Thursday 28 May 2015

Pengurusan Jenazah - Apa yang Kita Perlu Lakukan?

Panduan ini dikongsikan oleh rakan saya (Ila namanya) apabila berlaku kematian di kawasan kejiranan beliau. Saya simpan di sini untuk panduan kita semua, boleh jadi pedoman jika berlaku kematian di kawasan kita. 


*****************************


1- Pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih. Seeloknya sebelum keluar rumah, pastikan rumah kemas & bersih supaya jika terjadi apa-apa pada kita di luar, at least kita tak susahkan orang yang bawa balik jenazah kita untuk kemas rumah kita.


2- Sebaiknya ruangan carporch atau depan rumah mudah untuk kereta jenazah masuk dan turunkan jenazah.


3- Pastikan kita join Khairat Kematian. Ini sangat penting jika berlaku kematian, biasanya kita blur apa nak buat sebab terkejut atau sedih. Lebih-lebih lagi kalau keluarga jauh. Simpanan tak mencukupi. Sekurang-kurangnya ada tabungan ini yang boleh membantu. 


4- Berkenal-kenallah dengan jiran tetangga, jangan sekadar hai hai bye bye atau buat tak tau. Hadir jika dijemput ke majlis-majlis kejiranan.


5- Rajin2 ke surau atau masjid dan hadiri majlis agama. ðŸ˜‚6- Persediaan duit cash, kain batik lepas, cadar/sarung bantal putih & kain putih jarang untuk tutup muka. Tali putih panjang untuk ikat muka agar mulut tak terbuka. Sebaiknya sediakan 1 set alatan untuk menguruskan jenazah di rumah.  Nak kena cari ni untuk standby. Cerita dengan Mak Tok. Dia dah pesan 'ma dah letak kat bilik abg ngah tau. Siap 1set'


6- Sewaktu mandi, solat & kebumi jenazah, sebaiknya ahli keluarga lakukan bersama-sama. Jika tak tau, boleh bertanya apa perlu dilakukan. Selalunya ada orang yang mahir dalam selok belok pengurusan jenazah (ahli surau/mereka yang belajar) untuk membantu. Itu pentingnya kita belajar cara untuk menguruskan jenazah, agar bila terjadi pada ahli keluarga terdekat, kita tahu bagaimana nak mandikan/kafankan. 

7- Jiran-jiran hulurkanlah bantuan dengan sediakan makan minum untuk ahli keluarga. Jangan bebankan keluarga tersebut yang ditimpa musibah. Begitu juga dgn tahlil, jiran-jiran boleh buat collection dan ringankan beban keluarga tersebut.

8- Amalkan bacakan Yasin/ayat Al-Quran sepanjang masa di rumah si mati.

9- Seeloknya semasa hayat ni kita sediakan set lengkap pengurusan jenazah untuk memudahkan urusan apabila kita tiada. 


Menurut sahabat saya, Ila, di kawasan kejiranan beliau, semasa berlaku kematian dua hari yang lalu, sebelum sampai jenazah ke rumah, ahli surau dah pun siap pasang khemah, saudara mara bantu sediakan tempat pembaringan untuk jenazah, jiran tetangga terus sediakan makanan untuk keluarga & sanak saudara jenazah. Mereka jemput tetamu makan di rumah jiran sebelah. Untuk elakkan dari mengganggu rumah keluarga si mati yang sedang bersedih.


Untuk set pengurusan jenazah pula, boleh juga dibeli secara online. Di kawasan saya, mak saya ada sediakan set sebegini (cuma takde lah dipakejkan macam kit ni. Mak letak dalam plastik biasa je). Jadi bila berlaku kematian, orang sekampung beli dari mak :)



Kit Pengurusan Jenazah

Semoga entry ini dapat membantu tambah nilai jika berlaku kematian di kawasan kita. Upsss..bukan siap sedia untuk orang yang akan meninggal je, mari tambahkan amalan kita kerana kita pun tak tahu bila kita akan dijemput pulang olehNYA. 


Peace...


Salam sayang,

Hasanah

Supermom yang Chumil :)

Saya Shaklee Distributor | Sungai Besi 

Wednesday 27 May 2015

Pengalaman Menginap di Private Pool Hotel

Banyak kali juga bercadang nak bercuti ke Port Dickson cuma tak berkesempatan. Bila incik suami berkursus 2 bulan di PD, dapatlah juga jejakkan kaki ke sana. Bulan lepas hari last suami di PD, dari PD ke KL bawa kami anak beranak ke PD. Kesian kan, sob sob..terharu pula dengan pengorbanan suami. Kiter nak naik bas je dia tak kasi. Nak juga jemput hihii

Di PD, kami stay kat Grand Lexis. Pasti ramai yang familiar dengan hotel ni kan. Yalah, glamer sebab ada private pool. Nak kolam privasi di bilik sendiri dan tertutup, ini pilihan yang bagusssss..


Kami book bilik jenis sky pool villa, sebab melalui carian saya, tak semua pool kat dalam bilik tu berbumbung. Jadi jika nakkan privasi, jaga aurat dan keselesaan kita sendiri, ambillah bilik yang pool nya bertutup ye. Yang jenis ini pool nya berbumbung. 

Masa hari check in di hotel, staff hotel maklumkan bilik kami di upgrade ke premium  room. Wahhhhhh...dalam hati gembira sakan lerrr hihii (mak yang over excited okeh). Katanya bilik dan kolam yang lebih besar..ngeeee..siapa tak suka kan kan..

After check in, kami dijemput naik "buggy", kami bahasakan "kereta" kat anak-anak. Barang pun diletak dalam tu. So tak perlu susah-susah angkat beg cari bilik bagai. 
First time masuk hotel 5 bintang begini...Tara....



Senyuman terukir di bibir. 2 katil king size, bilik yang luas dan ada glass di lantai yang boleh lihat air laut di bawah (tapi air tak jernih mana pun hehee). Ni kali pertama saya berkesempatan snap pic bila masuk bilik hotel. Sebab adanya glass tu, anak-anak serbu yang itu dulu. Selalu jika ke hotel, mereka excited nak lompat kat katil dulu. Takdan ibu nak snap pic tau! 

Ada 3 ruang dalam bilik ni tau. Luas kan. Jom intai.

Laluan ke pantry dan ruang ke tandas 

Ni pula kat pantry. Siap dengan microwave, water heater, set pinggan mangkuk dan sabun pencuci pinggan. Sibuk je daku kan. Ini pun mahu cerita. Hehee..layankan ajerrr



Ni ruang kat depan toilet. Toilet tak besar pun. Tak pa janji asing tandas dan bilik mandi hehe.. Bilik air kecik je sebab kolam kan dah besar..kita terjun je nanti hahaha

Lihatlah keriangan anak-anak syurga bila jejak kolam. 


Seronok kemain bila bukak pintu yang memisahkan bilik dan pool ni. Kata anak saya,"Wahhhhhhh".

Kolam ni dalamnya 4 kaki. Kira tinggi sket dari paras pinggang saya. Errkk..mak budak pun runsing nak berendam dalam kolam. Anak-anak memang siap bawa jaket pelampung sorang satu. Kat sini disediakan 2 pelampung. Berat pulak tu. Tapi dont worry ia terapung atas air haha

Kolam besar, boleh main kejar-kejar anak beranak 
beberapa round hehee


Contohnya seperti ini hehehe... Bukan je anak yang gembira, kita mak bapak pun sama happy tengok anak-anak kan. 

Bagi saya yang kurang cerewet ni penginapan di sini sesuailah dengan hotel 5 bintang, ada private pool, layanan staff malah semua lah. Berbaloi tak menginap kat sini untuk pool sebegini? Bagi saya, jika nak terperap dalam bilik, berbaloi. Tapi jika siang sampai malam keluar jenjalan pusing bandar, balik hotel sekadar nak rehat dan tidur je, tu tak memadai. hihii..baik duk hotel yang murah sket, jimatttt.

Memilih hotel berprivasi seperti ini bukan untuk anak semata-mata, tapi juga untuk kami suami isteri untuk sama-sama recharge. Ni macam bulan madu (yang romantik) laa gitew hehe..Balik dari bercuti, incik husband sampai cakap, "pasni tiap-tiap tahun jadikan kemestian gi hotel macam tu" (yang ada private pool - lebih privasi, untuk anak, juga ibu-bapa)..Amboihhhh! 

Yalah, rugi pi hotel memahal tapi tak manfaatkan untuk hangatkan semula hubungan suami isteri. Jangan lupa bahawa dalam sebuah rumahtangga, bukan hanya ada ibu bapa/mak ayah sahaja. Tetapi di situ ada 2 jiwa yang juga perlukan perhatian dan kasih sayang, iaitu suami, juga isteri. 

Haa dah dah. Kang melalut ke mana pulak. Okey sekian celoteh untuk entry ini. Hihihi

Apapun, Grand Lexis memang best untuk tempat beristirehat dan damai. 

Nak tempat yang lagi best untuk anak-anak? Saya ada cadangan! Tunggu next entry ya. Kegembiraan di tempat yang penuh keriangan tu saya jadikan terapi masa jumpa doktor gigi tau. Haa sampai macam tu sekali.. Memang sangat happening! 

Stay tune..Di next entry. 

Salam sayang, 
Hasanah
Supermom Yang Chumil :)
Ahaksss


Monday 25 May 2015

Kisah Paling Sedih Sepanjang Bergelar Ibu

Anak saya ada "kisah sedih" mereka sendiri, yang saya akan ingat sampai bila-bila . Harap dapat jadi pengajaran pada semua ibu bapa. Inilah kisah paling sedih sepanjang saya menjadi ibu. 

Hujung September tahun lepas, saya dan suami ke sarawak. Meraikan adik bongsu perempuan sy yang konvo di Unimas sambil jenjalan Sarawak. Ni kali pertama saya jejakkan kaki ke Borneo.

Trip kali ni saya dan suami decide tak bawa anak. Atas beberapa faktor. Lagipun cuaca kat sana panas waktu tu. Jadi kami bincang dengan pengasuh kami untk menjaga 2 org anak kami (4 tahun dan 2 tahun). Sy cuma bawa anak paling kecil, usia 1 tahun waktu tu kerana masih menyusu badan.
Flight jam 7 pagi, seawal jam 4 pagi kami hntr anak ke rumah pengasuh. Waktu tu anak-anak memang tidur lagi. 

Kami ke Sarawak cuma 2 hari 1 malam sahaja kerana tak nak tinggalkan anak lama-lama. Tu pun rasa sebak sangat bila tinggalkan mereka.

Pulang esoknya naik flight waktu malam, sampai rumah jam 1 pagi. Babysitter dah nasihatkan tak perlu ambil anak malam tu, bimbang terganggu tidur mereka. Kesian juga kat pengasuh kan jika kami ketuk pintu jam 1 pagi nak ambil anak. 

Esok awal-awal pagi lagi saya ambil anak kt rumah pengasuh. Sedih dan sayu tak tahu nak cerita macam mana (T_T)

Soalan pertama anak bila sampai ke rumah: Kenapa ibu tinggal abang? 
Sebak sangat dengan soalan tu yang keluar dari mulut anak 4 tahun. 

Babysitter cerita bila parents anak asuhnya ketuk pintu, anak kedua saya cepat berlari ke pintu jerit "ibu" sambil depa kedua tgn. Rupanya yg muncul parents org lain. Masa tu anak saya menangis sungguh-sungguh. Semestinya dia rasa amat sedih kan. Sebak sungguh rasa hati bila babysitter beritahu. 

Beberapa hari berlalu dengan baik, hinggalah satu hari anak sulung saya, lukis gambar yang tak saya fahami. Saya memang suka tengok anak-anak beraktiviti. Saya dekati Izzat sambil pegang bahu dia. 

"Abang buat apa tu?"
Izzat: Abang lukis.
Ibu: Ooo abg lukis apa?
Izzat: Abang lukis abang la. Ni abang. Ibu tinggal abang.
Saya terdiam. Mula rasa sebak. Air mata mula bergenang. Tapi saya gagahkan juga diri untuk bertanya lebih lanjut.
Ibu: Ibu gi mana?
Izzat: (sambil belek ke muka surat sebelah belakangnya) ibu gi jalan ngan baby (irfan). Ngan ayah. Ibu tinggal abang ngn angah. Abang nangis. Huwaaaaa (dia tunjukkan gaya dia menangis hiba)
Menitis air mata sedih. Saya peluk Izzat dan katakan padanya, saya takkan tinggalkan dia lagi. Masa tu memang rasa sangat-sangat tersentuh. Bukan saya je menangis sedih, Izzat pun sama bergenang air mata. 

Memang anak-anak saya jarang ditinggalkan bila kami bercuti ke mana-mana. Dengan pengasuh mereka dah biasa 2 tahun menjaga. Malah kadang-kadang anak saya tak nak balik rumah bila berkawan di rumah babysitter. Memang trusted babysitter katakan. Tapi yalah. Kasih ibu bapa sendiri mana nak samakan. Sebelum ni tinggal jika bekerja/urusan luar dan tak lebih 10 jam. Ini tinggal sehari semalam. Trauma ditinggalkan ini berlarutan hingga kini.

Saya sedang cuba meraih kepercayaan anak-anak bahawa mereka tidak akan ditinggalkan. Jika salah seorang dari kami tiada (berkursus/bercuti), salah seorang akan bersama dengan anak.
Saya rasa ini kesilapan terbesar saya sebagai ibu bapa. Anak-anak saya sungguh trauma ditinggalkan.

Selepas peristiwa hiba ni, saya berkursus di Cherating dan ke sana selama 3 hari, juga saya bawa anak-anak sepanjang berkursus. 

Pesanan saya untuk diri saya sendiri juga pembaca selaku ibu bapa; 
Kadangkala kita rasa susah nak handle anak (terutama anak yang ramai) bila bercuti, tanpa kita sedari ia memberi kecederaan emosi pada anak-anak sekecil itu. 

Bawa anak bersama sambil uruskan orang untuk membantu menjaga mereka sepanajng percutian adalah lebih baik. Itu yang saya pelajari. Di saat kita gembira, mereka ada sama-sama bergembira dengan kita. 

Mungkin anda ada kisah yang menarik untuk dikongsikan? Jom share kisah anda :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...