Wednesday 19 February 2014

Izzat dah berjaya potty training!

Alhamdulillah. Syukur yang amat bagi saya seorang ibu yang gigih mendidik si abang untuk toilet training bila kini telah 2 minggu lebih Izzat ke tandas sendiri tanpa bantuan.



Beberapa kali terbabas, terkencing atas lantai, dalam seluar, atas karpet.

Bukan mudah tau nak mendidik anak 1 tahap ke hadapan, mereka sangat pandai dan cepat belajar. Jadi kenapa kita pulak yang cepat nak mengalah kan bila anak terbabas hehe..

Berkali-kali saya explain pada Izzat, "nak cing gtau ibu tau". "Ok", jawab Izzat. Sudahnya atas karpet tu jugak dia tersasar.

Berikut sedikit panduan untuk ibu-ibu muda untuk melatih anak ke tandas pada peringkat awal.

1) Semasa mandikan anak, ajar anak membuang air kecil dengan menyebut "syhhh syhhh". Ini permulaan untuk melatih mereka mengawal pundi kencing.

2) Latih anak beberapa jam sehari untuk permulaan. Contoh selepas mandi pagi dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Kemudian boleh panjangkan masa latihan ke 6 petang.

3) Bila anak tidur, pakaikan diapers atau gunakan pengalas kalis air agar tak basah tilam.

4) Sebelum anak tidur, selepas selesai minum susu, bawa dia ke tandas untuk buang air kecil dulu. Jadi bila dia tidur kita dapati diapers kering selepas bangun dari tidur.

5) Permulaan membuka diapers, para ibu bapa mesti alert dengan jam. Bawa anak gi tandas setiap 30 minit hingga 45 minit untuk seminggi pertama sehingga dia pandai mengawal pundi kencing (pandai menahan kencing).

Macam saya, hari-hari pertama saya bawa gi tandas setiap 30 minit. Walaupun bila kita tanya dia kata tak nak kencing, bawak jugak. Karang naya nak kena mop 1 rumah pulak. Selepas beberapa hari dia dah pandai kontrol sket, setiap 45 minit- 1 jam. Bila dah 2 minggu setiap jam bawa gi tandas, dia dah pandai tahan kencing. Kekadang sampai 2-3 jam. Masuk jam yang ketiga mula laa dia terkinja-kinja terlompat-lompat tak tertahan dah. Hahaha...Izzat memang lawak bab nih.

Sekarang kalau dia nak buang air kecil, dia sendiri pergi tandas, cuci sendiri, bilas kaki dan basuh tangan sendiri. Memang saya ajar cenggitu. Bukan setakat basuh xxxx je tapi kaki kena bilas sama. Air kencing terpercik ke kan mana tau.

Ok makcik penat nak taip dah. Mesti korang yang ada anak sebaya 2-3 tahun nak tau kan bila masa yang sesuai untuk mem"potty training"kan anak.

Itu nanti makcik citer dalam entry lain pula ya.



Lupa nak habaq. Pengalas kalis air yang boleh menyerap air kencing tu kalau korang nak beli boleh calling je untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah dari pasaran :)

Salam sayang,
Hasanah Ahmad
013-2896454
SMS/Whatsapp

Monday 17 February 2014

Kelas Shaklee

Alhamdulillah.

Semalam selesai menganjurkan kelas Product Knowledge untuk anak didik bisnes.



Kami sama-sama berkongsi ilmu. Tetamu jemputan yang diundang khas untuk sesi sharing kali ini sungguh sangat dalam pengetahuannya, tidak lokek berkongsi ilmu bersama kami.

Walaupun telah setahun lebih menyertai Shaklee, tetapi saya sangat dahagakan pengetahuan, lebih banyak kelas yang saya hadiri, berasa bertambah tak tahu, dan saya perlu lebih banyak belajar untuk lebih banyak memberi dan berkongsi dengan ramai orang.

Inilah kami, walaupun berbisnes secara online, tapi mereka yang menjalankan secara offline tidak dilupakan.

Kelas bimbingan bukan sahaja diadakan dari dalam talian (online) tetapi juga wujud secara offline.

Insya Allah selepas ini misi membantu lebih ramai anak didik bisnes untuk maju ke hadapan.

Ingin sertai kami?

Hubungi saya di bawah jika berminat mendapatkan penerangan lanjut.

Salam sayang,
Hasanah Ahmad
023-2896464
SMS/Whatsapp

Saturday 15 February 2014

Pengalaman Berharga Master Celebration

Alhamdulillah.

Hari ini menghadiri Master Celebration adik beradik saya, Master Farihah. Beliau ibarat seorang kakak, yang banyak mendidik dan membimbing kami dalam bisnes.

Saya suka hadir MASCEL ini kerana terlalu banyak input berguna juga cas-cas positif yang dikutip sepanjang program.

Bila berada bersama mereka yang berjaya, follow step mereka yang dah berjaya, maka nak ke tak nak, kita pun TERPAKSA berjaya sama.

Untuk berjaya, mesti ada TARGET. Buatlah apa pun, kalau takde target tak kemana akhirnya.

Banyak lagi info berguna yang diperoleh, saya kongsikannya di group tertutup bisnes kami.

Anda ingin menyertai kami menjana pendapatan bersama Shaklee?

Mari saya ajarkan.

Hanya dengan pendaftaran RM75 sahaja seumur hidup, anda boleh mendapat pendapatan yang tak pernah anda sangkakan!

Sertai kami hari ini dan temui insan hebat di sini!

Salam sayang,
Hasanah Ahmad
013-2896454

Friday 14 February 2014

Ibu menyusu? Jangan Ambil Alfalfa!

Anda ibu menyusu? Sila JANGAN AMBIL Alfalfa. Bahaya untuk bayi anda. Nanti toksin yang perlu disingkirkan disalur pada anak. ITU yang anak selalu sakit gamaknya. 

****************************

Baru-baru ini agak kecoh juga, memandangkan Januari adalah bulan promosi Alfalfa. Maka Alfalfa harganya MENJUNAM, amat murah sekali.

Apa yang kecoh tu?

Alfalfa ada fungsi detoks, iaitu proses menyingkirkan toksin. Toksin ini perlu disingkirkan dari badan. Dan dikatakan jika seorang ibu menyusu mengambil alfalfa untuk membantu dalam penyusuan mahupun untuk kesihatannya, toksin itu akan mengalir dalam susu lalu disalurkan pada bayi.

Agak lawak juga sebenarnya kenyataan ini.

Maka kerana itu anda takut mengambil alfalfa?

Jom baca di bawah.

Perkumuhan ialah proses di mana organ perkumuhan  menyingkirkan bahan buangan (bahan toksik) dari tubuh.

Organ perkumuhan manusia yang terlibat untuk membuang bahan kumuh ini ialah:

1) Ginjal - menyingkirkan air, garam mineral dan urea melalui pembuangan air kencing.
2) Kulit - menyingkirkan air, garam mineral dan urea melalui perpeluhan
3) Peparu - menyingkirkan karbon dioksida dan wap air melalui hembusan nafas

Kenapa perlunya perkumuhan ini?

  • Penyingkiran urea dapat mengelakkan kita jatuh sakit kerana urea yang tinggi boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
  • Penyingkiran garam mineral berlebihan dapat mengekalkan kandungan garam secara normal dalam badan.
  • Peyingkiran air yang berlebihan dapat mengekalkan suhu badan yang normal.
  • Penyingkiran karbon dioksida dapat mengawal pH darah (keasidan darah).
Kalau lihat fakta di atas, takde pula dinyatakan toksik/bahan kumuh masuk melalui saluran susu (duktus) dan mengalir dalam susu ibu, kerana saluran susu bukan organ perkumuhan.

Nyata mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi ini hanya membuat andaian semata-mata. 

Ada lagi sebab untuk anda meragui Alfalfa. Ya, ADA. Saya akan bongkarkan. Tunggu entri saya selepas ini :)

Anda perlukan bimbingan dan ingin mengetahui berkenaan produk Shaklee, sila hubungi saya untuk konsultasi dan info lanjut. 

Salam sayang,
Hasanah Ahmad
013-2896454 
SMS/Whatsapp


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...