Wednesday 30 January 2013

Panduan Memilih Breastpump

Ramai rakan saya sedang mengandung dan ramai juga yang telah bersalin, masih lagi melalui tempoh berpantang. Pastinya ibu-ibu baru yang mendapat anak pertama tertanya-tanya pelbagai soalan, pam apa yang bagus, nak pilih yang macam mana..

Sebagai meraikan rakan-rakan yang bertekad nak breastfeed baby anda, saya bawakan khas entri ini. Entri ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya yang turut bf baby mereka.



1. Bila nak beli breastpump (BP)?
Oppss..seeloknya saya cadangkan beli sebelum bersalin, kerana jika anda beli lepas bersalin, sure nak minta husband belikan ye dak..dibuatnya beli BP yang tak menepati citarasa..karang bukan susu yang keluar, tapi air mata pulak..hahaha :)

Untuk membuatkan pembelian anda berbaloi, jom ikuti celoteh saya berkenaan pemilihan BP.

Apa ciri-ciri BP yang bagus?

1. BP yang bagus sepatutnya mempunyai sedutan seperti bayi, ala-ala "sedut dan ada getaran gitu"..bukan yang "tarik, lepas, tarik, lepas".yang jenis no 2 ni memang sakit. Setengah yang tak tahan, akan bertukar BP seperti saya :) BP yang sedutannya seperti bayi menyelesakan dan tidak menyakitkan. LAgi satu yang saya nak masukkan dalam ni, sifat BP itu mestilah "mencengkam", bukan "tangkap lepas", kalau yang tangkap lepas tu bila guna rasa breast tak kosong pun, jadi proses pengepaman seolah-olah sia-sia dan membazir masa. BP yang mencengkam dengan baik dapat bantu anda mengosongkan breast dengan efektif, cara ini dapat memperbanyakkan susu.

2. Lihat pula ketahanan BP tu, adakah ia sesuai untuk kekerapan anda mengepam. Saya memang pengepam tegar, sehari boleh mencecah 5x-8x pam (dulu)..hahaha..jadi saya memang perlukan BP yang heavy duty. Kalau tidak, memang BP pun cepat rosak sebab motornya tak tahan, asyik kena gi hantar servis je la jawabnya. Jadi jika anda adalah suri rumah (aikkk, housewife pun kena pam jugak ke? Okes..ini saya ada entri yang hebat tentang ni.), maka BP yang sesuai cukuplah yang manual/bateri yang bukan untuk heavy duty motornya tu.


3. Pilih jenis yang memudahkan kerja anda, manual atau elektrik atau bateri? Saya sendiri memilih BP yang boleh berfungsi untuk ketiga-tiga jenis di atas, atau sekurang-kurangnya elektrik dan bateri. Jika ingin mengepam di tempat yang tiada electric sources, makan anda boleh gunakan bateri. Of course BP manual sesuai digunakan di mana-mana tetapi kalau untuk orang macam saya, saya sentiasa nak cepat dan multi-tasking, sambil pam sambil buat kerja, kerana itulah saya perlukan BP yang fleksibel.


4. Tengok pada BP yang anda nak pilih, adakah ia menghasilkan bunyi yang kuat atau jenis "senyap". BP yang silent adalah satu bonus kerana orang sebelah pun tak sedar, "rupanya member sebelah aku ni tengah mengepam"..hahaha..ia memang terjadi pada saya. It worth, berbaloi!


5. Single BP atau double BP? Soalan ni glamour sangat, jika anda mempunyai masa yang agak limited untuk mengepam, pam pun terkejar-kejar nak cepat aje, macam doktor kat tempat kerja saya laa..memang anda sangat memerlukan double BP. Memiliki single BP pun boleh, tapi bergilir-gilir pam. Kekadang sebelah susu dah menitis pun.

6.  Bajet. Part ni yang dulunya saya mengalah beli pam yang harga murah tu, sebab terfikir sayangnya nak beli pam yang mahal-mahal (sebenarnya bukan la mahal pun, masih dalam kemampuan lagi, cuma rasa terketar jugak tangan nak keluarkan duit sedebuk untuk beli BP yang harga beratus). Itulah kesilapan saya. Jadi, saya nasihatkan kawan-kawan yang ingin membeli BP, investlah pada pam yang berkualiti dan dalam bajet anda. Ada beberapa seller pam mengadakan kutu untuk pembelian pam, atau time discount, boleh intai-intai BP idaman anda. Ingat, BP yang murah bukanlah bermakna tak bagus, ia mungkin kurang sesuai kerana sedutannya, bunyi, jemis manual dan lain-lain, dan BP yang mahal bukanlah penentu anda dapat susu banyak..kuantiti susu bergantung pada bagaimana corak pengepaman anda. Ada saya kongsikan tips memperbanyakkan susu dan rahsia saya memperoleh lebih 40 oz susu sehari.

7. Ringan atau berat? Sesetengah orang tak kisah kelek pam yang boleh tahan beratnya ke sana ke mari. Tapi saya memilih BP yang ringan supaya mudah dibawa ke mana sahaja. Jika anda hanya mengepam di meja kerja dan statik, maka BP yang berat atau ringan mungkin bukan satu isu.

8. Spare part, yang ni saya letakkan last sekali kerana kebanyakan BP yang dijual (jenama glamour) ada spare part di kebanyakan butik barangan bayi. Melainkan anda beli BP yang tak berapa glamour, kat kedai pam pun jarang-jarang yang ada, itu memang problem besar tambah lagi bila kedai yang ada jual tu, spape partnya out of stock pula..hahaah..jadi nasihat saya belilah BP yang anda yakini dan senang didapati.

Sekadar itu yang dapat saya share dalam entri ini. Insya Allah saya akan update info dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini. Sebarang cadangan boleh komen di bawah ya.

~~~Happy Breatfeeding~~~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...