Tuesday 3 March 2015

Tips Ajar Anak Cepat Membaca

Saya dapat tips ini semasa hadir ke seminar cepat membaca anjuran tadika Little Caliph Sabtu lepas. Bagus juga tadika anjurkan seminar seperti ini, boleh kita ibu bapa muda ni tambah ilmu dan ajar anak teknik yang betul dan berkesan.

Jom ibu bapa kita apply tips ini:

1. Ajar anak membaca sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari

2. Ajar anak dengan sebutan "a" sebagai "are"  (bunyi macam baca "a" untuk ayam). Sebaiknya ajar a, ba, ca, da.

3. Ajar kanak-kanak menulis dengan huruf kecil, bukan huruf besar (tulis a, bukan A. Tulis b, bukan B). Supaya kanak-kanak lebih cepat pandai membaca bila tulisan sama seperti dalam buku & surat khabar (sebab dalam surat khabar bukan semua tulis huruf besar kan).

4. Amalkan aktiviti pembelajan yang menarik. Contohnya buat flashcard/buat kad bertulis a, ba, ca dll then suruh dia tunjuk yang mana satu ba, mana satu ca. Buat style pancing ikan pun boleh, buat style dadu pun boleh. Menarik kan. Anak-anak pun suka nak belajar.

5. Alat bantu mengajar anak-anak di rumah sebaiknya berwarna-warni untuk bantu meransang perkembangan otak kanak-kanak. Bila sel-sel otak cepat berhubung, lagi cepat proses pembelajaran diterima.

6. Ibu bapa yang sebaiknya ajarlah anak-anak menggunakan bahasa baku. Walaupun ibu bapa sendiri menggunakan loghat klate, tganung mahupun nogori dan yang seangkatan dengannya, tapi waktu belajar bersama anak-anak, ajarkan bahasa melayu baku. Makan, bukan makē atau makang hihii

7. Pembelajaran seringkali menggunakan otak kiri. Ransang perkembangan otak kanan anak-anak dengan aktiviti yang memerlukan mereka menggunakan otak kanan (kreatif). Antaranya bila mengecam huruf menggunakan bunyi. Kaedah ini diajarkan di Little Caliph. Dan alhamdulillah anak-anak senang mengenal huruf.

8. Gunakan waktu anak-anak dalam keadaan tenang untuk ajar dia membaca.

9. Boleh gunakan sistem reward/bintang/stiker sebagai galakan pada anak-anak apabila mereka berjaya dalam sesuatu tugasan. Contoh bila anak pandai mengenal a, ba dan ca.

10. Perhatian! Ibu bapa JANGAN SEKALI-KALI buat perbandingan antara anak-anak atau anak orang lain. Untuk membina self-esteem anak-anak, ia mengambil masa yang lama tapi untuk meruntuhkannya hanyalah dalam masa sekelip mata sahaja. Dan perbuatan ibu bapa yang suka membuat perbandingan antara anak ini menyebabkan self-esteem anak tadi jatuh.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu bapa dalam mendidik anak anda.

Jika anda mempunyai anak prasekolah (4-6 tahun), share info ini di wall facebook anda jika ia berguna pada anda. Ia mungkin dapat membantu rakan-rakan anda yang lain untuk pendidikan anak-anak mereka di rumah.

Hasanah Ahmad
013-2896454

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...