Tuesday 10 February 2015

9 TIPS Lembutkan Hati Anak

Tips Buat Ibu Bapa

Bagus untuk diamalkan. Jemput baca:



1. Bila tiba-tiba teringat kat anak, kirimkan bacaan al-Fatihah pada anak. Sampai pada ayat "iyyakana'budu waiyyakanastain" (maksudnya:Hanya kepadaMU kami sembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan),mintalah apa-apa hajat yang kita inginkan berkaitan anak itu, kemudian habiskan bacaan al-Fatihah dan doakan semoga anak kita itu diberi kefahaman dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan menyerahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Semasa anak tidur, pandang wajahnya dan ucapkan, "ibu/ayah nak ______ (sebut nama anak) jadi anak yang soleh sayang. Menurut seorang ustaz, ketika anak tidur ini kita sedang berbicara dengan ruhnya. Dan ucapan ibu bapa itu adalah doa dan Allah maha mendengar lagi maha melihat. Cubalah!

3. Masa bangun solat malam, solat hajatlah di sisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

5. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya melukakan hati kita. Muhasabah diri kita selaku ibu bapa, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

6. Yang paling penting, jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita terlanjur kata, carilah masa yang sesuai untuk kita meminta maaf daripadanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh :)

7. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat (maksud ayat: Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuham kami, perkenankanlah doa permohonanku)

8. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi Allah pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia juga tak suka.

9. Masa basuh beras niatkan "Ya Allah lembutkan hati anak-anakku _____ (sebut nama anak) untuk dia faham agamaMU sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Kenapa kita nak anak-anak faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh membawa ibu bapa ke neraka. Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil baca selawat pada Nabi Muhammad SAW.

Pada ibu bapa, doakan sentiasa anak-anak kita. Tips-tips ini sangat bagus untuk diamalkan.

Selamat beramal dan semoga Allah merahmati rumahtangga kalian :)

Hasanah
013-2896454
Shaklee Independent Distributor

Monday 9 February 2015

Suka Bertangguh Solat?

Rasa nak share kisah ini. Bagus iktibar yang boleh diambil dari kisah ini.

Terkedu bila membacanya. Rasa terketar lutut dan gementar hati. Sama-samalah kita memelihara solat kita agar Allah merahmati kehidupan kita dan memasukkan kita ke syurganya dengan rahmatNYA.

Jemput baca ya.

*****************************

Azali baru pulang dari tempat kerja jam 7 malam. Jalan jem. Penat memandu, sampai di rumah dia berehat sebentar lalu terlelap. Dia tersedar jam 8.20 malam. Melihat jam di tangan, dia bergegas mengambil wuduk. Belum solat Asar. Dan cuma 10 minit lagi akan masuk waktu Isya'.

Dalam mata yang masih mengantuk, Azali menunaikan solatnya. Asar dan Maghrib.

Tiba-tiba di pandangannya kelihatan lautan manusia yang menanti untuk dibicarakan. Azali resah.

Tiba gilirannya untuk dihisab segala perbuatannya di dunia.

Hukuman dijatuhkan!

Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. 

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. 

Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. 

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat..

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda; 

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit; 

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. 

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. 

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. 

Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang.
Kelihatannya lelaki itu sangat daif. 

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, 

"Siapa kamu?" 

Orang tua itu menjawab, 

"Aku adalah solat kamu" 

"Mengapa kamu begitu lewat! Aku telah terjunam ke dalam neraka! Kamu menyelamatkan aku pada saat-saat terakhir sebelum aku lebur." 

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah kau lupa? Kamu sentiasa laksanakan aku pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. 

Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. 

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. 

Dia sedar kesalahannya kini. 

Dia telah mendapat petunjuk Yang Maha Mendengar.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua :)

Hasanah
0132896454
Shaklee Independent Distributor

*Nama dalam cerita diubahsuai dan tiada kaitan dengan sesiapa. Kisah ini dikongsi untuk mengambil manfaat dan iktibar darinya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...