Wednesday 29 October 2014

Tips Memulakan Bisnes

Saya percaya ramai sangat orang yang sedang mencari pendapatan kedua sebagai pendapatan sampingan, selain dari kerja hakiki sekarang. 

shaklee bisnes pilihan

Itulah hakikatnya. Kita terbeban dengan hutang yang banyak, dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Lihatlah pada kenaikan harga minyak, rasanya semua pun terasa kan tempiasnya. Nyatanya, hutang makin banyak, simpanan hampir tiada. 

Bukan sahaja untuk anda yang bekerja, tapi surirumah sekarang pun ramai yang sedang mengintai peluang menambahkan kewangan keluarga. Yalah. Bina ada duit sendiri, dah tak perlu lagi nak minta dari suami kan. Hehee..

Apa Nak Buat Bila Ada Duit Lebih?

Apa yang anda boleh buat dengan duit poket? 
  • Boleh buat simpanan EXTRA, contoh biasanya setiap bulan simpanan wajib RM300. Bila ada duit tambahan, boleh simpan lebih RM50-100. So setiap bulan kurang-kurang pun dah menyimpan RM400!
  • Boleh lebih memberi, berzakat, infaq, jangan lupa ya. Berazamlah setiap minggu berinfaq. Percayalah, lebih banyak kita memberi, lagi luas rezeki kita
  • Kegunaan ketika sangat diperlukan, mesti asingkan dari duit simpanan tau! 
  • Buat pelaburan/investment dalam amanah saham yang PATUH SYARIAH
  • Buat belanja keperluan rumah. Duit extra boleh bantu untuk belanja dapur/anak-anak
  • Simpanan KHUSUS untuk melancong/bercuti atau untuk beli sesuatu
Cara saya, jika saya teringin nakkan sesuatu, saya akan menabung untuk itu. Contoh saya nak gi bercuti, even saya ada duit yang cukup untuk percutian, katakan menelan belanja RM1000 untuk 3 hari 2 malam, saya takkan guna duit sedia ada. Mesti menyimpan 2-3 bulan. Haaa duit yang EXTRA tu datang dari side income. So tak lari laa simpanan kita setiap bulan. Dan tak gunakan wang simpanan untuk bercuti mahupun untuk beli keperluan. 

Janganlah bila ada duit extra, asyik berjoli je kan hehee..menyimpan dan melabur tu penting untuk masa depan kita. Dah "buat duit", kena pandai urus duit juga tau :)

Best kan bila ada duit lebih. Persoalannya, bisnes macam mana yang saya nak buat? 

Bagaimana Nak Pilih Bisnes Yang Sesuai?

Bisnes ada macam-macam, ada yang jelas ada produk, ada juga bisnes jenis perkhidmatan, iaitu kita memberikan servis. Apapun, boleh ambil tips ini untuk mulakan bisnes anda.
  1. Pilih bisnes yang tiada modal, atau modal yang minimum, yang tak membebankan. Yang tak perlu sampai perlu bergolok gadai, yang tak perlu nak buat loan bagai. Ia sangat penting terutama untuk anda yang baru nak berjinak untuk berniaga, ia mengurangkan risiko kerugian. 
  2. Jika anda memilih untuk bisnes kecantikan/kesihatan, seeloknya anda menggunakan produk tersebut. Jadi anda boleh sebarkan manfaat produk. 
  3. Bisnes yang ingin dibuat, boleh dijalankan secara online. Jadi ia tak menyusahkan anda untuk mengambil stock barang jualan ke sana kemari. Dan ia tak memerlukan anda membuka kedai untuk jual barang. Buat online, mudah kan. 
  4. Mulakan dengan apa yang kita ada. Contoh jika anda berbakat membuat kek, mahupun ada seni menjahit, sangat bagus jika anda kembangkan bakat yang anda ada. Cuma beberapa perkara perlu anda fikirkan sebelum mulakannya, dari sudut pro dan kontranya. 

Bisnes Dropship Lebih Disukai

Ya! 

Sangat tak dinafikan. Bisnes dropship lebih disukai dalam dunia bisnes sekarang. Kerana ia tanpa modal. Kalau ada pun modalnya sangatlah minima. 

Jenis perniagaan dropship, memerlukan pelanggan masukkan duit terlebih dahulu, baru anda buat order pada supplier/company. Anda tak perlu simpan stok barang. Dan anda tak perlu dahulukan wang anda. Tiada risiko kerugian kan bila berbisnes macam ni. Tak timbul isu stok tak laris. Menarik kan bisnes seperti ini.

Shaklee Amalkan Sistem Dropship


Bisnes Shaklee amalkan sistem dropship seperti ini juga. 

Dengan yuran keahlian yang minima, cuma RM75 sahaja, anda dah boleh menjadi ahli dan memasarkan produk Shaklee. Ada juga cara menjadi ahli tanpa membayar yuran penyertaan. Kami panggil FREE MEMBERSHIP. 

Pelanggan berikan duit pada anda, dan anda order dari Shaklee. Shaklee akan poskan produk tersebut pada alamat yang anda berikan. Mudah kan bisnes sebegini. 

Bisnes seperti ini, anda akan ada bimbingan untuk membantu anda maju dalam bisnes. 

Dengan yuran hanya RM75 seumur hidup, ia sangat menguntungkan dan meminimakan risiko kerugian. 

Jika anda ingin menyertai bisnes Shaklee, boleh hubungi saya untuk pendaftaran. Ramai yang telah berjaya dalam bisnes ini, mereka memperoleh duit sampingan sebanyak 3-4-5 angka. Malah 6 angka pun ramai! Bimbingan dan support group akan diberikan pada anda yang menyertai kami. 



Anda takkan berjaya mencapai impian anda. Jika anda hanya melihat kejayaan orang lain. Ibarat memandang pada tangga, anda takkan sampai ke atas. Takkan dapat petik hasilnya dengan hanya melihat. Anda mesti bertindak. Hubungi saya hari ini untuk saya bantu anda mencapai impian anda. 

Saya komited mahu membantu anda yang inginkan bimbingan untuk berjaya! 

Hasanah 
013-2896454



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...