepas mengambil SCP. Kulit nyata lebih bersih, putih dan berseri. 
 
Kulit tak kering, dan lingkarang bawah mata juga hilang. Percaya tak? Collagen bukan sahaja untuk kecantikan, tapi juga sangat bagus untuk sendi. 


Lihatlah! Cantikkan. Kulit glowing, berseri je.

Anda ibu menyusu? Jangan ragu-ragu untuk mencuba Collagen ini kerana telah ramai ibu-ibu menyusu di luar sana mencuba Collagen, dan hasilnya? Inilah yang para ibu menyusu telah rasakan!

Susu lebih pekat
Baby lebih kerap menyusu
Breast lebih cepat engorge
Alami let down reflex lebih kerap (LDR) ini sangat penting jika ibu-ibu mahu memperbanyakkan susu ya :)

Apa kata ibu menyusu semua? 


Lihatlah, tiada sebab kenapa anda mesti menolak SCP! Harganya berapa? 

Nak hasil yang puas hati, rawatan muka ala-ala pengantin baru, ofkos harganya juga cun kan. Harga asal SCP ini adalah RM298. Tapiiiii...anda boleh berjimat jauh lebih hebat pada bulan ini, dan tak perlu membayar RM298. Anda berjimat hampir RM100! Nakkkk? 



Sempena bulan Promosi ini, saya mahu berikan harga istimewa pada semua pembaca. Hubungi saya di SINI atau boleh Whatsapp saya di 013-2896454. Jangan lupa nyatakan anda adalah pembaca blog saya yer. Ada hadiah istimewa untuk pembeli dari blog. 

SMS/Whatsapp: 013-2896454

PROMOSI SEPTEMBER 2014

Bulan ni julung kalinya dalam sejarah, Shaklee membuat DOUBLE PROMOTION. Ada 2 promosi dalam 1 bulan. 

Apakah ia? 


Wow! Menarik kan. 

Promosi 1:  Mealshake : Beli 3 DAPAT 4
Promosi 2: Collagen Powder: Beli 6 DAPAT 7

Kali ni nak bercerita tentang Promosi Mealshake yang hebat ni. 

Belum pernah ada dalam sejarah. Pertama kalinya Shaklee buat offer best ini, cuma beli 3 tin Mealshake, anda boleh dapat 4 tin! 

Manfaat Mealshake: 
  1. Meningkatkan imuniti kanak-kanak 
  2. Menambah selera makan
  3. Bertindak sebagai pelawas melembutkan najis
  4. Menambah berat badan
  5. Sesuai sebagai sarapan pantas dan berkhasiat
  6. Membantu mengurangkan masalah eczema/penyakit kulit
Nak lihat testimoni Mealshake? Klik SINI

Nak dapatkan harga istimewanya? 

Mari saya ajarkan cara mudah anda membeli sambil berjimat.

Grab offer Beli 3 tin, anda dapat 4 tin. Jika tak nak beli 4 tin, anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan. Offer ini jauh lebih menguntungkan berbanding Beli 6 FREE 1 yang sebelum ini dibuat. Selalunya beli 6 dapat 7 kan. Kali ni beli 6 DAPAT 8! Memang tak patut ditolak. 

Tahukah anda? 

Setiap pembelian 1 set (Beli 3 DAPAT 4 Mealshake), anda telah menyumbang sebanyak 10% kepada MyKasih Foundation. Sambil membeli, anda boleh menyumbang pada 2000 rumah kebajikan kanak-kanak yang memerlukan. 



Nak harga SUPER SPECIAL? Hubungi saya terus untuk dapatkan harga teristimewa, kerana saya ada sesuatu yang sangat menarik untuk mereka yang membeli dari saya ;)

Hubungi saya di SINI atau boleh juga SMS/Whatsapp saya di nombor HP 013-2896454. 

Insya Allah pasti saya akan reply pertanyaan anda. Oppsss..jangan lupa mention anda adalah pembaca blog saya ya. Kerana ada SOMETHING SPECIAL untuk pembaca blog yang saya kasihi. 

Salam sayang, 
Hasanah Ahmad
013-2896454

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...