Sunday 3 June 2012

40 oz sehari?? Kini bukan lagi mimpi!

 Sekadar berkongsi pengalaman supaya rakan-rakan menyusu juga bersemangat mengumpul stok!


Abaikan stok yang berterabur itu
Ini hanya separuh, kerana sebahagian lagi terpaksa saya tumpangkan di rumah-rumah orang
Tak sanggup untuk ambil gambar di chiller kerana berselerak dengan botol2 & storage bag


     Ini pengalaman saya sendiri, selepas lahirkan anak kedua, saya bertekad untuk meneruskan misi penyusuan sehingga 2 tahun, kerana anak pertama saya hanya mampu selama 10 bulan sahaja.

     Saya mula memerah susu pada hari kedua selepas bersalin, kerana anak saya warded, jd saya perlu bekalkan susu untuknya. Memang mula-mula susu pun tak nak keluar, kolestrum sikit aje, tapi saya bulatkan tekad untuk anak tercinta, alhamdulillah seminggu warded saya dapat lebih 14 oz-satu jumlah yang agak banyak bagi saya seawal kelahiran.

     Semasa anak pertama, saya tidak mengambil apa-apa supplement, dan kali ini saya ubah peersepsi saya, saya nak mencuba Shaklee. Mengenali Shaklee  secara tak sengaja semasa anak sulung lagi, tapi minta maaf ya, saya tak berminat mencuba supplement kerana inginkan penyusuan secara semula jadi-tanpa milk booster. Rupanya saya silap! Setelah mencuba set penyusuan Shaklee ini, saya dapati bukan sahaja susu bertambah meriah, bahkan badan semakin sihat dan bertenaga walaupun kurang tidur dan rehat.

     Dengan sesi mengepam yang kerap serta pengambilan air sebanyak 3Liter sehari, dan mengamalkan set penyusuan serta tips esklusif yang diberikan, susu semakin meriah dan saya mampu beroleh lebih 40 oz sehari.Selama ni asyik jeles aje tengok orang dapat 8 oz setiap sesi mengepam, tapi kini saya mampu dapat sehingga 13 oz 1 sesi!

     Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak dan bekerjaya, saya tak dapat penuhi gizi seharian dengan mengambil makanan seimbang kerana kesibukan kerja (sibuk di tempat kerja, malah sibuk di rumah), sedangkan sebagai ibu yang menyusukan, pengambilan makanan seimbang itu sangat perlu! Dengan vitamin yang saya amalkan ini, alhamdulillah saya rasa lebih sihat dan cergas. Kesibukan buat badan jadi letih dan tiada masa untuk mengepam menyebabkan susu drop, tapi dengan adanya vitamin kesihatan ini, alhamdulillah saya mampu manage lagi.

     Namun, para ibu di luar sana harus ingat, perlu kerapkan df/pam utk banyakkan susu anda, SUPPLY & DEMAND memang sangat penting! Kerana pada saya, biar susu banyak untuk anak, sebab bila susu kurang/cukup2 makan, bila drop kita pun jadi sangat stress dan last2 hilang semangat bila tak dapat upkan balik. Supplement mungkin tidak perlu, tapi untuk beroleh tahap kesihatan yang lebih baik dan mendapat susu yang banyak serta lebih berzat, saya sanggup laburkan sedikit duit untuk tujuan itu!

     Dulu, tanpa supplement saya masih mampu dapat 5 oz setiap sesi, tapi anda bayangkanlah bayi yang minum 3 ozX4 botol=12 oz SEKURANG-kurangnya semasa saya bekerja, dan saya hanya mampu bawa pulang 10 oz untuk 2 sesi di tempat kerja..tapi kini, saya mampu dapat sehingga 20 oz 2 sesi, jadi dapat simpan 8 oz lagi sebagai stok.

     Saya suka ayat otai2 di KIM: "Makan la supplement apa pun, dari mana pun, tapi kalau jadual pam ke laut, tak menjadi juga!" Yes, dengan supplement dan tips esklusif itu, alhamdulillah kini 40 oz sehari tidak lagi mustahil. Syukur ya Allah.

**Jadi betapa pentingnya makan seimbang (ambil supplement jika tak mampu penuhinya), kerapkan pam dan minum air banyak2222 ya!



Inginkan konsultasi tentang produk Shaklee dan penyusuan susu ibu? Hubungi saya, Your Independent Distributor:

FB: Hasanah Ahmad
SMS: 013-492 6468
Email: hasanah3006@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...