Thursday 9 October 2014

Rehat dan Rawat diri di Spa

Saya gemar ke SPA untuk belai diri dan manjakan tubuh. Sesekali kita nak juga manjakan diri kan hahah..

Ini kali ketiga saya ke NANA D' RIAS untuk buat treatment. Pemilik SPA ni muda belia lagi. Beliau dan mamanya usahakan SPA ni. Memang tangan halus je boleh buat kerja gini! 

Kali pertama saya buat Hair Treatment. Masa tu baru saya tahu adanya "sauna" kepala. 

Saya buat hair treatment ni untuk kuatkan akar rambut, nak rambut yang lebih lembut dan wangi. Beza berbanding kita syampu sendiri. Saya selalu ke Salun Zuhayra di Petaling Jaya untuk hair treatment. Rambut kekal wangi hingga 3 hari! Lepas tu terus jatuh cinta nak cuci rambut di salun ahaha. melampau tak! Masa buat hair treatment tu, saya memang niat nak potong rambut je. Alang-alang tahu ada hair treatment yang sebegitu best, terus cuba! Oh ya. Muslimah sahaja ya..hihi . Mereka juga sediakan servis potong rambut untuk kanak-kanak perempuan. 

Gambar google jer. Saya sedang treatment mana nak amek gambar ahaha

Kali kedua ke SPA ni, saya buat facial. Time tu mama kak Nana (Auntie Jam) yang buat. Memang sangatlah best. Dari scrub muka, pakaikan mask, cuci. Tang pakai mask tu saya tak ingat berapa lama, tapi seriously memang kulit rasa nyaman, sejuk, dan memang LENA okey! Sedar-sedar masker dibuka. 

Masa urutan kulit muka, nak buang whitehead, awww! Agak sakit prosesnya. Auntie Jam kata, kulit bersih, takde masalah. Whitehead hampir takde. Jerawat memang langsung tak ada. Hasanah amalkan apa-apa ke? Ahaha..Inilah rahsia saya! Guna ini kasi kulit tegang awet muda dan bebas cela. Saya rajin amalkan Set Kecantikan Shaklee untuk penjagaan dalaman kulit. Bila sel sihat, kulit cantik dan bersih. 

Ini saya! 


Kali ketiga ke SPA ini, saya ambil pakej SPA BEAUTY 3 treatment RM100. Alamak maaf if gambar tak jelas. Saya amek dari hp jer. Okey untuk memudahkan anda kalau berkenan nak ke SPA ni, antara pakej treatment di bawah SPA BEAUTY:

Lulur
Mangir
Facial
Sauna
Jakuzzi
Mandi susu

Pilih 3 dari treatment di atas, bayar cuma RM100. Saya ambil Lulur (skrub tubuh), mangir (sapu mask pada tubuh) dan facial sekali lagi! 

Kali ni staff mereka yang layan saya. Muda comel adik ni hehe.. Menurutnya, lulur tu skrub yang disapu pada tubuh. Bantu licinkan kulit dan buang daki. Lepas lulur gunakan pula masker pada tubuh. Ia dipanggil mangir. Haa jakun mak tak tau nih. Belajar sikit-sikit dari staff di SPA. Bak kata orang, luaskan pergaulan, banyakkan berjalan, tambah pengalaman ahaksss! Mangir tu tak perlu sampai mask tu kering pun, separa kering dah cukup, dalam 20 minit. Dan masa meniarap nak tunggu mask di belakang badan kering, bisa daku lena setelah seharian di luar setelkan urusan besar! 



Nak tahu servis detail yang SPA ni sediakan, boleh rujuk flyers ni. Actually mereka juga ada buat khidmat Wedding Planner untuk bakal pengantin. Macam hias pelamin, mekap, catering, juga pakaian pengantin. 

Akan datang, saya nak buat temujanji untuk urutan badan pula. Wah! Bestnya diurut! Jika nak mengurut, mandi bunga, kena buat appointment dulu tau. Jangan main terjah aje. Haha..



Saya gunakan set penjagaan wajah ini untuk luaran. Dah setahun pakai. Alhamdulillah SANGAT okey. 1 pencuci je tahan 6-10 bulan. Saya yang share dengan suami pun tahan 4-5 bulan jugak. Berbaloi-baloi! Untuk set kecantikan kulit, saya amalkan ini juga. Lagipun sekarang tengah promosi. Wajib beli banyak untuk dapatkan kulit yang cantik (melampau tak?). Kelebihan lainnya PASTI lah ada. Bukan kulit je yang cantik semata-mata tau.



Kalau nak order Set Kecantikan Shaklee yang sedang PROMOSI hebat sekarang ni, boleh hubungi saya direct, penghantaran PERCUMA je tau untuk pembaca blog yang saya sayangi :)

Hasanah 
013-2896454
SMS/Whatsapp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...