Saturday 21 December 2013

Anak rapat dengan pemberi kasih sayang, bukan pemberi makan!

Semalam saya menonton rancangan TV Al-Hijrah.

Saya tak tahu apa tajuknya, tapi siaran itu sungguh menyentuh hati saya. 

1 kajian yang dibuat di barat, ke atas seekor cimpanzi. Ia dilepaskan dan pergi ke patung berdawai yang ada susu. Kemudian terus ke patung sebelah yang lebih empuk dan cukup selesa. Lama ia di situ. Nak susu barulah ia ke patung sebelah yang memberinya susu.

*********************************************

Anak-anak jika di rumah, jika kita adalah ibu bapa bekerja, dan mempunyai pembantu rumah, berikut mungkin sedikit panduan yang boleh diambil pengajaran.



1. Pembantu rumah mungkin boleh memasak. Tapi ibu/bapa yang perlu menyuapkan mereka makan. Menyuap dan melayani anak makan adalah tugas ibu bapa. Kerana ibu bapa yang bertanggung jawab mengajar anak membaca doa makan dan adab-adab semasa makan. 

2. Pembantu rumah mungkin boleh memandikan anak. Akan tetapi tugas memaiaki baju untuk anak adalah tugas ibu bapa. Supaya ibu bapa boleh memerhati keadaan fizikal anak, jika ada luka, benjol atau lebam di mana-mana bahagian tubuh. 

3. Semasa anak sakit/demam, ibu bapa yang paling utama menjaga anak yang tidak sihat. Bukan pembantu. Tugas ibu bapa memeriksa suhu anak, membuatkan mandi lap dan yang menyuapkan ubat jika anak demam. Kerana anak yang sakit lebih memerlukan kasih sayang. Dan kasih sayang ibu bapa adalah yang lebih penting.

4. Tugas-tugas rumah boleh diserahkan kepada pembantu, tapi tugas-tugas "sensitif/bersifat seni/perasaan" mestilah diserah pada ibu bapa. Contoh bab melayan anak. Mop lantai sidai baju boleh disuruh pembantu buat, tapi meneman anak bermain dan menonton TV biarlah ibu bapa yang buat.

Dari kajian ke atas cimpanzi tadi, membuktikan bahawa manusia sekalipun, anak-anak lebih mesra dengan siapa yang memberi layanan baik kepadanya, yang memberi belas kasihan dan kasih sayang kepadanya. Bukan siapa yang memberinya makan minum. 

Di barat, ibu bapa lebih bersifat "keluarga" berbanding dengan negara Arab yang banyak melepaskan urusan rumahtangga pada pembantu rumah.

Dari perbandingan yang dibuat pada rancangan tu, di barat yang meneman kanak-kanak bermain kereta langgar adalah bapa mereka sendiri. Tetapi di Arab pula yang menemani dan menjadi rakan sepermainan kanak-kanak adalah pembantu rumah!



Tuesday 17 December 2013

Join Bisnes? Istikharah paling tepat!

Selepas diterangkan oleh upline saya bagaimana saya boleh menyertai bisnes Shaklee, saya mula membuat timbang tara.

Sebenarnya ada 2 cara bagaimana mahu memulakan bisnes ini.

1. Membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM75, atau
2. Menyertai dengan pakej bisnes dengan pembelian barangan lebih kurang RM650 (bersamaan 200 uv/point) dan mendapat free membership.

Wah..sungguh saya tak sangka bahawa nak join Shaklee ni tak perlu modal yang besar! 

Sebab banyak yang saya dengar dari rakan-rakan, nak buat bisnes kena buat loan bank bagai..oh no!

Lain sungguh bagai dikata.

Saya tertarik dengan pilihan kedua kerana saya jimat RM75, hanya beli produk, dapat point dan dapat bonus. Terus boleh mulakan bisnes dengan mudahnya :)

Sebulan saya lakukan solat sunat Istikharah. Mohon petunjuk Allah untuk lorongkan saya ke jalan yang dia redhai. Jika bisnes ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk keluarga saya, untuk kerjaya saya, untuk agama saya, izinkan saya bermula dan berjaya dengannya.

Setelah sebulan saya berfikir dan menimbang baik buruk menjalankan bisnes ini, akhirnya saya membuat keputusan.

Shaklee adalah syarikat nutrisi yang gah dan no 1 di US. Malah telah 50 tahun bertapak. Membaca profile syarikat sangat meyakinkan dan tidak goyah.



Ya, saya mahu sign up. Dengan pakej bisnes untuk mendapatkan penjimatan RM75!

Anda mahu membaca dari awal bagaimana saya bermula? 

Sila klik link di bawah:
http://imnah03.blogspot.com/2013/12/bagaimana-saya-bermula-dengan-shaklee.html

Terima kasih kerana membaca :)


******************************************
Bagaimana mahu menghubungi saya?

- PM Facebook saya : Hasanah Ahmad
- SMS/Call saya di talian 013-2896454 

Saya sedia membantu anda :)

Monday 9 December 2013

Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee

Saya mengenali Shaklee selepas bersalin anak kedua kami, Insyirah. Dari anak pertama, memang saya memerah dan membuat stok semasa dalam pantang.



Satu hari, semasa saya memerah susu, rajin la pula tangan saya menaip di google, mencari tips menambahkan susu ibu. Wah, sekali taip keyword, memang berlambak keluar tentang set penyusuan Shaklee.

Ish, dari satu blog ke satu blog, tergoda juga baca tentang keberkesanan set penyusuan itu. Cari nahas orang kata. Padahal saya takde masalah penyusuan pun. Susu pun banyak. Saje je nak test power sebab baca testimoni punya la best. 

Saya pun orderlah Set Penyusuan pek percubaan (Trial pack).

Masya Allah. Sunguh bagai dikata. 


Dari 5 oz, saya boleh dapat 7 oz, malah 10 oz. 

Dari 10 oz, saya boleh dapat hingga 15 ke 20 oz susu! Amazing!

Shaklee memang menakjubkan. 

Malah selepas mencuba produk Shaklee barulah saya sedar bahawa prinsip penyusuan yang utama mesti dipatuhi, iaitu DEMAND vs SUPPLY. Dan supplement hanyalah membantu. Bukan sekadar meningkatkan susu dan menambah kualiti susu ibu, supplement juga rupanya bertujuan meningkatkan kesihatan ibu. 

Yalah. Menjadi ibu bekerja, mengepam dan menguruskan rumah tangga memang memenatkan. 

Selepas mencuba vitamin Shaklee, alhamdulillah badan saya lebih segar dan kurang letih, walaupun pada banyak hari saya kurang tidur dan rehat. Bak kata orang, jadi ibu mana nak cukup tidur 8 jam sehari kan. Dapat 5 jam waktu tidur pun dah banyak syukur.

Dari situ saya mula tertarik pada produk Shaklee. Saya juga order Mealshake dari pengedar Shaklee masa tu, iaitu mak bisnes saya sekarang. 

Dengarnya produk Shaklee ini boleh membantu menambah selera makan anak dan mengatasi masalah sembelit.

Anak sulung saya, masa tu 1 tahun setengah, memang kuat sembelitnya. Air masak memang dia tak mahu. Sayur tak makan. Harapkan buah aje la. 

Lepas berusaha dengan Mealshake, memang bagus sebab bukan saje Izzat tak sembelit, selera makan bertambah-tambah, dan dia juga kini automatik lebih suka minum air masak tanpa dipaksa lagi!

Ibu mana tak suka kan :)

Okey, eksperimen kedua saya berjaya membuktikan bahawa produk Shaklee sememangnya bukan calang-calang produk dan memang berkesan.

Saya memang otak bisnes hehe :)

Lahir dari keluarga yang kuat latar belakang perniagaan, malah saya sendiri pernah berbisnes sebelum ini. 

Lalu timbullah idea di kepala, "Produk ni bagus ni. Rugi kalau tak jual".

Haa apa tunggu lagi. Saya terus PM (guna facebook je) bertanyakan mak bisnes saya, Iffah, bagaimana saya nak buat bisnes seperti yang beliau lakukan, dan saya nak berjaya seperti beliau juga. 

Jawapan yang saya terima, dahsyat.

Dan saya pula yang ragu-ragu untuk menyertai bisnes Shaklee. 

Takut pula. 

Kenapa begitu?

Nanti saya kongsikan dalam entri saya yang lain pula ya.

Salam sayang,
Hasanah
~ Hidup Luar Biasa!

******************************************
Bagaimana mahu menghubungi saya?

- PM Facebook saya : Hasanah Ahmad
- SMS/Call saya di talian 013-2896454 

Saya sedia membantu anda :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...