Friday 19 October 2012

Evening Primrose Oil Shaklee

Bila sebut tentang EPO, pasti ramai yang tahu kebaikannya untuk mengawalatur kitaran haid, melegakan simptom pre menstrual (PMS), menggalakkan kulit yang sihat dan cantik.

Di Shaklee, kami menawarkan yang lebih baik dari EPO, iaitu GLA Complex. 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 



Jom intai kelebihan GLA untuk tubuh kita.

  • Imuniti Tubuh

Jangkitan kuman menyebabkan tubuh tidak dapat menukar linolenik acid kepada GLA. Kekurangan GLA sebenarnya menyebabkan sistem imuniti terganggu. Apabila sistem imuniti tubuh terjejas, badan akan kerap menjadi tidak sihat/mudah diserang penyakit.

  • Masalah Kolesterol

Pengambilan GLA (bersama EPA) terbukti mempengaruhi profil lipid yang mana menurunkan kadar kolesterol. GLA dan EPA ditukarkan kepada PGE-1 (prostaglandin) yang mana kadar kolesterol tak dapat dikawal dalam sel yang tidak dapat menjalankan sintesis terhadap PGE-1 ni. Mengambil GLA setiap hari selama 3 bulan memulihkan pengekalan PGE-1 dalam tubuh sekaligus mengawal kolesterol.

  • Artritis

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massachussetts terhadap pesakit2 artritis, GLA dari minyak borage didapati membantu mengawal bengkak sendi dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

  • PMS

Masalah PMS didapati dapat diatasi dengan pengambilan GLA yang konsisten. Masalah PMS berpunca dari penurunan kadar asid lemak dalam tubuh wanita ketidak kedatangan haid. Kekurangan asid lemak ini menjadikan simptom PMS yang jelas.

  • Diabetes

Kajian terhadap 111 pesakit diabetes mendapati GLA membantu mengurangkan simptom kerosakan saraf terhadap pesakit diabetes. Dalam kajian lain, GLA didapati menghalang kemerosotan saraf dari berlaku. Pesakit diabetes dikaitkan dengan masalah kekurangan PGE-1, menjadikan mereka memerlukan GLA. PGE-1 membantu dalam penghasilan insulin untuk pesakit diabetes.

  • Kulit Yang Sihat

GLA telah digunakan sejak berzaman untuk kesihatan kulit, dan juga membantu dalam masalah kuku rapuh. 9 kajian ke atas GLA mendapati ia mampu merawat ekzema. Walaupun kesannya agak lambat (6-9 bulan) namun ia penantian yang berbaloi.

GLA dari minyak borage adalah pilihan yang paling praktikal. Setiap kapsul mengandungi 4 kali GLA lebih dari EPO.

Kerana itulah kami berbangga memperkenalkan GLA kami sebagai EPO yang TERBAIK!

Credit to MommyLyna
 http://vitaminsemulajadi.com/kelebihan-gla/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...