Thursday 2 May 2013

Power Pumping - Tips Booster susu Ibu


Ramai yang tanya saya macam mana nak banyakkan susu. Saya dah ceritakan tips memperbanyakkan susu badan melalui pelbagai sudut- dari mengerapkan penyusuan, sesi mengepam, pengurusan emosi hinggalah pengambilan supplement booster penyusuan.

Kali ini nak berkongsi dengan anda semua tenting teknik Power Pumping. Apabila saya mendedahkan teknik ini, rupanya ramai lagi ibu menyusu yang tidak tahu adanya teknik "EMAS" ini. Kenapa saya panggil teknik EMAS? Kerana ia memang terbukti dan sangat berkesan untuk meransang pengeluaran susu ibu.

Jom baca sharing saya di bawah berkenaan power pumping.

Teknik Power Pumping


Apakah itu Power Pumping? 

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini juga dipanggil hyperstimulation, teknik ransangan untuk memperbanyakkan lagi susu ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?
1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu. Teknik ini terbukti dapat membantu para ibu yang ingin relaktasi/

Bagaimana melakukan Power Pumping?
Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10 minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10 minit dan bertukar semula ke breast kanan 10 minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1 jam. 
Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10 minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.
Saranan Waktu Mengepam?
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh (12 tengah malam hingga 6 pagi). Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Kita lebih tenang pada waktu hening seperti ini, ia membantu pengeluaran susu dengan banyak.

Ada para ibu yang melakukannya setiap hari untuk mengekalkan penghasilan susu yang banyak.

Ada yang memilih melakukan pada hujung minggu/hari cuti. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membantu anda memperbanyakkan susu, dan menggantikan waktu mengepam yang tertinggal pada hari-hari lain.

Berapa lama boleh lihat hasilnya?
Beri badan masa untuk biasakan diri dengan teknik power pumping, dan lihat hasilnya selepas seminggu anda melakukan teknik ini. Insya Allah, akan ada hasilnya dan berterusanlah melakukannya untuk maintainkan pengeluaran susu.


Jika anda punyai masalah/perlukan konsultasi/pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu, saya boleh dihubungi di talian/SMS/Whatsapp: 013-289 6454.

Insya Allah, saya cuba membantu setiap dari anda untuk berjaya dalam penyusuan :)

 Healthylife Page: https://www.facebook.com/imnah03
 SMS/Whatsapp: 013-2896454
 Shaklee ID: 869540
 Blog: http://imnah03.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...