Saturday 26 May 2012

Susu Merudum ~ kenapa perlukan supplement?

Saya telah mengambil supplement untuk penyusuan kerana saya ingin kekal cergas di samping dapat menyusukan si kecil. Pernahkah anda terfikir, " Kenapa susu aku drop?"

Jawapannya kerana...

* Sesi pengepaman yang tidak efektif
* Kurang rehat dan badan ibu menjadi letih dan tidak bertenaga
* Minum air kurang dari 3Liter
* Pemakanan yang tudak seimbang
* Makanan yang tidak cukup untuk menampung keperluan badan

~ Memikirkan semua di atas, saya mengambil langkah untuk mencuba supplement kerana ibu yang menyusukan itu perlu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga untuk penghasilan susu yang banyak.

Jadi, saya telah mengambil supplement Shaklee.

Sebenarnya semasa menyusukan anak sulung lagi, dah usha2 nak try, bila baca testimoni pengguna wah, sangat menakjubkan..tetapi saya tiada masalah penyusuan, jadi rasa macam tak penting pun untuk ambil supplement.

Semasa berpantang anak kedua, saya juga tidak mengalami masalah penyusuan- susu saya cukup dan mampu memperoleh 5 oz walaupun tanpa mengambil supplement.

Setelah mencuba, barulah saya tahu..Oh rupanya saya silap!

Mulanya saje-saje nak tahu apa beza ambil supplement dengan tidak, then barulah saya sedar rupanya set penyusuan Shaklee ini bukanlah semata-mata untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu, malah membantu ibu kekal sihat dan bertenaga.

Bayangkan, saya berupaya menguruskan 2 orang anak kecil yang hampir sebaya, melakukan kerja rumah dan pada masa yang sama mengepam dan ber"internet" tanpa lesu!

Kemudian barulah persepsi saya tentang supplement berubah. Apalah guna saya pengepam tegar tetapi badan letih lesu dan tidak bertenaga?

Dan,

Kenapa saya memilih Shaklee?

Nanti saya sambung lagi ya...


Ingin tahu set apa yang saya ambil? Inginkan konsultasi tentang penyusuan susu ibu dan set penyusuan Shaklee? Feel free to contact me:

Fb: Hasanah Ahmad
Emel: hasanah3006@gmail.com
SMS: 013-492 6468

Thursday 24 May 2012

Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu

Bekas apa yang sesuai untuk milk storage?


Terpulang pada individu. Antaranya:

  • Botol khas utk penyimpanan susu (yg ada sealing disc) cthnya yg saya ada MLO (mom's little one), JJ (jimgle jungle), bumble bee, pureen,, stylo mama dll..

  • Ada jugak pakai bekas dadih- pastikan yg BPA free tau!

  • Nak jimat ruang, ada juga yang guna plastik aiskrim


  • Yang saya suka, guna storage bag spt: Autumnz, Youhaveababy, JJ sebab lagi senang nak susun dalam freezer
*******************************************************************************

Berapa oz nak letak dalam setiap bekas?

Digalakkan untuk simpan 1 bekas dalam jumlah yang anak anda minum- utk elakkan pembaziran. 

Tapi pada anda yang dah penuhkan 1 bekas, jangan risau, ad tips lagi utk tak nak membazir.

*****************************************************

Berapa oz nak hantar pada babysitter?

Sebelum start bekerja, saya akan train anak saya minum EBM dari botol mengikut waktu kerja. 

Cthnya: Andaikan saya kerja ptg, jd start tgh hari sampai mlm tu anak saya hanya minum dari botol, dan selepas itu baru blh df.

Jadi kita boleh anggarkan berapa oz nak hantar, katakan 4botol x 3oz, then lebihkan sebotol dua in case terpaksa balik lambat etc...

 *******************************************************************

Pengendalian EBM

Fresh EBM- 4jam pad suhu bilik

Chilled- 3 hingga 5hari

Freezer- 3 bulan (2 pintu) dan 2 minggu  (1 pintu)

Deep freezeer- 6 bulan hingga 1 tahun

********************************************************************

 Fresh EBM perlu letak dalam fridge bahagian chiller at least 2jam sebelum dinaikkan ke freezer.

Sebelum hari bekerja, malam tu frozen EBM letak kat chiller.

Hari nak gi kerja tu, masa siapkan susu, labelkan siap2..

Digalakkan campur macam ni (cth yg saya dan kebanyakan bf mom buat):

1&2-Thaw EBM

3, 4&5-Chilled ebm

6-Fresh EBM

 

**nak letak mana2 pun boleh untuk chilled dgn fresh tu, tp yg thawed EBM tu pastikan dilabelkan terawal sebab kalau label last2 no 5,6, kot2 tak habis nanti tak tahan lama, 24jam saje kannnn

Tuesday 22 May 2012

Seteguh Tekad ~ Cabaran Dalam Penyusuan

Penyusuan susu ibu ni perlukan semangat yang kental, memang nampak macam mudah, tapi siapa yang melaluinya mesti tahu sebenarnya betapa sukar dan berliku, tapi dengan adanya teman2 yang bahu menbahu terutama pada saat2 getir, Insya Allah ia akan jadi pengalaman manis yang tak dapat dilupakan..(My unforgettable memories-tajuk esei zaman2 bangku sekolah..hehe)

Apa cabaran dan kekangan yang sering dihadapi oleh bf mother ni? Jom kita intai...


  1.  First sekali kot..bila MALAS melanda.. Malas nak df, nanti sakit belakang? Malas pam?? Oh,tidak!! Teringat pesanan mentor saya (bukan mentor rancangan realiti TV tu tau!) "u culas, susu drop, so u pilih la mana u nak" 
  2. Terkejar2, tak sempat nak pam. Sibuk. Dah engorge nih..ayoyo..PERINGATAN buat diri sendiri! Bila lama tak pam sampai bengkak2, nanti lelama susu akan drop, percayalah..daku dah kena banyak kali niiii.
  3.  Pam ku buat hal...suction dah kurang, pam dapat 2 oz jerk?? Marmet2 tengok dapat 5 oz..ni tanda pam anda dah bagi signal untuk dihantar servis!
  4. Lain-lain masalah:
    -Bos tak support BF
    -Family tak support 

    -Hilang semangat (ni ku tak nak komen)

Tips Banyakkan Susu

ALAMAK...SUSU KURANG!

Ramai yang nak tahu macam mana nak memperbanyakkan susu. Kat sini saya ada share. Saya akan tambah dari semasa ke semasa. Ni yang saya edit sendiri dari pembacaan, perkongsian para ibu di group, perbincangan bersama Kaunselor Laktasi dan pengalaman saya bf 2 orang permata hati.


1.  Invest pada pam yang berkualiti~ kalau pam pun asyik rasa sakit atau suction tak best, boleh efek pada susu jugak.

2. Pam dengan kerap, setiap 2-3jam. Jangan melebihi 4jam atau tunggu hingga breast penuh baru nak pam/ df.

3.Sentiasa tenang semasa pam. Stress boleh mengganggu pengeluaran susu anda ya.

4. Minum air masak 2-3Liter sehari..Amboi..banyaknya!! Nanti saya akan kongsikan bagaimana nak konsisten minum air sebanyak ini =D

5. Lakukan power pumping (hyperstimulation) untuk banyakkan susu anda dengan cepat.

6. Di tempat kerja, usahakan pam sekurang-kurangnya 2 kali. Jika sibuk sangat, at least dapat sekali pun jadi la. Tapi make sure buat power pumping malamnya tu~ untuk ganti balik lambat pam/ter"skip" pumping session.

7. Tandem nursing amat membantu bagi saya~ pam sebelah, anak menyusu di sebelah lagi.

8.Kalau boleh buat double pumping, sangat bagus, jimat masa. Tapi single pam pun ok (pujuk hati..nak beli fs tp..fuhhh rege diaaa)

9. Masa pam, elakkan tengok pada botol~nanti stress kalau hasil tak seperti diharapkan. Tapi mata ni gatal nak intai jugak tengok susu keluar..Boleh buat benda lain spt tengok gambar anak, berzikir Ya Matin, surf internet-apa2 sahaja laa yang boleh alihkan perhatian. Tapi kekadang kena jugak jenguk ya, kot2 susu dah penuh kena membran pam tu, silap2 boleh ter"back flow" ke tiub lalu masuk pam.. 

10. Ambil supplement untuk kesihatan badan dan milk booster jika perlu. Saya ada entri menarik tentang ni. Tunggu!

10. Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan ini.




Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Jika entri ini bermanfaat untuk anda, jom klik SHARE untuk menyebarkannya!

Glosari

Ni antara ringkasan/istilah yang akan saya gunakan dalan entry2 nanti..so kalau ada yang tak faham boleh rujuk glosari ni ya =)


LDRlet down reflex
NIP ~ nursing in public
EBM ~ express breastmilk
Fresh EBM ~ susu ibu yang baru diperah
Chilled EBM ~ susu perahan yang berada dalam peti bahagian sejuk (bukan beku)
Frozen EBM ~ Susu perahan yang dibekukan
Thawed EBM ~ Susu perahan beku yang dicairkan
BS ~ Babysitter
BF ~ Breastfeeding
DF ~ Direct feeding

OK, nanti time teringat lagi, i tambah lagikkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...