Tuesday 22 May 2012

Tips Banyakkan Susu

ALAMAK...SUSU KURANG!

Ramai yang nak tahu macam mana nak memperbanyakkan susu. Kat sini saya ada share. Saya akan tambah dari semasa ke semasa. Ni yang saya edit sendiri dari pembacaan, perkongsian para ibu di group, perbincangan bersama Kaunselor Laktasi dan pengalaman saya bf 2 orang permata hati.


1.  Invest pada pam yang berkualiti~ kalau pam pun asyik rasa sakit atau suction tak best, boleh efek pada susu jugak.

2. Pam dengan kerap, setiap 2-3jam. Jangan melebihi 4jam atau tunggu hingga breast penuh baru nak pam/ df.

3.Sentiasa tenang semasa pam. Stress boleh mengganggu pengeluaran susu anda ya.

4. Minum air masak 2-3Liter sehari..Amboi..banyaknya!! Nanti saya akan kongsikan bagaimana nak konsisten minum air sebanyak ini =D

5. Lakukan power pumping (hyperstimulation) untuk banyakkan susu anda dengan cepat.

6. Di tempat kerja, usahakan pam sekurang-kurangnya 2 kali. Jika sibuk sangat, at least dapat sekali pun jadi la. Tapi make sure buat power pumping malamnya tu~ untuk ganti balik lambat pam/ter"skip" pumping session.

7. Tandem nursing amat membantu bagi saya~ pam sebelah, anak menyusu di sebelah lagi.

8.Kalau boleh buat double pumping, sangat bagus, jimat masa. Tapi single pam pun ok (pujuk hati..nak beli fs tp..fuhhh rege diaaa)

9. Masa pam, elakkan tengok pada botol~nanti stress kalau hasil tak seperti diharapkan. Tapi mata ni gatal nak intai jugak tengok susu keluar..Boleh buat benda lain spt tengok gambar anak, berzikir Ya Matin, surf internet-apa2 sahaja laa yang boleh alihkan perhatian. Tapi kekadang kena jugak jenguk ya, kot2 susu dah penuh kena membran pam tu, silap2 boleh ter"back flow" ke tiub lalu masuk pam.. 

10. Ambil supplement untuk kesihatan badan dan milk booster jika perlu. Saya ada entri menarik tentang ni. Tunggu!

10. Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan ini.




Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Jika entri ini bermanfaat untuk anda, jom klik SHARE untuk menyebarkannya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...