Wednesday 30 September 2015

Dilema Ibu Muda Menyusukan Anak

Momies yang menyusukan si comel, terutama newbies banyak hadapi masalah tak dapat support dari insan tersayang. 

Ramai yang mengadu pada saya, mak tak support, mertua tak faham, suami tak sokong. Saya percaya parents/husband yang tak support tu sebab diorang tak faham. Malah saya sendiri pun family asalnya tak sokong. Masa bersalin anak pertama, mak saya minta husband belikan formula milk (fm) lagi tau. Siap bagitau brand lagi. Hehehe

Tips saya:
- jika betul kita nak fully breastfeed (bf) si manja kita, nak dia sepenuhnya dapat manfaat susu ibu, jadi kita mesti BERTEGAS dan GIGIH. 

Bincang dengan mereka kenapa kita nak anak kita fully bf.
Orang yang pertama perlu difahamkan ialah suami. Sebab dia orang yang akan menemani kita, bersama kita besarkan anak syurga ini. Biarlah seisi dunia tak faham dan tak sokong, tak apa, janji suami faham dan sokong.

Fahamkan suami/mak/mertua:

1) kenapa kita nak beri susu ibu sahaja
Kena la explain apa kebaikan susu ibu, manfaat cecair emas (kolestrum) seawal hari-hari pertama dalam hidup si kecil.  Mereka tak faham, kita fahamkan.
Jika suami tak faham, haa pi print atau atau bacakan kebaikan bf ni kat dia. Sebelum bersalin anak pertama, saya ajak suami ke klas persediaan antenatal (di PPUM). Husband siap volunteer nak jadi model ibu menyusu lagi! Hikhik

2) bagaimana bayi kita akn dapat susu ibu jika kita kembali bekerja

Ikut pengalaman saya, mak dan mertua selalunya tak faham tang ni.

"Kalau tak campur susu tepung, macam mana nanti nak tinggal anak bila bekerja"

Mereka tak nampak macam mana caranya, sebab tak faham susu ibu boleh dipam dan disimpan berbulan lamanya. Jadi kita explain kasi faham. Kita perah susu, simpan dalam peti kat rumah, makin hari makin bertambah, kita bagi anak guna botol (atau alternatif lain sudu/cawan dan sebagainya), kita tunjukkan cara panaskan susu. Once mereka faham cycle ni, sure dah tak bising. Saya dah laluinya. Percayalah, bila mereka lihat mudah sebenarnya menyusukan anak dengan susu ibu, mereka akan faham dan sokong :)

3) apa yg suami/mak/mertua boleh bantu kita

Offer pada suami/mak/mertua untuk handle bayi dengan panaskan susu dan beri pada bayi. Bila mereka nampak mudahnya menjaga bayi susu ibu, mereka pun tak ragu lagi dan tak risau bagaimana babysitter akan menjaga anak kita nanti. Dalam berpantang saya buat begini, mak dan mertua dah expert nak panaskan susu ibu dan handle EBM (susu perahan - express breastmilk).

Menyusukan anak, walaupun ia momen yang seronok, tapi ia sangat memenatkan!

Once dah dapatkan sokongan suami, izinkan suami untuk bantu kita.

Mintalah bantuan pada suami untuk lakukan urutan dari pinggang ke bahu dengan gerakan 2 ibu jari.

Suami juga boleh buatkan minuman panas semasa kita sedang menyusukan bayi. Minuman panas boleh bantu perbanyakkan susu tau :)

**********

Semoga entry ini dapat membantu ibu-ibu muda di luar sana untuk terus menyusukn bayi anda.

Hak anak untuk ditunaikan ialah disusukan hingga 2 tahun.

Jom sama-sama kita realisasikannya!

Hasanah Ahmad

Wednesday 16 September 2015

9 Teknik Ajar Anak Membaca Iqra'

Saya nak kongsikan teknik yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak membaca, khususnya Iqra' bagi anak-anak pra sekolah (2-5 tahun). Mungkin ada yang boleh dimanfaatkan dari entry ini, boleh kongsikannya, jika ada pandangan/teguran mahu disampaikan, boleh tulis di ruangan komen untuk saya perbaiki ya. Yalah, teknik saya tak semestinya betul, mungkin ada silapnya kan. 

Ajar anak mengenal Quran seawal usia mereka
  1. Pada saya its okey anak tak diperkenalkan dengan satu persatu huruf hijaiyyah (alif, baa, taa, dal, nun dll) tapi terus fokus pada baris (baris atas - fathah, baris bawah - kasroh, baris depan - dommah). Sebab bila baca Quran, berapa ayat je yang ada Alif, Lam, Mim, (sebut satu-satu huruf). Malah dalam Muqaddam sendiri terus teknik membaca. Bukan tak ajar langsung, tapi tu dalam sesi lain. If nak ajar pun boleh, tak salah. Cuma saya perhatikan teknik di sekolah-sekolah, mereka kebanyakannya terus terapkan style "baca", bukan style kenal huruf satu persatu. 
  2. Normal untuk anak-anak sebut tak tepat. Usah lekas melenting ya mak ayah. Dulu saya jenuh jugak duk perbetulkan sebutan anak, nakkkk jugak baca betul ikut makhraj (sebutan yang betul bagi huruf), contohnya macam dzal (dal, dzal, ro), dzal tu kan sebetulnya lidah berada di belakang gigi. Anak baru 4 tahun masa tu tapi ibu sibuk nak baiki makhraj. Then saya notice kesilapan saya. Its okey biarkan anak-anak dengan minor mistake, lagipun ia kan satu proses pembelajaran. Kesilapan boleh diperbetulkan, tapi tak perlu terlalu menekan anak-anak. Mereka kan masih kecil. Later each huruf yang dia pelajari adalah satu pelajaran. Kalau nak tunggu sebut dengan betul makhraj semua huruf alamatnya masuk darjah 1 nanti muqaddam pun tak start lagi hehehe
  3. Bila anak dah mahir baris fathah, kasroh, dommah, perkenalkan pula dengan tanda tanwin. 
  4. Kemudian ajarkan baca huruf bersambung pula, contohnya baca fa a' la.  Seeloknya biar dia mahir fathah, kasroh, dommah, sukun (tanda mati) dan tasydid (tanda sabdu). Biasakan anak-anak kenal huruf yang bersambung, sebab nanti dia akan hadap yang itu bila baca Quran esok-esok. 
  5. Sekurang-kurangnya bila anak dah kuasai teknik ini, ibu bapa sudah boleh mulakan dengan muqaddam, kerana dia dah kenal baris, huruf bersambung dan cara bacaan. Kemudian perlahan-lahan perbetulkan hukum tajwid, makhraj. 
  6. Untuk anak-anak pra sekolah, sebelum mulakan muqaddam, saya pelbagaikan teknik mengajar di rumah. Ada waktu formal anak-anak duk mengadap baca Iqra' (seperti dalam gambar kat atas), selalunya waktu mengaji ialah lepas solat Maghrib, jika suami ada, beliau yang ajarkan, jika beliau ke masjid, saya ajarkan di rumah, jika anak-anak ikut sama ke masjid, Iqra' bawa ke masjid juga. No ngelat hihiii..Kadang malam kami keluar, jadi anak-anak akan baca di siang hari. 
  7. Ada waktunya pembelajaran Iqra' berlaku secara santai, selalunya saya jadikan aktiviti petang anak-anak, saya buatkan kad, buat teka teki kat anak-anak. Anak-anak pun suka aktiviti sebegini, berbanding duduk mengadap "guru mengaji" (kami je pun hehehe) yang kadangkala lebih tegas berbanding aktiviti santai suka suki. 
  8. Secara peribadinya saya berpendapat, sebagai ibu bapa, kita perlu tetapkan bila anak perlu start baca muqaddam, habiskan muqaddam, bila perlu khatam Quran 30 juzuk. Saya belajar dari mak saya, beliau ada target sendiri. Anak-anak perlu khatam Quran (termasuk betul tajwid semua) sebelum masuk tingkatan 1. Sebab bila dah sekolah menengah, anak-anak mula tinggal di asrama, jauh dari ibu bapa. Anak-anak yang belum mahir membaca Quran dengan tajwid yang betul tak sewajarnya dibiarkan membaca Quran sendiri tanpa berguru (guru kat depan, bukan guru elektronik, supaya guru boleh menegur dan memperbetulkan kesilapan). 
  9. Jika ibu bapa kurang ilmu untuk mengajar anak-anak mengaji Quran, bagus untuk mereka hantar pada guru mengaji. Dan dalam masa yang sama, ibu bapa itu sendiri perlu memperbaiki bacaan mereka. Bila kita nak anak pandai mengaji Quran dengan betul, kita sebagai ibu bapa pun mesti tunjukkan contoh yang baik dan betul pada anak-anak. 
Gambar-gambar di bawah antara aktiviti santai kami anak beranak. 
 



Saya sangat mengalu-alukan jika ada ibu bapa yang ingin kongsikan cara anda mendidik anak-anak pula. Saya juga nak belajar dan perbaiki mana yang perlu. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen ya :)

Terima kasih kerana sudi membaca dan kongsikan entry ini untuk manfaat ibu bapa lain :)

Monday 14 September 2015

8 TIPS OHSEM Mudah Diamalkan Semasa Jerebu

Kali ni nak kongsikan tentang isu semasa yang melanda ibu kota - jerebu.

Kalau tengok, gerun rasanya. Gelap semacam, berkabus je kan.

Semua pun pernah dengar tentang IPU kan? IPU tu adalah ukuran paras jerebu. Bacaannya seperti berikut: 


Setakat bacaan IPU terkini jam 6 pagi tadi, kawasan Batu Muda di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terjejas teruk dengna bacaan IPU 188. Kebanyakan tempat mula menunjukkan bacaan IPU tahap kuning. Dan berita jam 12 malam tadi pun dah announce semua sekolah sekitar KL, Selangor, dan Melaka diarahkan tutup hari ini. Dasat kan? Bacaan IPU semasa boleh juga dilihat di website rasmi Jabatan Alam Skitar .

Waktu persekitaran tak sihat begini, kita mesti ambil tahu apa yang perlu kita lakukan. Ini 6 tips yang diberikan oleh KKM untuk membantu kita menjaga kesihatan semasa jerebu. 

Saranan saya pula: 7. Mengambil Vitamin C dan Nutriferon untuk tingkatkan imuniti tubuh supaya tidak mudah jatuh sakit. Ramai orang yang mengadu bila keluar je rumah, mata rasa pedih, tekak rasa gatal nak batuk je kan, pengambilan vitamin kaya antioksidan dapat membantu anda mengatasi masalah ini. 8. Bagi ibu bapa yang anaknya berusia 1 tahun ke atas, anda juga boleh bekalkan vitamin C Chewable dan nutriferon pada anak anda. Ini penting untuk meningkatkan imuniti anak agar tidak terjejas dengan jerebu, kerana kanak-kanak memiliki sistem imuniti yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Bila anak sihat, mak ayah pun gembira kan. Anda boleh dapatkan Vitamin C Shaklee dan Nutriferon di sini ya. Sama-sama kita jaga kesihatan dalam musim jerebu yang teruk ini. Saya juga semalam baru siapkan face mask untuk kegunaan anak-anak. Sediakan payung sebelum hujan katanya hehe..Ofkos untuk anak-anak ibu buatkan yang bercorak gitu :)                                Hasanah Ahmad | 013-2896454

Friday 11 September 2015

LEAD THE SHIP: Program Yang Menukar Sudut Pandang

Minggu lalu, saya berpeluang hadir ke 1 program anjuran Master Zura, special guest ialah Kak Suraya Ali (Cik Sue pengasas Lunatots). Sebelum ni saya dah pernah beberapa kali dalam program yang sama dengan Cik Sue, senang sangat bila bersama Cik Sue yang comel hihii



Banyak yang saya nak share tentang program ni, tapi dalam entry yang ni dan kesempatan waktu menulis yang terbatas, saya nak cerita tentang Paradox of Value. Paradox of Value ni macam pertembungan nilai. Bila dalam 1 masa, kita ada pertembungan nilai, nilai mana 1 kita nak pegang.

Contoh air dan berlian. Semua orang pun tahu berlian tu mahal. Harganya ribuan ringgit. Air tu harganya RM1 jika di botol. Tapi dalam waktu yang lain, ada masa mungkin air lebih mahal dari berlian, contohnya masa bencana, keputusan bekalan air bersih. Betul kan?

Cik Sue beri kami tonton video iklan Petronas ni.



Mula-mula tengok, dalam hati saya ada juga judge, "Allah..tunggu lah kejap. Kesian pakcik tu, terkejar-kejar dalam hujan". "Haa tu la balasan tak nak tunggu, kan dah accident".

Tapi lepas belajar tentang Paradox of Value ni, barulah saya faham, penting untuk kita tahu bahawa setiap orang ada value mereka tersendiri. 

Mungkin lelaki berkereta tu tengah rushing, ada isteri yang sarat hamil yang sedang menanti untuk berbuka bersama? Atau dia ada anak-anak yang menanti kepulangannya dari jauh untuk ifthar bersama? 

Siapa tahu kan. Jadi janganlah cepat menghukum seseorang. Dari sini, saya belajar menukar sudut pandang saya terhadap sesuatu. 

Setiap orang ada nilai yang dia pegang. Kita hormati nilai itu, walau pada pandangan mata kita terasa salah. 

Thursday 10 September 2015

Set Bersalin Tanamera

Yeayyy..produk yang dinanti dah pun tiba.



Actually masa bersalin anak ketiga, saya pernah guna tanamera, tapi beli loose je. Bila cuba, memang best. Masa tu saya beli Brown Formulation Body Soap, Feminine Herbal Wash, Virgin Coconut Oil (VCO), Herbal Bath, dan Boreh Body Scrub.

Then kali ni after few survey, saya pilih set tanamera juga untuk kegunaan luaran.
Nak try pilis dan tapel dia pulak. Sebab sebelum ni memang tak pernah buat. Tapel pernah masa bersalin anak pertama je. Mak dan mertua saya tumbuk sendiri ramuannya hihii.

Set ni saya beli dari rakan. Kebetulan pula masa saya tengah bercadang nak beli, dia nak letgo set ni, dia cuma amek bengkung sahaja dan VCO dah buka katanya. Harga RM200 je tau. Rembat terus! Memang sangat murah, selalu full pack ni RM315-350 yang saya jumpa di pasaran.

Jom check apa yang ada dalam kotak ni.



1. VCO 100ml
Ni item yang saya paling suka. Sebab dengan minyak kelapa dara ni, saya buat minum, sapu di perut untuk kurangkan stretchmark, dan buat urutan perineum. 

2. Brown Formulation Body Soap, 125gm
Haa ini pun saya suka bangattt. Bau sabun berherba ni memang best, boleh je nak guna sebelum bersalin. Dulu saya potong pada dua bahagian sebab tak nak cepat habis hehe..

3. Boreh Body Scrub, 20gm X 4 sachet
Masa berpantang anak yang lepas, adik saya yang tolong bancuhkan boreh scrub ni dan sapu kat tubuh. 2x seminggu je, boleh mula gunakan hari ke 5 lepas bersalin. Best sangat yang ni, memang habis saya guna hehehe..saya memang suka belai diri, boleh kata setiap bulan gi spa kut. Bau-bauan herba macam ni memang saya suka. 

4. Feminine Herbal Wash, 10gm X 14 sachet
Yang ini tak habis guna dari kelahiran lepas. Ada lagi 4 pack tak habis dari bersalin Irfan dulu. Hehee..guna 2x sehari je ritu. 1 uncang tu rebus dalam 500ml air. 

5. Herbal Tea, 2gm X 14 sachet
Ni satu je yang jenis minum. Set tanamera memang banyak yang jenis kegunaan luaran. Bukan makan/minum. 

6. Firming Herbal Blend Paste (Tapel), 15gm X 14 sachet
1 uncang serbuk tapel ni dicampurkan dengan 4 sudu besar air panas dan dijadikan pes. Sapu pada kawasan abdomen (sekitar perut). Lepas sapu, alas dengan kain nipis (tuala good morning tu pun boleh) sebelum pakai bengkung. Boleh mula digunakan selepas hari ketiga bersalin. 

7. Calming Herbal Blend Paste (Pilis), 3gm X 14 sachet
1 uncang serbuk pilis ni dicampurkan dengan 1 sudu kecil air panas dan dijadikan pes. Guna cuma 2x seminggu je, boleh mulakan pada hari kelima. Pilis ni sapu kat dahi tau. Karang ada yang tak tahu pula hehehe

8. Herbal Massage Oil 100ml
Ni minyak panas tana mera. Boleh digunakan hari pertama lepas bersalin. 

9. Herbal Bath, 10gm X 14 sachet
Ini pun antara produk yang saya suka dalam set ni. Masa beli kelahiran yang lepas, memang habis guna. Cayalah! Ye laa kebanyakan set bersalin (review dari orang lain pun), banyak yang tak habis guna kan. Kalau kat kampung, orang panggil mandi "tresat", iaitu mandi air daun-daunan herba untuk kembalikan kesegaran tubuh. Sekarang dah dipermudahkan dalam bentuk uncang camni, cuma rendam/rebus je. Herbal bath ni selain untuk mandi, saya gunakan masa bersauna juga. Saya sauna kat rumah je hehe

item ke 10 dalam set ialah bengkung. Tapi since member saya dah gunakan, jadi dia jual tanpa bengkung. its okey sebab harga tu pun memang saya dah puas hati sangat haha

Perasan kan, set bersalin tana mera ni 9 dari 10 adalah jenis sapu/mandi. Hanya 1 je jenis minum. Jadi boleh kata mostly guna luaran je kan. 

Habis tu untuk penjagaan dalaman selepas bersalin, saya guna apa?
Ofkos saya guna produk yang terbukti berkesan untuk pulihkan tenaga, dan pelihara kesihatan berpanjangan. Ini produknya :) Memang tiada tara dan ramai yang bersetuju. 

Memang ramai dah cuba. Fullset untuk Set Berpantang bagi kegunaan dalaman ni pun boleh guna sejak dari hamil, selepas bersalin dan semasa menyusukan, juga boleh diguna oleh ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan.Malah saya sendiri dah cuba sejak dari anak kedua dan ketiga. Badan bertenaga, susu pun meriah.

Best kan :)

Jika nak order untuk pulihkan dalaman, boleh hubungi saya untuk pembelian set berpantang ni tau.

**saya tak jual set bersalin tana mera ye

Hasanah
013-289.6454

Wednesday 9 September 2015

Tips Cari Jalan Keluar

Tadi tonton rancangan Tanyalah Ustaz.

Ust Elyas kata, ada 1 zikir, apabila dibaca, Allah akan menghilangkan kesusahan, berikan jalan keluar kepada kita.

Ini zikirnya.

Malah ibu-ibu yang sedang berjuang dalam proses bersalin pun sangat digalakkan membacanya.

Manusia tanpa zikir ibarat ikan tanpa air.

Zikir itu adalah makanan, ubat dan penawar bagi hati.

Jom sama-sama kita amalkannya. Moga Allah berkati hidup kita dan lancarkan urusan kita seharian.

Saturday 5 September 2015

Tukar IC Baru

Korang tahu kena tukar IC baru selewatnya usia 25 tahun?

Pasti ada yang tahu kan. Tapi saya tak tahu. Baru je tahu few months ni hehee.. Jadi balik kampung kali ni berkesmpatan ke JPN Machang untuk buat kad pengenalan gantian. Cuma 30 minit je siap, bayaran RM10 untuk lad pengenalan gantian. Ada sesetengah JPN ambil masa yang agak lama. 

Dari bacaan saya di web JPN pun ada mengatakan setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas, perlu mengganti kad pengenalan selewatnya di usia 25 tahun.

Yalah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, hanya guna IC je pun kita boleh guna Touch n Go tau, mana-mana tempat yang guna Tounch n Go boleh terima, contohnya untuk LRT atau bayar tol.

Alkisahnya sebenarnya last week saya ke Shah Alam, dan on the way balik ke rumah, lalu laa 1 tol tu (lupa area mana), hanya menerima Touch n Go dan Smart Tag SAHAJA!

Masa tu dalam hati, Allah je yang tahu. Mujurlah dah malam, kereta pun tak banyak. Saya redah je lalu kat line Touch n Go, nak bayar cash, jurutol tu kata hanya terima touch n go dan smart tag sahaja. Huwaaaaaa!! Dah la saya bagi smart tag kat husband untuk beliau ke port dickson berkursus di sana. Kad Touch n Go pun beliau yang pegang juga. Erk!

Then jurutol minta kad pengenalan saya, katanya boleh bayar touch n go guna IC juga. Rupanya IC saya ni IC lama! Memang takde label Touch n Go pun kat belakang kad! Hahahaha

Jurutol pun cakap kena beli kad la sebab IC pun tak dapat kan. Jadi beli kad baru RM15.60. Kat tol tu la jugak, tak perlu nak turun kereta. Tapi kesian la juga bersusun 3 buah kereta belakang kereta saya hihii

Kad touch n go tu RM10 manakala dalam tu ada nilai RM5.

Lepas je kes ni terus beria nak buat IC baru. Hehehe sebelum ni tak cakna pun.

Oh ye, ada yang kata kena denda jika lambat buat kad. Tapi saya buat tadi tak kena dend pun. Abang ipar saya kena denda, RM30 jika tak silap. 

IC baru ada 2 gambar (gambar besar yang berwarna & gambar kecil hitam putih). Ada label Touch n Go kat belakang kad.

Jadi siapa belum tukar IC silalah bertukar IC baru yang lebih cantik dan canggih hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...