Tuesday 10 February 2015

9 TIPS Lembutkan Hati Anak

Tips Buat Ibu Bapa

Bagus untuk diamalkan. Jemput baca:



1. Bila tiba-tiba teringat kat anak, kirimkan bacaan al-Fatihah pada anak. Sampai pada ayat "iyyakana'budu waiyyakanastain" (maksudnya:Hanya kepadaMU kami sembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan),mintalah apa-apa hajat yang kita inginkan berkaitan anak itu, kemudian habiskan bacaan al-Fatihah dan doakan semoga anak kita itu diberi kefahaman dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan menyerahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Semasa anak tidur, pandang wajahnya dan ucapkan, "ibu/ayah nak ______ (sebut nama anak) jadi anak yang soleh sayang. Menurut seorang ustaz, ketika anak tidur ini kita sedang berbicara dengan ruhnya. Dan ucapan ibu bapa itu adalah doa dan Allah maha mendengar lagi maha melihat. Cubalah!

3. Masa bangun solat malam, solat hajatlah di sisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

5. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya melukakan hati kita. Muhasabah diri kita selaku ibu bapa, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

6. Yang paling penting, jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita terlanjur kata, carilah masa yang sesuai untuk kita meminta maaf daripadanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh :)

7. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat (maksud ayat: Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuham kami, perkenankanlah doa permohonanku)

8. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi Allah pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia juga tak suka.

9. Masa basuh beras niatkan "Ya Allah lembutkan hati anak-anakku _____ (sebut nama anak) untuk dia faham agamaMU sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Kenapa kita nak anak-anak faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh membawa ibu bapa ke neraka. Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil baca selawat pada Nabi Muhammad SAW.

Pada ibu bapa, doakan sentiasa anak-anak kita. Tips-tips ini sangat bagus untuk diamalkan.

Selamat beramal dan semoga Allah merahmati rumahtangga kalian :)

Hasanah
013-2896454
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...