Monday 9 December 2013

Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee

Saya mengenali Shaklee selepas bersalin anak kedua kami, Insyirah. Dari anak pertama, memang saya memerah dan membuat stok semasa dalam pantang.



Satu hari, semasa saya memerah susu, rajin la pula tangan saya menaip di google, mencari tips menambahkan susu ibu. Wah, sekali taip keyword, memang berlambak keluar tentang set penyusuan Shaklee.

Ish, dari satu blog ke satu blog, tergoda juga baca tentang keberkesanan set penyusuan itu. Cari nahas orang kata. Padahal saya takde masalah penyusuan pun. Susu pun banyak. Saje je nak test power sebab baca testimoni punya la best. 

Saya pun orderlah Set Penyusuan pek percubaan (Trial pack).

Masya Allah. Sunguh bagai dikata. 


Dari 5 oz, saya boleh dapat 7 oz, malah 10 oz. 

Dari 10 oz, saya boleh dapat hingga 15 ke 20 oz susu! Amazing!

Shaklee memang menakjubkan. 

Malah selepas mencuba produk Shaklee barulah saya sedar bahawa prinsip penyusuan yang utama mesti dipatuhi, iaitu DEMAND vs SUPPLY. Dan supplement hanyalah membantu. Bukan sekadar meningkatkan susu dan menambah kualiti susu ibu, supplement juga rupanya bertujuan meningkatkan kesihatan ibu. 

Yalah. Menjadi ibu bekerja, mengepam dan menguruskan rumah tangga memang memenatkan. 

Selepas mencuba vitamin Shaklee, alhamdulillah badan saya lebih segar dan kurang letih, walaupun pada banyak hari saya kurang tidur dan rehat. Bak kata orang, jadi ibu mana nak cukup tidur 8 jam sehari kan. Dapat 5 jam waktu tidur pun dah banyak syukur.

Dari situ saya mula tertarik pada produk Shaklee. Saya juga order Mealshake dari pengedar Shaklee masa tu, iaitu mak bisnes saya sekarang. 

Dengarnya produk Shaklee ini boleh membantu menambah selera makan anak dan mengatasi masalah sembelit.

Anak sulung saya, masa tu 1 tahun setengah, memang kuat sembelitnya. Air masak memang dia tak mahu. Sayur tak makan. Harapkan buah aje la. 

Lepas berusaha dengan Mealshake, memang bagus sebab bukan saje Izzat tak sembelit, selera makan bertambah-tambah, dan dia juga kini automatik lebih suka minum air masak tanpa dipaksa lagi!

Ibu mana tak suka kan :)

Okey, eksperimen kedua saya berjaya membuktikan bahawa produk Shaklee sememangnya bukan calang-calang produk dan memang berkesan.

Saya memang otak bisnes hehe :)

Lahir dari keluarga yang kuat latar belakang perniagaan, malah saya sendiri pernah berbisnes sebelum ini. 

Lalu timbullah idea di kepala, "Produk ni bagus ni. Rugi kalau tak jual".

Haa apa tunggu lagi. Saya terus PM (guna facebook je) bertanyakan mak bisnes saya, Iffah, bagaimana saya nak buat bisnes seperti yang beliau lakukan, dan saya nak berjaya seperti beliau juga. 

Jawapan yang saya terima, dahsyat.

Dan saya pula yang ragu-ragu untuk menyertai bisnes Shaklee. 

Takut pula. 

Kenapa begitu?

Nanti saya kongsikan dalam entri saya yang lain pula ya.

Salam sayang,
Hasanah
~ Hidup Luar Biasa!

******************************************
Bagaimana mahu menghubungi saya?

- PM Facebook saya : Hasanah Ahmad
- SMS/Call saya di talian 013-2896454 

Saya sedia membantu anda :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...