Friday 14 February 2014

Ibu menyusu? Jangan Ambil Alfalfa!

Anda ibu menyusu? Sila JANGAN AMBIL Alfalfa. Bahaya untuk bayi anda. Nanti toksin yang perlu disingkirkan disalur pada anak. ITU yang anak selalu sakit gamaknya. 

****************************

Baru-baru ini agak kecoh juga, memandangkan Januari adalah bulan promosi Alfalfa. Maka Alfalfa harganya MENJUNAM, amat murah sekali.

Apa yang kecoh tu?

Alfalfa ada fungsi detoks, iaitu proses menyingkirkan toksin. Toksin ini perlu disingkirkan dari badan. Dan dikatakan jika seorang ibu menyusu mengambil alfalfa untuk membantu dalam penyusuan mahupun untuk kesihatannya, toksin itu akan mengalir dalam susu lalu disalurkan pada bayi.

Agak lawak juga sebenarnya kenyataan ini.

Maka kerana itu anda takut mengambil alfalfa?

Jom baca di bawah.

Perkumuhan ialah proses di mana organ perkumuhan  menyingkirkan bahan buangan (bahan toksik) dari tubuh.

Organ perkumuhan manusia yang terlibat untuk membuang bahan kumuh ini ialah:

1) Ginjal - menyingkirkan air, garam mineral dan urea melalui pembuangan air kencing.
2) Kulit - menyingkirkan air, garam mineral dan urea melalui perpeluhan
3) Peparu - menyingkirkan karbon dioksida dan wap air melalui hembusan nafas

Kenapa perlunya perkumuhan ini?

  • Penyingkiran urea dapat mengelakkan kita jatuh sakit kerana urea yang tinggi boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
  • Penyingkiran garam mineral berlebihan dapat mengekalkan kandungan garam secara normal dalam badan.
  • Peyingkiran air yang berlebihan dapat mengekalkan suhu badan yang normal.
  • Penyingkiran karbon dioksida dapat mengawal pH darah (keasidan darah).
Kalau lihat fakta di atas, takde pula dinyatakan toksik/bahan kumuh masuk melalui saluran susu (duktus) dan mengalir dalam susu ibu, kerana saluran susu bukan organ perkumuhan.

Nyata mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi ini hanya membuat andaian semata-mata. 

Ada lagi sebab untuk anda meragui Alfalfa. Ya, ADA. Saya akan bongkarkan. Tunggu entri saya selepas ini :)

Anda perlukan bimbingan dan ingin mengetahui berkenaan produk Shaklee, sila hubungi saya untuk konsultasi dan info lanjut. 

Salam sayang,
Hasanah Ahmad
013-2896454 
SMS/Whatsapp


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...