Monday 15 October 2012

Tips Diet Dengan Berkesan


Di sini saya nak berkongsi serba sedikit tips untuk menurunkan berat badan. Ramai di kalangan kita nak turunkan berat , tetapi kebanyakannya menjadi diet yo-yo, tidak menjadi dan tidak berkesan.







Ada yang mengamalkan diet ketat, hinggakan terjejas kesihatan. Oppss..jangan begitu.. Tidak makan semata-mata kerana ingi kurus, bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, ia juga tidak dianjurkan oleh Islam kerana 'menyeksa' tubuh sedemikian rupa. Tubuh kita juga perlu makanan yang berkhasiat dan bernutrisi agar dengan kesihatan itu kita dapat beribadah dengan baik.

Oleh itu, apa kata amalkan tips yang saya berikan di bawah...

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN
(1)   Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3)   Makan makanan yang rendah kalori dan amalkan senaman untuk membakar kalori dalam tubuh. Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit, 3-4 kali seminggu kerana lemak akan terbakar sekurang-kurangnya 30 minit.
(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari. Jika anda adalah individu yang sibuk, memadai dengan mengambil segelas ESP sebagai sarapan pagi anda. Ooppss..sebagai makanan tambahan ya, ia bukan bertujuan menggantikan makanan anda!
(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”. 
(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya kurang setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7)   Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur..Bukan tambah nasi yea.
(9)  Pengambilan snek di antara waktu makan dibolehkan, tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..Dalam Islam pun, dianjurkan makan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi, kerana ia meningkatkan penyerapan makanan. 
(11) Ambil tambahan vitamin kerana di dalam masakan dan jenis makanan yang kita makan belum mencukupi zat sebenar yang diperlukan oleh tubuh.

Semoga perkongsian serba sedikit ini memberi manfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. 

Selamat Mencuba (^__^)V

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...