Monday 25 May 2015

Kisah Paling Sedih Sepanjang Bergelar Ibu

Anak saya ada "kisah sedih" mereka sendiri, yang saya akan ingat sampai bila-bila . Harap dapat jadi pengajaran pada semua ibu bapa. Inilah kisah paling sedih sepanjang saya menjadi ibu. 

Hujung September tahun lepas, saya dan suami ke sarawak. Meraikan adik bongsu perempuan sy yang konvo di Unimas sambil jenjalan Sarawak. Ni kali pertama saya jejakkan kaki ke Borneo.

Trip kali ni saya dan suami decide tak bawa anak. Atas beberapa faktor. Lagipun cuaca kat sana panas waktu tu. Jadi kami bincang dengan pengasuh kami untk menjaga 2 org anak kami (4 tahun dan 2 tahun). Sy cuma bawa anak paling kecil, usia 1 tahun waktu tu kerana masih menyusu badan.
Flight jam 7 pagi, seawal jam 4 pagi kami hntr anak ke rumah pengasuh. Waktu tu anak-anak memang tidur lagi. 

Kami ke Sarawak cuma 2 hari 1 malam sahaja kerana tak nak tinggalkan anak lama-lama. Tu pun rasa sebak sangat bila tinggalkan mereka.

Pulang esoknya naik flight waktu malam, sampai rumah jam 1 pagi. Babysitter dah nasihatkan tak perlu ambil anak malam tu, bimbang terganggu tidur mereka. Kesian juga kat pengasuh kan jika kami ketuk pintu jam 1 pagi nak ambil anak. 

Esok awal-awal pagi lagi saya ambil anak kt rumah pengasuh. Sedih dan sayu tak tahu nak cerita macam mana (T_T)

Soalan pertama anak bila sampai ke rumah: Kenapa ibu tinggal abang? 
Sebak sangat dengan soalan tu yang keluar dari mulut anak 4 tahun. 

Babysitter cerita bila parents anak asuhnya ketuk pintu, anak kedua saya cepat berlari ke pintu jerit "ibu" sambil depa kedua tgn. Rupanya yg muncul parents org lain. Masa tu anak saya menangis sungguh-sungguh. Semestinya dia rasa amat sedih kan. Sebak sungguh rasa hati bila babysitter beritahu. 

Beberapa hari berlalu dengan baik, hinggalah satu hari anak sulung saya, lukis gambar yang tak saya fahami. Saya memang suka tengok anak-anak beraktiviti. Saya dekati Izzat sambil pegang bahu dia. 

"Abang buat apa tu?"
Izzat: Abang lukis.
Ibu: Ooo abg lukis apa?
Izzat: Abang lukis abang la. Ni abang. Ibu tinggal abang.
Saya terdiam. Mula rasa sebak. Air mata mula bergenang. Tapi saya gagahkan juga diri untuk bertanya lebih lanjut.
Ibu: Ibu gi mana?
Izzat: (sambil belek ke muka surat sebelah belakangnya) ibu gi jalan ngan baby (irfan). Ngan ayah. Ibu tinggal abang ngn angah. Abang nangis. Huwaaaaa (dia tunjukkan gaya dia menangis hiba)
Menitis air mata sedih. Saya peluk Izzat dan katakan padanya, saya takkan tinggalkan dia lagi. Masa tu memang rasa sangat-sangat tersentuh. Bukan saya je menangis sedih, Izzat pun sama bergenang air mata. 

Memang anak-anak saya jarang ditinggalkan bila kami bercuti ke mana-mana. Dengan pengasuh mereka dah biasa 2 tahun menjaga. Malah kadang-kadang anak saya tak nak balik rumah bila berkawan di rumah babysitter. Memang trusted babysitter katakan. Tapi yalah. Kasih ibu bapa sendiri mana nak samakan. Sebelum ni tinggal jika bekerja/urusan luar dan tak lebih 10 jam. Ini tinggal sehari semalam. Trauma ditinggalkan ini berlarutan hingga kini.

Saya sedang cuba meraih kepercayaan anak-anak bahawa mereka tidak akan ditinggalkan. Jika salah seorang dari kami tiada (berkursus/bercuti), salah seorang akan bersama dengan anak.
Saya rasa ini kesilapan terbesar saya sebagai ibu bapa. Anak-anak saya sungguh trauma ditinggalkan.

Selepas peristiwa hiba ni, saya berkursus di Cherating dan ke sana selama 3 hari, juga saya bawa anak-anak sepanjang berkursus. 

Pesanan saya untuk diri saya sendiri juga pembaca selaku ibu bapa; 
Kadangkala kita rasa susah nak handle anak (terutama anak yang ramai) bila bercuti, tanpa kita sedari ia memberi kecederaan emosi pada anak-anak sekecil itu. 

Bawa anak bersama sambil uruskan orang untuk membantu menjaga mereka sepanajng percutian adalah lebih baik. Itu yang saya pelajari. Di saat kita gembira, mereka ada sama-sama bergembira dengan kita. 

Mungkin anda ada kisah yang menarik untuk dikongsikan? Jom share kisah anda :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...