Saturday 26 July 2014

Cuti Jalan-jalan

Seronoknya bercuti!

Sebut pasal bercuti, best kan. Hehee 

Setiap dari kita pun ada tempat impian yang kita aim nak pergi kan. Ada orang suka luangkan masa gi waterpark, ada yang suka tempat yang advanture, ada yang nak ketenangan, nak gi tempat yang damai.

Saya? Tempat percutian yang saya nak sangat, yang damai, jauh dari hiruk pikuk bandar. Tepi laut ke hihihi..

Teringin nak sambut 5th Wedding Anniversary nanti, tempat pilihan saya either Krabi atau Bali. Tapi sekarang sebok usha Krabi. Uhuk uhuk..Teringin nak pergi berdua bersama suami, tinggalkan anak-anak bersama maid di kampung. 

Mahu berhoneymoon pada tahun ke-5 perkahwinan. Bagi saya perlunya masa untuk suami-isteri bersama, untuk hangatkan semula ikatan perkahwinan tu. Ramai yang lupa bahawa dalam sebuah rumahtangga, bukan hanya kisah ibu-bapa, tapi di dalamnya wujud dua jiwa yang bernama suami-isteri. Hah gitew!


Lihatlah ketenangan dan kedamaian Pantai Ao Nang di Krabi. Subnahallah. Indahnya ciptaan Allah kan. 


Semoga satu hari nanti Allah izinkan kami sampai ke sini. Dah masuk dalam wish list pun. Menunggu untuk direalisasikan. Heheee

Dah sampai ke sana nanti, pasti saya akan update dalam blog, rakamkan kenangan terindah kami di sana ngeee~

Doakan impian percutian saya ini tercapai ya :)

Hasanah 
013-2896454

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...