Wednesday 19 February 2014

Izzat dah berjaya potty training!

Alhamdulillah. Syukur yang amat bagi saya seorang ibu yang gigih mendidik si abang untuk toilet training bila kini telah 2 minggu lebih Izzat ke tandas sendiri tanpa bantuan.



Beberapa kali terbabas, terkencing atas lantai, dalam seluar, atas karpet.

Bukan mudah tau nak mendidik anak 1 tahap ke hadapan, mereka sangat pandai dan cepat belajar. Jadi kenapa kita pulak yang cepat nak mengalah kan bila anak terbabas hehe..

Berkali-kali saya explain pada Izzat, "nak cing gtau ibu tau". "Ok", jawab Izzat. Sudahnya atas karpet tu jugak dia tersasar.

Berikut sedikit panduan untuk ibu-ibu muda untuk melatih anak ke tandas pada peringkat awal.

1) Semasa mandikan anak, ajar anak membuang air kecil dengan menyebut "syhhh syhhh". Ini permulaan untuk melatih mereka mengawal pundi kencing.

2) Latih anak beberapa jam sehari untuk permulaan. Contoh selepas mandi pagi dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Kemudian boleh panjangkan masa latihan ke 6 petang.

3) Bila anak tidur, pakaikan diapers atau gunakan pengalas kalis air agar tak basah tilam.

4) Sebelum anak tidur, selepas selesai minum susu, bawa dia ke tandas untuk buang air kecil dulu. Jadi bila dia tidur kita dapati diapers kering selepas bangun dari tidur.

5) Permulaan membuka diapers, para ibu bapa mesti alert dengan jam. Bawa anak gi tandas setiap 30 minit hingga 45 minit untuk seminggi pertama sehingga dia pandai mengawal pundi kencing (pandai menahan kencing).

Macam saya, hari-hari pertama saya bawa gi tandas setiap 30 minit. Walaupun bila kita tanya dia kata tak nak kencing, bawak jugak. Karang naya nak kena mop 1 rumah pulak. Selepas beberapa hari dia dah pandai kontrol sket, setiap 45 minit- 1 jam. Bila dah 2 minggu setiap jam bawa gi tandas, dia dah pandai tahan kencing. Kekadang sampai 2-3 jam. Masuk jam yang ketiga mula laa dia terkinja-kinja terlompat-lompat tak tertahan dah. Hahaha...Izzat memang lawak bab nih.

Sekarang kalau dia nak buang air kecil, dia sendiri pergi tandas, cuci sendiri, bilas kaki dan basuh tangan sendiri. Memang saya ajar cenggitu. Bukan setakat basuh xxxx je tapi kaki kena bilas sama. Air kencing terpercik ke kan mana tau.

Ok makcik penat nak taip dah. Mesti korang yang ada anak sebaya 2-3 tahun nak tau kan bila masa yang sesuai untuk mem"potty training"kan anak.

Itu nanti makcik citer dalam entry lain pula ya.



Lupa nak habaq. Pengalas kalis air yang boleh menyerap air kencing tu kalau korang nak beli boleh calling je untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah dari pasaran :)

Salam sayang,
Hasanah Ahmad
013-2896454
SMS/Whatsapp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...