Monday 10 March 2014

Bila kembali bekerja..

Dilema kebanyakan ibu muda sekarang, ialah selepas menghabiskan cuti beerpantang dan perlu kembali bekerja. Arrghhh...terutama pada mereka yang dah lama bercuti, sama ada mengambil cuti awal sebelum bersalin, atau menyambung cuti untuk menyusukan anak. Boleh bikin stress jika tidak diatur dengan baik. Macam hambeee ini ngeee~~~

Persediaan ibu dan anak sebelum kembali bekerja:

  1. Ibu perlu menentukan dari awal, siapa yang akan menjaga bayi semasa ibu kembali bekerja. Jika ada keluarga sendiri yang jaga, best laa kan. Hehehe
  2. Bayi perlu dilatih minum susu perahan sama ada dari botol, cawan atau sudu selewatnya 2 minggu sebelum kembali bekerja. Jangan tiru macam hambeee yang lagi 4 hari nak kerja baru nak train baby bottle-feed. Ni kes dera dah namanya bila melalak aje sebab tak pandai berbotol lagi. Errrkkk!
  3.  Ibu mempersiapkan diri dan kelengkapan kerja. Yalah lama cuti kan. Nanti baju kerja entah ke mana (bagi yang beruniform, kad nama entah ke mana)..hehehe Gamaknya macam takmo keje dah ghupanya tuh. 
  4. Membuat stok susu perahan dari awal, iaitu semasa dalam pantang lagi. Bukan lagi seminggu nak masuk keje baru terhegeh-hegeh ngepam buat stok. Haa pastu sendiri susah hati stok tak cukup. Mula laa melilau cari milkbooster. Makan itu ini tak menjadi marahkan supplement. Tipu semua. Padahal diri sendiri yang salah. Ngepam nyer tidak. Sebok cari ubat ajaib nak banyakkan susu. Hehehe
Ada lagi nak sambung beberapa info yang penting untuk ibu yang kembali bekerja sesudah bersalin. Stay tune ya. 

Hasanah Ahmad





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...