Saturday 21 December 2013

Anak rapat dengan pemberi kasih sayang, bukan pemberi makan!

Semalam saya menonton rancangan TV Al-Hijrah.

Saya tak tahu apa tajuknya, tapi siaran itu sungguh menyentuh hati saya. 

1 kajian yang dibuat di barat, ke atas seekor cimpanzi. Ia dilepaskan dan pergi ke patung berdawai yang ada susu. Kemudian terus ke patung sebelah yang lebih empuk dan cukup selesa. Lama ia di situ. Nak susu barulah ia ke patung sebelah yang memberinya susu.

*********************************************

Anak-anak jika di rumah, jika kita adalah ibu bapa bekerja, dan mempunyai pembantu rumah, berikut mungkin sedikit panduan yang boleh diambil pengajaran.



1. Pembantu rumah mungkin boleh memasak. Tapi ibu/bapa yang perlu menyuapkan mereka makan. Menyuap dan melayani anak makan adalah tugas ibu bapa. Kerana ibu bapa yang bertanggung jawab mengajar anak membaca doa makan dan adab-adab semasa makan. 

2. Pembantu rumah mungkin boleh memandikan anak. Akan tetapi tugas memaiaki baju untuk anak adalah tugas ibu bapa. Supaya ibu bapa boleh memerhati keadaan fizikal anak, jika ada luka, benjol atau lebam di mana-mana bahagian tubuh. 

3. Semasa anak sakit/demam, ibu bapa yang paling utama menjaga anak yang tidak sihat. Bukan pembantu. Tugas ibu bapa memeriksa suhu anak, membuatkan mandi lap dan yang menyuapkan ubat jika anak demam. Kerana anak yang sakit lebih memerlukan kasih sayang. Dan kasih sayang ibu bapa adalah yang lebih penting.

4. Tugas-tugas rumah boleh diserahkan kepada pembantu, tapi tugas-tugas "sensitif/bersifat seni/perasaan" mestilah diserah pada ibu bapa. Contoh bab melayan anak. Mop lantai sidai baju boleh disuruh pembantu buat, tapi meneman anak bermain dan menonton TV biarlah ibu bapa yang buat.

Dari kajian ke atas cimpanzi tadi, membuktikan bahawa manusia sekalipun, anak-anak lebih mesra dengan siapa yang memberi layanan baik kepadanya, yang memberi belas kasihan dan kasih sayang kepadanya. Bukan siapa yang memberinya makan minum. 

Di barat, ibu bapa lebih bersifat "keluarga" berbanding dengan negara Arab yang banyak melepaskan urusan rumahtangga pada pembantu rumah.

Dari perbandingan yang dibuat pada rancangan tu, di barat yang meneman kanak-kanak bermain kereta langgar adalah bapa mereka sendiri. Tetapi di Arab pula yang menemani dan menjadi rakan sepermainan kanak-kanak adalah pembantu rumah!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...