Sunday 9 September 2012

Penyusuan itu indah

Assalamualaikum..



Sedikit huraian tentang penyusuan (breastfeeding).

"Para ibu hendaklah menyusui anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan" - Surah Al-Baqarah:223

     Dalam al-Quran banyak menerangkan tentang peranan susu ibu, di sini kita dapat highlight betapa pentingnya penyusuan itu sehinngakan dimaktubkan di dalam Kalam Suci.

     Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui, sama ada oleh ibu kandung mahupun ibu susuan. Sekiranya kita meneliti sejarah mereka yang terdahulu, kita dapat rasakan bahawa besarnya kepentingan penyusuan dalam kehidupan manusia. Manusia yang hidup pada zaman dahulu, hanya bergantung pada susu ibu untuk membesar sehingga umur mereka dua tahun, tetapi amalan tersebut semakin lama, semakin ditinggalkan, oleh masyarakat hari ini.

     Antara sedikit tips semasa menyusukan bayi:

  • Bacalah zikir/selawat/surah-surah hafazan semasa menyusukan bayi anda
  • Usap ubun-ubun anak, dan ucapkanlah kata-kata yang baik padanya
  • Bercakaplah dengan anak, dan pandang jauh ke dalam matanya, bisikkan pada si kecil itu; "Insyirah, besar nanti jadi hamba Allah yang beriman ya nak"
  • Elakkan meninggi suara/bertengkar semasa berdepan/menyusukan anak, kerana anak-anak adalah cermin diri kita, mereka akan duplicate apa yang kita lakukan dan ucapkan.


Ayuh, semarakkan momen penyusuan kita, jadikan 'partner' penyusuan itu insan yang bakal menggoncang bumi Allah ini dengan ketinggian akhlaknya.

Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...