Wednesday 26 December 2012

Eczema dan Produk Shaklee

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share sedikit info tentang ekzema. Ekzema ni juga salah satu penyakit auto immune, sama seperti resdung, alergik, asthma.

Bila pembeli menyatakan nak set untuk merawat masalah ekzema, saya suka mensyorkan Mealshake dan Herbal blend krim ini, bukan sahaja sejuk dan nyaman, ia tidak menyebabkan kulit merekah dan kering.

Lihat apa kata rakan saya yang menggunakan Mealshake dan Herbal Blend Krim ini, katanya:
"Parut merah semakin kurang dah.....dah makin bersih kulit dia"



Friday 14 December 2012

Get Clean Water Pichter

Jag air pertama di dunia, sesuai untuk anda yang selalu on-the-go..mesra alam bukan? Dapat jimatkan pembuangan botol air mineral, juga menjimatkan wang anda. Maka kini tak perlu lagi beli air mineral.



Dengan pembelian jug penapis air yang senang dibawa ke mana sahaja, wang anda pasti berbaloi memilikinya.

1 set terdiri dari 1 jug air dan 4 filter. Ia dapat menapis sehingga 80 gelen air untuk 1 filter, lebih kurang tahan 4 bulan.

Miliki 1 set Get Clean Water Pichter  ini dengan harga yang amat murah, lebih murah berbanding penapis air jenama lain yang beribu-ribu harganya.


FREE GIFT untuk Anda ~~~WITH LOVE~~~

         Anak-anak adalah anugerah, amanah Allah, walau bagaimana pun mereka, walau siapa pun mereka. Saya ingin memberikan anda FREE GIFT sebagai menghargai kasih sayang kalian. Jom raikan kasih sayang anda bersama saya!





SYARAT PENYERTAAN

*****************************

1. Anda mestilah follower di blog ini. Jika belum, sila klik sini untuk menjadi follower
>>> http://imnah03.blogspot.com/
2. Anda perlu "LIKE" page My Super Store
>>> http://www.facebook.com/imnah03?fref=ts
3. Lengkapkan slogan mudah, "Anak saya sangat comel kerana..."
Anda boleh huraikan apa yang anda rasa sangat menarik dan istimewa tentang anak anda.
4. Share iklan FREE GIFT ini di wall facebook anda dan dapatkan jumlah "LIKE" dan "SHARE"
 yang tertinggi
5. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah "LIkE" dan "SHARE" yang tertinggi dan SLOGAN
yang paling MENARIK.
6. 3 orang pemenang akan dipilih dan keputusan adalah muktamad.
7. Hadiah berupa barangan ibu dan bayi dan akan diposkan terus kepada pemenang. FREE
GIFT ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak ketiga.
HADIAH BARANGAN BERNILAI LEBIH RM100 UNTUK DIMENANGI
~Jangan lepaskan peluang ini!
TARIKH TUTUP: 21 DISEMBER 2012 (12 MALAM)


Jom ikuti 4 langkah mudah seperti di atas!

Salam Sayang Dari Saya,
Hasanah Ahmad

Wednesday 12 December 2012

Kulit Lebih Licin Dengan Shaklee

Nak tengok hasil pengguna produk Shaklee?

Ini dia! Beliau mengambil Alfalfa, ESP dan vit C selama sebulan, dan baru-baru ini mula menggunakan vit E untuk kesihatan dan kecantikannya. Alfalfa diambil kerana beliau mengalami masalah IBS-keradangan usus.


Lihatlah kesannya!

Kulit nyata lebih tegang, lembut dan lebih BERSIH setelah mengamalkan Shaklee. BESTnyerrrr..

Inginkan hasil macam ni atau lebih BEST dan lebih POWER?

Hubungi saya! Mari saya tunjukkan.

******************************

Hasanah Ahmad
SMS: 013-492 6468
Email: hasanah3006@gmail.com

Thursday 6 December 2012

Doa Mohon Zuriat Yang Soleh

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua..

Di keberkatan pagi Jumaat yan mulia ini, jom kita menadah tangan mendoakan agar dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah, anak-anak yang menjadi penyejuk mata, penenang di hati, juga keluarga yang harmoni bahagia hendaknya.



Jika anda adalah antara mereka yang sedang dalam usaha untuk memperoleh zuriat, boleh lah amalkan doa di atas, sebagai salah satu ikhtiar dan pengharapan kita kepada Allah. Semoga doa kita semua dikabulkanNYA sempena keberkatan Jumaat ini..Amin.

Testimoni berpantang/Confinement

Mereka dah cuba vitamin yang kami sarankan untuk ibu berpantang. Apa kata mereka?



Haaa..tengok apa pengguna kami kata..Beliau bandingkan perbezaan menggunakan vitamin untuk ibu berpantang kami!
  •  Tak sembelit langsung
  •  Jahitan tak rasa sakit sangat dan cepat sembuh luka
  • Susu lancar
  • Lebih bertenaga


Ituu diaaa...Susu meriah! 

Bonus untuk ibu yang berpantang dengan vitamin semulajadi Shaklee!

Jom PM/SMS saya untuk order vitamin anda hari ini.


Berpantang Style Masakini

Ramai juga yang tanya saya, Shaklee ada set berpantang tak?

Ada..hehee..Bukan set bersalin/berpantang dengan jamu/herba yang dimaksudkan di sini...tetapi kami punyai kombinasi vitamin yang amat sesuai untuk wanita yang mengalami proses kelahiran.

Berpantang dengan vitamin semulajadi kini muda mendapat pilihan ramai para ibu yang melahirkan kerana ia tanpa jamu, nyata lebih selamat dan boleh diambil seawal hari pertama selepas melahirkan anak.

Vitamin yang dicadangkan untuk ibu berpantang ialah:
Jika anda ada lebihan bajet, saya juga mencadangkan anda menambah ESP dan Ostematrix sebagai pelengkap kepada "Set Berpantang" anda.

Tujuan pengambilan vitamin ini adalah untuk:

  • Memulihkan tenaga ibu selepas bersalin
  • Membantu mempercepatkan proses pemulihan luka
  • Mengelakkan sembelit
  • Membantu dalam penyusuan susu ibu
Wah! Best kan..Bukan setakat kembalikan tenaga seleaps bersalin, tetapi anda juga dapat bonus +++ dalam penyusuan! Jarang-jarang terdapat dalam set bersalin yang lain!

Jadi, berpantang dengan vitamin kini menjadi pilihan para ibu kerana ia tidak sama sekali menyebabkan anak mendapat penyakit kuning/jaundis.

Saturday 17 November 2012

Wanita dan Pasangan Utamanya: Kalsium

Umum mengetahui bahawa wanita lebih memerlukan kalsium daripada lelaki; kerana wanita amat memerlukannya sepanjang menjalani pelbagai peringkat kompleks dalam hidup, seperti mengandung, bersalin, berpantang, menyusukan anak malah semasa kedatangan period/semasa menstruasi.

Kalsium paling banyak terdapat pada tulang dan gigi, sekiranya pengambilan harian kalsium tidak mencukupi, maka akan diekstrak dari tulang dan gigi. Pengurangan kalsium untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kerapuhan tulang atau osteoporosis.

Tulang akan mulai menyusut pada usia 30 tahun, jadi mengamalkan pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting sebelum usia 30 tahun.


Apakah tanda kekurangan kalsium:

  • Mudah marah
  • Kekejangan otot/tangan/kaki
  • Sakit ketika menstruasi (PMS)
  • Gusi berdarah
  • Keguguran rambut
  • Serangan sakit jantung
Antara makanan yang mengandungi kalsium adalah produk tenusu, sayuran hijau, ikan bilis dan sardin.

Kerana pemakanan yang tidak menentu, agak susah bagi saya sendiri mengamalkan pemakanan seimbang yang lengkap dengan kalsium...Jadi, saya memilih supplement kalsium dalam bentuk tablet yang lebih mudah diambil, tiada perasa dan pewarna tiruan.

Bagaimana nak pilih kalsium terbaik?
  • Pilihlah kalsium dari jenis kalsium citrate kerana kadar penyerapannya dari tubuh lebih tinggi.
  • Carilah yang lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium kerana ia berfungsi melengkapkan proses penyerapan kalsium, magnesium bertindak membina matrik tulang yang kukuh
Pilihan saya, semestinya Ostematrix dari Shaklee! Sesuai untuk saya yang mudah letih, ingin tidur yang lebih lena.

Kini, dengan adanya Ostematrix, kaki dan tangan saya tiada kebas dan kejang lagi, pinggang pun dah tak sakit.

Thursday 15 November 2012

Rambut Gugur? Gunalah Pro Sante!

Jeng jeng jeng...Inilah produk penjagaan rambut kesukaan saya.

Produk Pro Sante Shaklee, Nourishing Scalp Treatment. Ia sejenis toner untuk kulit kepala, mencegah dari kerosakan rambut termasuk rambut gugur di samping melebatkan rambut.

Jom lihat bukti kajian yang dijalankan terhadap produk ini.

Selepas penggunaan 3 bulan, ia terbukti 

~ Mengurangkan masalah rambut gugur semasa menyikat rambut sebanyak 65%
~ Mengatasi masalah rambut rosak sebanyak 73%
~ Meningkatkan ketebalan rambut sebanyak 61%

Best kan..walaupun baru 3 kali menggunakannya, memang saya terasa rambut yang berguguran di lantai semasa menyikat, dah berkurangan kini..

Apa tunggu lagi, jom cuba!



Wednesday 7 November 2012

Rambut gugur? 9 Perkara Patut Tahu..

Rambut gugur? Saya juga mengalaminya. Biasa ibu selepas beralin akan mengalami fasa ini..Orang sering kaitkan dengan wakti bayi pandai menyembur kan..hehe..sebenarnya tiada kaitan pun.. Jom baca info yang saya jumpa dari majalah Pa&Ma ini.


9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Friday 2 November 2012

Pertahankan Imuniti

Kalau demam dan selesema, pasti rasa sangat tak selesa kan. Saya memilih menggunakan natural supplement, Shaklee untuk mengatasi masalah ini.
Jika rasa nak demam je, telah 1 stick Nutriferon dan 2 biji Vitamin C yang dipatahkan 2 bahagian. Tujuannya supaya Vitamin CV itu diserap seluruhnya oleh badan, jadi badan akan bertindakbalas terhadap sakit.

Insya Allah, yang rasa nak demam, terus tak jadi demam..Jika demam, cepat pula kebah tu.

Nutriferon dan Vitamin C ini saya jadikan antara item wajib ada sebagai first aid saya.

Friday 26 October 2012

Hb rendah? Vitalea penyelesaiannya!

Antara masalah yang kerap dihadapi oleh ibu mengandung, selain daripada kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung, Hb (hemoglobin rendah) adalah sangat berbahaya jika tidak dirawat segera.

Secara umumnya, hemoglobin ialah sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila kekurangan oksigen daripada sel darah merah ini, ia boleh mengakibatkan ANEMIA. Paras Hb yang normal ialah 11.5-16.5g/dL bagi kaum wanita.

Apakah gejala yang sering dialami oleh individu yang Hb rendah ini?
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan
Jika anda adalah wanita hamil yang turut mengalami situasi ini, berhati-hati kerana risiko anemia itu tinggi, dan kesannya ia boleh meningkatkan risiko lekahiran anak pra matang dan juga pertumbuhan janin yang terencat semasa dalam kandungan.

Saya mencadangkan anda mengambil Vitalea bermula hari ini. Vitalea Shaklee yang dilengkapi dengan formula iron (zat besi) sangat penting untuk hemoglobin. 

Apa kata mereka yang mengalami masalah seperti anda?

Angin dalam badan? Gastrik? Saya syorkan Peppermint Ginger Plus!

Anda selalu rasa senak perut? Atau perut sering kembung, dan situasi ini semestinya tidak selesa kan?

Apa kata anda mencuba Peppermint Ginger Plus kami.Ia mengandungi 4 herba utama yang unik. Halia dan pudina merupakan herba terbaik dalam memelihara sistem penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.



Shaklee Peppermint Ginger Plus turut mengandungi jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang melegakan.

Siapa yang memerlukan Peppermint Ginger Plus ini?

Ia sesuai untuk anda yang:

  • Badan penuh angin macam saya
  • Sering muntah-muntah dan loya
  • Ingin menjaga kebersihan usus 
  • Suka minum teh pudina
  • Sering alami perut kembung
  • Alami gastrik
Caranya mudah saja, cuma larutkan 2 biji ke dalam air teh anda dan minum.

Jika anda ibu mengandung yang berasa angin satu badan (bukan pemarah ya), elok juga mencuba.

Friday 19 October 2012

Evening Primrose Oil Shaklee

Bila sebut tentang EPO, pasti ramai yang tahu kebaikannya untuk mengawalatur kitaran haid, melegakan simptom pre menstrual (PMS), menggalakkan kulit yang sihat dan cantik.

Di Shaklee, kami menawarkan yang lebih baik dari EPO, iaitu GLA Complex. 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 



Jom intai kelebihan GLA untuk tubuh kita.

  • Imuniti Tubuh

Jangkitan kuman menyebabkan tubuh tidak dapat menukar linolenik acid kepada GLA. Kekurangan GLA sebenarnya menyebabkan sistem imuniti terganggu. Apabila sistem imuniti tubuh terjejas, badan akan kerap menjadi tidak sihat/mudah diserang penyakit.

  • Masalah Kolesterol

Pengambilan GLA (bersama EPA) terbukti mempengaruhi profil lipid yang mana menurunkan kadar kolesterol. GLA dan EPA ditukarkan kepada PGE-1 (prostaglandin) yang mana kadar kolesterol tak dapat dikawal dalam sel yang tidak dapat menjalankan sintesis terhadap PGE-1 ni. Mengambil GLA setiap hari selama 3 bulan memulihkan pengekalan PGE-1 dalam tubuh sekaligus mengawal kolesterol.

  • Artritis

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massachussetts terhadap pesakit2 artritis, GLA dari minyak borage didapati membantu mengawal bengkak sendi dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

  • PMS

Masalah PMS didapati dapat diatasi dengan pengambilan GLA yang konsisten. Masalah PMS berpunca dari penurunan kadar asid lemak dalam tubuh wanita ketidak kedatangan haid. Kekurangan asid lemak ini menjadikan simptom PMS yang jelas.

  • Diabetes

Kajian terhadap 111 pesakit diabetes mendapati GLA membantu mengurangkan simptom kerosakan saraf terhadap pesakit diabetes. Dalam kajian lain, GLA didapati menghalang kemerosotan saraf dari berlaku. Pesakit diabetes dikaitkan dengan masalah kekurangan PGE-1, menjadikan mereka memerlukan GLA. PGE-1 membantu dalam penghasilan insulin untuk pesakit diabetes.

  • Kulit Yang Sihat

GLA telah digunakan sejak berzaman untuk kesihatan kulit, dan juga membantu dalam masalah kuku rapuh. 9 kajian ke atas GLA mendapati ia mampu merawat ekzema. Walaupun kesannya agak lambat (6-9 bulan) namun ia penantian yang berbaloi.

GLA dari minyak borage adalah pilihan yang paling praktikal. Setiap kapsul mengandungi 4 kali GLA lebih dari EPO.

Kerana itulah kami berbangga memperkenalkan GLA kami sebagai EPO yang TERBAIK!

Credit to MommyLyna
 http://vitaminsemulajadi.com/kelebihan-gla/

Monday 15 October 2012

Tips Diet Dengan Berkesan


Di sini saya nak berkongsi serba sedikit tips untuk menurunkan berat badan. Ramai di kalangan kita nak turunkan berat , tetapi kebanyakannya menjadi diet yo-yo, tidak menjadi dan tidak berkesan.







Ada yang mengamalkan diet ketat, hinggakan terjejas kesihatan. Oppss..jangan begitu.. Tidak makan semata-mata kerana ingi kurus, bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, ia juga tidak dianjurkan oleh Islam kerana 'menyeksa' tubuh sedemikian rupa. Tubuh kita juga perlu makanan yang berkhasiat dan bernutrisi agar dengan kesihatan itu kita dapat beribadah dengan baik.

Oleh itu, apa kata amalkan tips yang saya berikan di bawah...

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN
(1)   Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3)   Makan makanan yang rendah kalori dan amalkan senaman untuk membakar kalori dalam tubuh. Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit, 3-4 kali seminggu kerana lemak akan terbakar sekurang-kurangnya 30 minit.
(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari. Jika anda adalah individu yang sibuk, memadai dengan mengambil segelas ESP sebagai sarapan pagi anda. Ooppss..sebagai makanan tambahan ya, ia bukan bertujuan menggantikan makanan anda!
(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”. 
(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya kurang setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7)   Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur..Bukan tambah nasi yea.
(9)  Pengambilan snek di antara waktu makan dibolehkan, tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..Dalam Islam pun, dianjurkan makan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi, kerana ia meningkatkan penyerapan makanan. 
(11) Ambil tambahan vitamin kerana di dalam masakan dan jenis makanan yang kita makan belum mencukupi zat sebenar yang diperlukan oleh tubuh.

Semoga perkongsian serba sedikit ini memberi manfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. 

Selamat Mencuba (^__^)V

Thursday 11 October 2012

Bakar lemak dengan cepat?

Bila cakap tentang minyak ikan, ramai yang terbayang khasiatnya yang mengandungi DHA, EPA dan lain-lain yang sangat penting untuk perkembangan otak kan.

Kini, Omega Guard dari Shaklee terbukti lebih daripada itu. Ia ternyata berkesan untuk membakar lemak dan menurunkan paras kolesterol.



Bagaimana tu?

Kapsul Omega mengandungi asid lemak Omega 3 yang dijumpai di dalam minyak ikan. Ia membantu membakar lemak dengan cara bertindak balas terhadap sejenis hormon yang dipanggil Leptin.

Tindak balas hormon Leptin ini akan membuatkan selera makan menurun. Jadi, kita dapat mengurangkan berat badan dengan cara ini.

Apa lagi manfaat Omega ini untuk menurunkan kolesterol dan membakar lemak?


  • Ia membantu kita mengawal kelaparan dengan cara menstabilkan tekanan darah
  • Membakar lemak untuk menjana tenaga
  • Ia meningkatkan kadar metabolisme tubuh
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam tubuh. Trigliserida yang tinggi dalam tubuh akan disimpan di bawah kulit, itu yang menjadikan kita obesiti dan gemuk
  • Ia meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam tubuh
Kajian membuktikan mereka yang bersenam dan mengambil Omega akan dapat membakar lemak dengan leibh cepat berbanding mereka yang hanya bersenam sahaja tanpa mengambil Omega.





Sunday 7 October 2012

Anakku didignose pneumonia?? Oh Tuhan!

Hati ibu mana yang tidak resah kan bila anaknya menunjukkan gejala tidak sihat seperti batuk, demam, selesema, malah lebih runtun hati si ibu juga ayah apabila si kecil menunjukkan tanda yang kurang baik seperti demam yang tinggi 40 darjah celcius dan mengalami kesukaran bernafas.

Tanda-tanda di atas adalah sebahagian daripada gejala normal bagi kanak-kanak yang dijangkiti pneumonia.

Pnemonia ialah sejenis penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau fungus/kulat dan mengakibatkan inflamasi/keradangan pada paru-paru.





Apakah faktor yang MUNGKIN menyebabkab pneumonia?

a) Umur kurang daripada dua tahun. Kebanyakan pneumonia kanak-kanak terdapat dalam lingkungan umur ini.
(b) Sejarah yang dia dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang)
(c) Kekurangan zat makanan 
(d) Ibu atau bapa yang merokok
(e) Keadaan sosio-ekonomi keluarga yang kurang baik
(f)Penyakit lain dalam sistem respiratori seperti:
(i) Malformasi congenital e.g penyakit jantung congenital tracheoesophageal fistula
(ii) Asma
(iii) Penyakit imunodefisiensi
(iv) Gastroesophageal reflux

Berikut antara ciri-ciri klinikal penyakit pneumonia:

  • Batuk
  • Demam
  • Selesema
  • Kurang selera makan
  • Pernafasan menjadi cepat dan sesak



Wednesday 3 October 2012

Tips Mendidik Anak

Jom kita teliti sedikit tips yang dititipkan oleh Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..Indahnya Islam itu apabila semua yang ada ini telah diberi garis panduan..Tinggal untuk kita follow the rules je (^___^)V

Jom jadi ibu bapa yang kreatif dan "teman rapat" kepada anak-anak!


Sunday 23 September 2012

Omega oh Omega

Assalamualaikum..

Pernah dengar tak minyak ikan?

Pasti anda pernah dengar DHA dalam rumusan susu formula untuk bayi dan kanak-kanak kan..Dalam Omegaguard Shaklee ini, mengandungi lengkap 7 jenis asid lemak seperti DHA, EPA dan lain-lain lagi..ia menjadi minyak ikan TERBAIK di dunia!

Apakah fungsi minyak ikan ini?




Banyakkan keistimewaan Omega ini..Siapa pula yang perlukannya?


  • Pesakit jantung
  • Pengidap kencing manis
  • Kolesterol yang tinggi dalam darah
  • Penyakit darah tinggi
  • Berpenyakit sendi seperti gout
  • Mereka yang ingin kelihatan langsing
  • Ibu mengandung dan menyusu
  • Wanita yang mengalami PMS
  • Pelajar sekolah
  • Lelaki yang memelihara kesihatan 

Untuk kesihatan tubuh, jom dapatkan Omega ini, dan rasai sendiri kehebatannya!

Kulit lebih licin!

Assalamualaikum..

Izinkan saya berceloteh sikit tentang produk yang menjadi igauan ramai wanita (lelaki pun ada ya)..COLLAGEN POWDER.

Memang sangat hebat! Belum pun habis sekotak, encik suami mula tegur kulit semakin licin dan lembut, wajah juga semakin cerah..katanya memang terasa kelainannya..hahaaa..sape tak cuba lagi memang rugi.

Jangan lambat-lambat..cantiklah untuk yang tersayang, pasti tak rugi ;)

Benarlah kata mertua saya, kita ni orang perempuan, kena ambil supplemen kesihatan ni, bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk suami juga. Sekarang saya yakin, dan bertambah keyakinan saya tentang itu..terima kasih ma!

Semakin saya terasa jatuh cinta pada produk yang satu ini..dan insya Allah mahu terus menggunakannya, bukan untuk diri sendiri semata-mata, tetapi supaya suami saya juga mendapat manfaat daripadanya :)

Insya Allah..



Monday 10 September 2012

Task 20 minit Setiap Hari

Assalamualaikum..

     Pertama kali saya membaca info menarik ini dari blog Kak Cery, saya amat tertarik dan cuba praktis sikit-sikit dalam hidup saya, mana yang mampu laa.. Saya salute sangat dengan surirumah yang bertungkus lumus menguruskan rumahtangga, mengurus anak dan keluarga.



Hebat kan seorang ibu itu


     Surirumah itu ibarat superwoman, yang mampu melakukan banyak perkara-memasak, mengemas peti sejuk, mengemas permainan yang berterabur, melipat pakaian, membasuh dan mnjemur pakaian, mengelap tingkap dan perabot rumah dll...Mari saya kongsikan Tips 20 minit tugasan sehari dalam mengurus rumahtangga.

Dipetik dari blog Kak Cery.

    Apa prinsip utama menjayakan Tips ini..



  •  Dealing With What Comes Through The Door . >>Set up a small area by the front door to act as a landing strip for incoming items into your home.

  •  Do Your Dishes After Every Meal This will help you stay on top of your kitchen instead of having it turn into a monster! >> Maknanya..jgn bertangguh...setiap kali lepas makan..cuci dapur tu.Kalau rasa nak buang sampah dari dapur basah tu,pack terus buang mlm tu gak...so its over and done with...If you need to take the trash out, place it by the front door to go out in the morning or dispose of it that night so it's over and done with.

  • Laundry If you have a washer and dryer at home, do a little bit each day.>>ini pun jgn tangguh2..

  • Whistle While You Work: Those who are happiest when cleaning are few and far between. Singing, humming, whistling or turning up the stereo are all great options to keep the beat in your feet and have fun while working. >> Kalau org putih..time buat kerja rumah,diorang bersiul menyanyi... tapi kita ni yg muslim tu..apakata berzikir,beristigfar,berselawat ke... hati pun tenang.,bdn pun rasa ringan dan segar...rezeki pun dilapangkan dan dimurahkanNya.. :-).. takdela nak pot pet mengeluh.. kan kan kan

  • Set a Timer: kat bawah ni disenaraikan 30 task utk 30 hari..setiap darinya akan ambil masa dlm 5-10minit.. yg pasti tak lebih dari 20minit... anda yg set kan masa sbb anda je tahu keupayaan anda..
     
Jom jenguk bagaimana cara untuk memastikan keadaa n rumah kita sentiasa kelihatan bersih...

Apakah Tips 20 minutes Task A day for 30 days..


1. Surface clean living room and kitchen (pick up stray items, dust, sweep, vacuum)

2. Clean bathrooms (toilets, showers, floors, walls, mirrors)

3. Surface clean bedrooms (put away toys, clothes, dust)

4. Surface clean "extra" rooms (basement, office, play room)

5. Surface clean living room and kitchen

6. Clean bathrooms

7. Clean all interior windows (white vinegar and newspaper works great and is cheap!)

8. Sweep and vacuum all floors in the house (don't forget stairs)

9. Surface clean bedrooms

10. Deep clean living room (mirrors, baseboards, dust artwork)

11. Clean bathrooms

12. Clean out closets (hang up clothes, mittens, jackets, hats)

13. Surface clean "extra" rooms

14. Deep clean bedrooms (organize drawers, check under bed, tidy closet, dust artwork, fans, lights, mop)

15. Surface clean living room and kitchen

16. Deep clean bathrooms (clean inside drawers, inside of trash cans, tops of mirrors, tile, mop)

17. Clean all door knobs, phones, entertainment equipment (remote controls), switch plates, banisters and other things that are repeatedly touched.

18. Clean out the refrigerator, take stock of food, organize pantry

19. Clean entryway, sweep porch (if you have one), clean out car (because they're often our home away from home)

20. Surface clean living room and kitchen

21. Surface clean bathrooms

22. Surface clean bedrooms

23. Sweep and vacuum all floors in the house

24. Clean linen closet, straighten towels, sheets or regular closet if not applicable

25. Surface clean living room and kitchen

26. Deep clean kitchen (scrub appliances, wash trash cans, base boards, wipe down and straighten cabinets)

27. Surface clean bathrooms

28. Surfaces clean bedrooms

29. Clean one item you've been meaning to get to and haven't (deep clean your stove, wipe down all light fixtures, tackle a particularly unruly area)

30. Sweep and vacuum all floors in the house



Sunday 9 September 2012

Penyusuan itu indah

Assalamualaikum..



Sedikit huraian tentang penyusuan (breastfeeding).

"Para ibu hendaklah menyusui anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan" - Surah Al-Baqarah:223

     Dalam al-Quran banyak menerangkan tentang peranan susu ibu, di sini kita dapat highlight betapa pentingnya penyusuan itu sehinngakan dimaktubkan di dalam Kalam Suci.

     Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui, sama ada oleh ibu kandung mahupun ibu susuan. Sekiranya kita meneliti sejarah mereka yang terdahulu, kita dapat rasakan bahawa besarnya kepentingan penyusuan dalam kehidupan manusia. Manusia yang hidup pada zaman dahulu, hanya bergantung pada susu ibu untuk membesar sehingga umur mereka dua tahun, tetapi amalan tersebut semakin lama, semakin ditinggalkan, oleh masyarakat hari ini.

     Antara sedikit tips semasa menyusukan bayi:

  • Bacalah zikir/selawat/surah-surah hafazan semasa menyusukan bayi anda
  • Usap ubun-ubun anak, dan ucapkanlah kata-kata yang baik padanya
  • Bercakaplah dengan anak, dan pandang jauh ke dalam matanya, bisikkan pada si kecil itu; "Insyirah, besar nanti jadi hamba Allah yang beriman ya nak"
  • Elakkan meninggi suara/bertengkar semasa berdepan/menyusukan anak, kerana anak-anak adalah cermin diri kita, mereka akan duplicate apa yang kita lakukan dan ucapkan.


Ayuh, semarakkan momen penyusuan kita, jadikan 'partner' penyusuan itu insan yang bakal menggoncang bumi Allah ini dengan ketinggian akhlaknya.

Insya Allah.

Saturday 8 September 2012

Hebatnya penangan Collagen Powder

 Assalamualaikum.

Hari ni saya nak cerita sikit tentang Collagen Powder ni. Sejak dilancarkan, memang ramai orang yang berebut mendapatkannya, termasuklah saya..heheeeee 


Sebenarnya saya beli untuk diri sendiri, bila saya cerita kelebihannya pada husband, cepat aje si dia cakap, " ni abang punya"...sambil pegang kotak collagen tu..huhuuu...saya pun bagi laa can si dia cuba dulu..baru 2 hari guna, memang dapat rasakan kulitnya semakin licin. Seminggu guna, nampak kulit dah cerah sikit.

Hari ni baru saya dapat mencuba collagen ini. Wah wah...memang betul la..walaupun baru hari pertama mencuba collagen ini, kulit saya masih moist walaupun hari dah lewat petang!


Tak sabar menunggu result selepas 2 minggu ini :)


Jom intai kelebihan Collagen Powder dari Shaklee ini yang buat ramai orang teruja!


- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan konsisten collagen ini dapat mengubah tekstur kulit secara MENYELURUH dalam masa 8 minggu sahaja!


Menarik kan??


Jika berminat mendapatkan collagen istimewa dari Shaklee ini, boleh hubungi saya untuk maklumat produk dan tawaran istimewa :)


Hasanah Ahmad

013-492 6468
Shaklee Independent Distributor

Saturday 1 September 2012

Resdung? Ooh Tidak!!

Assalamualaikum..


Walaupun beberapa minggu kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja dan hal ehwal rumahtangga, namun dalam sibuk-sibuk ini, saya nak juga berkongsi dengan anda semua tentang suatu penyakit yang biasa kita dengar, RESDUNG.Bila sebut resdung, ramai yang terbayang wajah yang penuh berjerawat, atau mereka yang bersin setiap pagi, atau cecair/lendir yang keluar dari hidung, ataupun rawatan resdung yang mengeluarkan ulat2...oooh no!!


Jom kita baca sedikit info berikut mengenai resdung.



Beza rongga sinus pengidap resdung dan individu normal


Resdung atau nama glamer sikit sinusitis ni ialah suatu masalah kesihatan yang berkaitan dengan auto imune. Sinusitis berlaku di dalam rongga sinus, iaitu satu ruang (kaviti) di bahagian muka kita yang dipenuhi udara. Bagi pengidap sinusitis ini, ruang tersebut tidak dipenuhi udara, sebaliknya terdapat cecair/lendir (mukus) di bahagian tersebut akibat daripada jangkitan bakteria/virus/kulat. Jangkitan ini menyebabkan keradangan/inflamasi, kesannya rongga sinus akan menjadi bengkak, mengakibatkan wujudnya mukus ini.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak dan menghasilkan nanah.

Apakah tanda-tanda mereka yang mengidap resdung ini?


Bahagian sinus yang terlibat


  • Sakit di sekitar pipi, bahagian atas gigi biasanya disebabkan oleh jangkitan pada bahagian maxillary sinus 
  • Sakit di bahagian dahi, dan di atas kening biasanya disebabkan oleh jangkitan pada bahagian frontal sinus.
  • Sakit pada bahagian belakang mata atau di atas kepala biasanya kerana jangkitan pada bahagian sphenoid sinus
  • Sakit di sekitar atau belakang mata biasanya kerana jangkitan pada kawasan ethmoid sinus
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka
  • Hidung sentiasa berair
  • Hidung tersumbat
  • Pening kepala
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak berwarna kuning pekat dan kehijauan
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal pada hidung
  • Kurang deria rasa dan bau
Awas..Selesema yang berpanjangan juga adakalanya adalah kerana sinusitis ini. Sekiranya anda mengidap masalah ini, jika tidak terkawal, kemungkinan perlukan pembedahan.Jom kawal gejala resdung ini!

Bagaimana Shaklee dapat membantu anda?

  • Vitamin B Complex Shaklee
  • Sustain released Vita-C 
  • Nutriferon
  • Alfalfa

Berikut adalah cadangan produk yang sesuai untuk mereka yang alami gejala sinusitis.

Untuk maklumat lanjut dan konsultasi, sila hubungi saya :)

Saya menyediakan konsultasi, bimbingan dan follow up berterusan untuk memastikan maklumat kesihatan dan penggunaan produk dengan betul dan berkesan.


Hasanah Ahmad
Page Fb: My Super Store
HP: 013-492 6468

Saturday 25 August 2012

Cantik Berseri Dengan Vitamin


Ingin kelihatan cantik berseri bersama Shaklee?

Cadangan produk berikut dapat membantu mengatasi masalah kulit muka anda!



- VITAMIN B: Membantu memberi tenaga dan kesegaran kepada tubuh, dan kumpulan Vit B ini membantu mengekalkan tona kulit yang sihat dan mengawal stress (Jangan lupa, stress dan tubuh yang letih lesu menyebabkan wajah kelihatan kusam!) B for Beuty. Semestinya saya MEMILIH Vitamin B Complex dari Shaklee kerana mengandungi 8 kumpulan lengkap termasuk Biotin~ Nutrien penting yang membentuk sel kuku, kulit dan rambut. Kekurangannya boleh menyebabkan dermatitis (masalah kegatalan kulit, kulit kering dan bersisik) dan keguguran rambut.

- VITAMIN C: Membantu dalam penghasilan kolagen, bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada tindakan radikal bebas dan melambatkan kesan penuaan. Ia dapat meremajakan kulit dan menjadikannya kelihatan muda. Sudah tentu Sustain Released Vita-C 500mg Shaklee adalah PILIHAN SAYA, kerana mengandungi bioflvonoid complex yang membantu Vitamin C meningkantkan penyerapannya dan menjalankan tugas dengan lebih baik.

- VITAMIN E: Sebagai antioksidan yang membantu mecegah kerosakan sel akibat dari tindakan radikal bebas, Bahan radikal bebas ini banyak menyebabkan kerosakan seperti pencemaran. Pengambilan vitamin ini berterusan dapat mengelakkan sunburn akibat dari sinaran ultra violet. PASTI saya MEMILIH Vita-E Shaklee kerana mempunyai selenium untuk melengkapkan fungsinya, dan selenium ini penting untuk pembentukan enzim glutasi peroksidase yang melindungi tubuh kita daripada radikal bebas.

- GLA: Formulasi khas Shaklee ini daripada minyak borage yang mengandungi gamma linolenik, asid linolenik, minyak bunga matahari dan vitamin E ini menjadikannya lebih efektif daripada penggunaan EPO. Ia bertindak menstabilkan hormon (Jerawat yang banyak juga punca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan tau). Testimoni pengguna membuktikan kulit menjadi lebih lembap dan masalah jeragat berkurangan dengan pengambilan GLA ini. Penggunaan yang konsisten memberikan kesan "glowing" pada wajah anda.

- ESP: Protein adalah nutrien penting yang membentuk sel tubuh. Ia menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula. . ESP membantu penyerapan vitamin dengan lebih cepat, berbanding dengan mereka yang mengambil vitamin tanpa ESP. SAYA DAPATKAN protein soya berkualiti semestinya dari Shaklee kerana diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism~ Tidak diubahsuai secara genetik) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.


Friday 24 August 2012

Rahsia Awet Muda

     Bila bicara tentang soal kecantikan, ramai wanita teruja. Yalah..siapa yang tak nak kelihatan cantik dan muda selalu kan? Tambah-tambah bila dah berkahwin dan beranak pinak, soal ini tak boleh dipandang sepi. Tittle isteri atau ibu jangan dipersalahkan bila anda nampak selekeh atau tak sempat berdandan.. Menjadi wanita yang sedap mata memandang tu pastinya diimpikan oleh para suami. Tak aci tau bila keluar rumah bersolek bukan main, tapi kat rumah bedak pun tak pakai...hahaaa.

     Kaum adam/bapa pun tak terlepas dari soal ini tau.. Jika wajah berjerawat sana sini, kusam dan lesu, apa salahnya berusaha untuk merawat dan mencari penyelesaian agar tampil menawan dan sejuk mata isteri melihatnya.. Suami isteri itu kan saling melengkapi antara satu sama lain.

     Hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kecantikan...bukan sekadar cantik dari luaran, tetapi cantik itu lebih bermakna apabila disuburkan dari dalam diri.

     Hohooo..udah-udah..takmo berceloteh panjang lebar. Nak nampak cantik dan menawan?? Jom intai sharing saya di bawah.



Ana Solehah,
Mahu jadi ayu macam kamooo :)

Mahu tampak cantik dan menarik?? Jom intai sharing saya di bawah!


  1. Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Hidrasi yang bagus membantu kelembapan kulit, kerana kulit mengandungi kira-kira 20% air. Kelembapan penting untuk kulit yang sihat. Ia membantu mengekalkan permukaan kulit supaya lembut, anjal dan tampak muda.
  2. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk mendapatkan kulit yang segar.
  3. Senyuman mampu membuatkan anda kelihatan muda beberapa tahun..Nak nampak sentiasa? Jom senyum!
  4. Makan makanan yang seimbang dan tinggi kandungan vitamin A, C, E untuk bertindak menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan, serta bertindak terhadap kesan sinaran ultra violet.
  5. Mencuci muka 2x sehari, gunakan toner dan pelembap muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda- kenalpsti jenis kulit anda: Normal, kering, berminyak.
  6. Manjakan wajah anda dengan masker muka. Saya buat masker dari ESP Shaklee..Lepas buat masker, wajah terasa gebu semacam aje..hehe..cubalah, pasti nak buat lagi.
  7. Jaga solat fardhu- Jangan tinggal 5 waktu sehari-Soalt itu memberikan ketenangan dan akan terbias pada wajah. Pasti anda ingin dilihat cool sentiasa kan??
  8. Selalulah membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat seperti solat sunat, berzikir serta bersedekah. Amalan-amalan ini membersihkan hati dan menyucikan jiwa, kesannya akan membuatkan anda sentiasa ceria walaupun dilanda kegelisahan.
Ayuh serikan jiwa denga namalan rohani, agar wajah lebih ceria hasil biasannya.

Jom jadi cantik untuk suami dan isteri yang tersayang :))))

Wednesday 4 July 2012

ESP Shaklee...PALING BEST!

Assalamualaikum..

Lama tak berceloteh di sini kan. Nak share sedikit info tentang ESP Shaklee ni. Laris sangat sampai pack pun diperbaharui, dan semestinya kualiti juga dipertingkatkan.

ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein adalah supplement protein yang berasaskan kekacang soya.

Kenapa protein penting untuk tubuh kita?

      Bahan asas dalam pembinaan sel tubuh badan kita adalah protein. Ia adalah makanan terpenting untuk badan. Tulang, kulit, rambut, otot, organ, plasma, antibodi, hormon, hemoglobin, enzim dan sel terdiri daripada protein.

     Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya.

Fungsi protein ialah:
  • membina sel-sel baru
  • menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru
  • menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru
Jom lihat siapa yang perlukan ESP



 Jadi, anda yang inginkan tubuh badan yang sihat, cantik, susu yang lebih berkualiti, apa tunggu lagi..jom dapatkan ESP anda hari ini.

**Credit to mamafaiz.

 Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi produk.



Hasanah Ahmad
hasanah3006@gmail.com
013-492 6468
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...