Tuesday, 21 October 2014

Mudah Menyusukan Dengan Nursing Blouse

Ini antara tips yang dapat membantu ibu menyusu untuk breastfeed anak anda dengan mudah tanpa perlu risau terdedah aurat.

Masa ni meraikan Master Celebration Master Nadiah,
 saya yang dukung Irfan hehe


Nursing blouse yang saya beli dari Pn Siti Nurbaiya sangat selesa. Warna yang menarik dan bukaan untuk menyusu yang memudahkan. Saya ada 3 helai nursing blouse, dan kesemuanya saya beli dari beliau. Bakal menambah koleksi even Irfan dah pun berusia setahun hehe (kan nak tambah anak lagi hihii)

Yang di atas baju biru corak polkadot ni ada poket. Tu yang saya suka pakai ke mana sahaja. Boleh kata seminggu 1-3x pakai pun ada! Hehe..

Sambil ber'boba' (baby carrier) pun boleh menyusukan bayi bila ibu mengenakan nursing blouse.

Ni satu lagi design nursing blouse yang saya suka. Semestinya menutup aurat sebaik mungkin. Ia berlengan panjang, labuh menutupi paras punggung, tidak jarang, tak ketat malah tak panas. Sangat selesa!

Semasa menganjurkan kursus Law of Universal Attraction bersama Ateh Zuhairi

Bila di tempat awam, tak rasa segan nak selak baju sebab belahan di bahagian dada dan ada alas pada bahagian dalam. Sangat memenuhi syariat dan memudahkan ibu menyusu! 

Anda kenal siapa di bawah? Inilah Pn Suraya, pemilik Lunatots. Boleh kata keluar je rumah terutama jika bersama bayi, saya senang sarung je nursing blouse sebab boleh menyusu di mana sahaja. Jika menganjurkan mahupun menghadiri program, semasa di kelas, nak pos barang, malah jika menghadiri majlis yang grand anjuran Shaklee pun saya mengenakan nursing blouse, kerana ia sungguh versatile.

Bersama kak Sue dalam Bual Inspirasi

Kalau tanya saya, saya suka katakan nursing blouse satu pilihan bijak untuk dimiliki. Boleh kata perlu la. Malah jika berjubah atau berbaju kurung, ramai yang suka beli yang nursing-friendly kan sebab sangat memudahkan. 

Kata orang Perak, ate cemana nak selak kalau pakai jubah ye dak? 

Hehe..so pilihlah nursing-friendly punya pakaian. Ia mudah dan sangat memudahkan. 

Salam sayang dari saya,
Hasanah Ahmad
013-2896454

Untuk konsultasi produk Shaklee juga penyusuan susu ibu, anda boleh menghubungi saya. Saya sedia membantu anda :)

1 comment:

  1. Dulu masa saya menyusukan Faheem, zaman baru-baru nak belajar kan...saya tidak terdedah sangat dengan nursing blouse, jadi bila keluar nak menyusukan faheem, saya akan gunakan nursing cover atau bersungguh-sungguh cari nursing room sebab nak selak sana sini mudah dan private.

    Sekarang, rata-rata ibu yang menyusukan anak mencari pakaian yang nursing friendly, ada yang berzip, ada yang double layer macam-macam fashion. Mudah dan ibu-ibu boleh NIP tanpa rasa janggal dan aurat masih terpelihara.

    NinjaPah.Com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...