Saturday 25 August 2012

Cantik Berseri Dengan Vitamin


Ingin kelihatan cantik berseri bersama Shaklee?

Cadangan produk berikut dapat membantu mengatasi masalah kulit muka anda!



- VITAMIN B: Membantu memberi tenaga dan kesegaran kepada tubuh, dan kumpulan Vit B ini membantu mengekalkan tona kulit yang sihat dan mengawal stress (Jangan lupa, stress dan tubuh yang letih lesu menyebabkan wajah kelihatan kusam!) B for Beuty. Semestinya saya MEMILIH Vitamin B Complex dari Shaklee kerana mengandungi 8 kumpulan lengkap termasuk Biotin~ Nutrien penting yang membentuk sel kuku, kulit dan rambut. Kekurangannya boleh menyebabkan dermatitis (masalah kegatalan kulit, kulit kering dan bersisik) dan keguguran rambut.

- VITAMIN C: Membantu dalam penghasilan kolagen, bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada tindakan radikal bebas dan melambatkan kesan penuaan. Ia dapat meremajakan kulit dan menjadikannya kelihatan muda. Sudah tentu Sustain Released Vita-C 500mg Shaklee adalah PILIHAN SAYA, kerana mengandungi bioflvonoid complex yang membantu Vitamin C meningkantkan penyerapannya dan menjalankan tugas dengan lebih baik.

- VITAMIN E: Sebagai antioksidan yang membantu mecegah kerosakan sel akibat dari tindakan radikal bebas, Bahan radikal bebas ini banyak menyebabkan kerosakan seperti pencemaran. Pengambilan vitamin ini berterusan dapat mengelakkan sunburn akibat dari sinaran ultra violet. PASTI saya MEMILIH Vita-E Shaklee kerana mempunyai selenium untuk melengkapkan fungsinya, dan selenium ini penting untuk pembentukan enzim glutasi peroksidase yang melindungi tubuh kita daripada radikal bebas.

- GLA: Formulasi khas Shaklee ini daripada minyak borage yang mengandungi gamma linolenik, asid linolenik, minyak bunga matahari dan vitamin E ini menjadikannya lebih efektif daripada penggunaan EPO. Ia bertindak menstabilkan hormon (Jerawat yang banyak juga punca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan tau). Testimoni pengguna membuktikan kulit menjadi lebih lembap dan masalah jeragat berkurangan dengan pengambilan GLA ini. Penggunaan yang konsisten memberikan kesan "glowing" pada wajah anda.

- ESP: Protein adalah nutrien penting yang membentuk sel tubuh. Ia menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula. . ESP membantu penyerapan vitamin dengan lebih cepat, berbanding dengan mereka yang mengambil vitamin tanpa ESP. SAYA DAPATKAN protein soya berkualiti semestinya dari Shaklee kerana diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism~ Tidak diubahsuai secara genetik) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.


Friday 24 August 2012

Rahsia Awet Muda

     Bila bicara tentang soal kecantikan, ramai wanita teruja. Yalah..siapa yang tak nak kelihatan cantik dan muda selalu kan? Tambah-tambah bila dah berkahwin dan beranak pinak, soal ini tak boleh dipandang sepi. Tittle isteri atau ibu jangan dipersalahkan bila anda nampak selekeh atau tak sempat berdandan.. Menjadi wanita yang sedap mata memandang tu pastinya diimpikan oleh para suami. Tak aci tau bila keluar rumah bersolek bukan main, tapi kat rumah bedak pun tak pakai...hahaaa.

     Kaum adam/bapa pun tak terlepas dari soal ini tau.. Jika wajah berjerawat sana sini, kusam dan lesu, apa salahnya berusaha untuk merawat dan mencari penyelesaian agar tampil menawan dan sejuk mata isteri melihatnya.. Suami isteri itu kan saling melengkapi antara satu sama lain.

     Hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kecantikan...bukan sekadar cantik dari luaran, tetapi cantik itu lebih bermakna apabila disuburkan dari dalam diri.

     Hohooo..udah-udah..takmo berceloteh panjang lebar. Nak nampak cantik dan menawan?? Jom intai sharing saya di bawah.



Ana Solehah,
Mahu jadi ayu macam kamooo :)

Mahu tampak cantik dan menarik?? Jom intai sharing saya di bawah!


  1. Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Hidrasi yang bagus membantu kelembapan kulit, kerana kulit mengandungi kira-kira 20% air. Kelembapan penting untuk kulit yang sihat. Ia membantu mengekalkan permukaan kulit supaya lembut, anjal dan tampak muda.
  2. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk mendapatkan kulit yang segar.
  3. Senyuman mampu membuatkan anda kelihatan muda beberapa tahun..Nak nampak sentiasa? Jom senyum!
  4. Makan makanan yang seimbang dan tinggi kandungan vitamin A, C, E untuk bertindak menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan, serta bertindak terhadap kesan sinaran ultra violet.
  5. Mencuci muka 2x sehari, gunakan toner dan pelembap muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda- kenalpsti jenis kulit anda: Normal, kering, berminyak.
  6. Manjakan wajah anda dengan masker muka. Saya buat masker dari ESP Shaklee..Lepas buat masker, wajah terasa gebu semacam aje..hehe..cubalah, pasti nak buat lagi.
  7. Jaga solat fardhu- Jangan tinggal 5 waktu sehari-Soalt itu memberikan ketenangan dan akan terbias pada wajah. Pasti anda ingin dilihat cool sentiasa kan??
  8. Selalulah membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat seperti solat sunat, berzikir serta bersedekah. Amalan-amalan ini membersihkan hati dan menyucikan jiwa, kesannya akan membuatkan anda sentiasa ceria walaupun dilanda kegelisahan.
Ayuh serikan jiwa denga namalan rohani, agar wajah lebih ceria hasil biasannya.

Jom jadi cantik untuk suami dan isteri yang tersayang :))))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...