Saturday 11 October 2014

Pendaftaran Persekolahan Sesi 2015

Dari tahun lepas sebenarnya nak hantar anak sulung kami, Izzat ke The Little Caliph (TLC), masa 4 tahun. Tapi time tu tak buat study yang mencukupi, bila tengok website The Little Caliph rupanya dah tutup pendaftarannya. Oh! Sangatlah cepat penuh. Then kami iap-siap tanya bila buka pendaftaran untuk 5 tahun. Okey, dah dapat info, bulan 10. 

Open Day The Little Caliph Sungai Besi pada 11 Oktober 2014, pastinya kami tak lepaskan peluang. Seawal pagi lagi dah get ready, mandikan Izzat untuk "ke sekolah". Bawa anak bersama untuk biasakan dia dengan kawasan sekolahnya, biasakan diri bergaul dengan kanak-kanak lain. 



Sampai di Little Caliph sebelum jam 8 pagi. Awal tuuu..Rupanya ada lagi yang lebih awal! Hehe..Kami sampai ke meja pendaftaran, dapat turn no 5 untuk daftar. 


Sesi dimulakan oleh Pn Alwiyah selaku Principal di TLC Sungai Besi. Cantik manis orangnya hihii..Beliau berikan penerangan tentang Tadika The Little Caliph, aktiviti, jgua silibus pembelajaran anak-anak semasa di Tadika. 


Ramai yang hadir. Memang penuh. Tak campur lagi dengan parents yang menemani anak-anak di bilik aktiviti. 


Semasa ibu bapa mendengar taklimat dari pihak tadika, anak-anak digalakkan menyertai aktiviti yang disediakan. 

 Inilah aktiviti anak-anak! Haha..masa Izzat jejakkan kaki di bilik ni, ekspresi wajahnya teruja, gembira! Sebab ada mini playground, dan deko yang sangatlah cantik! 

Di bilik tu, kanak-kanak tunjukkan kretiviti mereka dengan bantuan teacher yang sedia membimbing. 



Nampak Izzat di sana? Hehe..Gigih dia buat kerja. Khusyuk gitu haa..Lepas habis aktiviti ni, ada lagi yang lain. Masa aktiviti kedua tu, saya dah tinggalkan dia bersama teacher untuk dengar taklimat. 



Disebabkan sambutan yang menggalakkan dari pihak ibu bapa yang nak mendaftarkan anak mereka di The Little Caliph, mereka berikan "nombor giliran" untuk memudahkan sesi pendaftaran. Dimulakan dengan no 1 untuk pendaftaran 4 tahun dan 5 tahun. Saya no 5, so tak la lama sangat menunggu. Hehee mujur datang awal kan kan.

Yuran? Pasti anda yang teringin nak hantar anak ke TLC nak tahu berapa yurannya kan. Yuran tahunan TLC terbahagi pada 2 iaitu kelas sahaja (separuh hari dari 8 pagi hingga 12 tengah hari) atau DayCare (kelas hingga petang 8 pagi hingga 6.30 petang). Bagi ibu bapa bekerja mereka kebanyakkannya memilih Daycare, habis kerja petang baru ambil anak. Bagi saya, saya rasa kasihan, tak nak beratkan kepala kanak-kanak yang baru 5 tahun. Kelas separuh hari memadai bagi mereka. Saya pun boleh ajar sendiri mengaji Quran di rumah. 

Yuran tahunan: 
Kelas (separuh hari) : RM1409
Daycare (Kelas 1 hari) : RM1550

Yuran bulanan:
Kelas: RM250
Daycare: RM400 (tambahan RM150 dari Kelas)

Even yurannya agak mahal berbanding tadika lain, tapi kami memilih The Little Caliph kerana melihatkan kualiti pendidikan di sana dan mahu Izzat belajar dengan lebih selesa. Tak nak kelas yang hanya banyak bermain, atau hanya banyak belajar. Kami mahu seimbangkan kedua-duanya. Dunia dan akhirat. 

Di TLC juga diajar Tahfiz (mengaji al-Quran, hafazan) iaitu semasa sesi petang bagi mereka yang ambil pakej Daycare. Ada juga kelas taekwando untuk kanak-kanak, tapi saya tak ambil. 

Apa yang menariknya, di TLC mereka ada sesi 1 to 1 iaitu teacher akan berikan bimbingan secara individu pada anak-anak semasa sesi pagi (jam 8 pagi- 9 pagi). Kelas bermula jam 9 pagi. Jadi jika ibu bapa yang terlambat menghantar anak mereka ke kelas, maka terlepaslah peluang sesi pembelajaran 1 to 1 ini. Bagi saya ini sangat bagus untuk bantu perkembangan kanak-kanak. 

Ibu bapa tak boleh harapkan cikgu di sekolah untuk bimbing anak kita, sebaliknya kita sendiri sebagai ibu bapa, perlu mulakan sesi pembelajaran di rumah. Cuma 5 minit sahaja setiap hari untuk sesi pembelajaran di rumah dah memadai, pesan Pn Alwiyah semasa taklimat ini. 

Di TLC, mereka aim kanak-kanak di usia 4 tahun dah pandai membaca dan bersolat. Alhamdulillah. TLC menekankan program Islamic, English dan Kreatif. Bila lihatkan silibus pembelajaran TLC, saya pun turut teruja sama.

Saya berikan Izzat supplement ini untuk bantu dia kekal cergas dan aktif. Alhamdulillah Izzat jarang sakit. Masalah sembelitnya dan kurang selera makan pun dah tiada.  

Moga kekal aktif, sihat dan bijak anakku sayang. Hiduplah sebagai anak yang soleh, hamba Allah yang taat akan perintahNYA, dan memberi manfaat untuk insan lain.  Ameen. 

013-2896454



8 comments:

  1. Assalamualaikum Puan, yuran pendaftaran semua tu kena bayar time daftar atau awl buka sekolah?

    ReplyDelete
  2. Pn Shafiqa, boleh if nak bayar deposit dulu :)

    ReplyDelete
  3. Salam puan hasanah..saya nak tanya antara yuran tahunan dan bulanan. Saya kurang faham..kena bayar yuran tahunan dan bulanan sekali? Atau jika dah bayar yuran tahunan ...byrn bulanan xperlu?

    ReplyDelete
  4. Pn Aniq Salleh, yuran tahunan perlu bayar sebelum sesi persekolahan bermula.

    Yuran bulanan tu setiap bulan perlu bayar kecuali januari (sbb dah include sekali dlm yuran tahunan).

    ReplyDelete
  5. Yuran bulanan pun perlu bayar juga setiap bulan :)

    ReplyDelete
  6. salam puan, brp byr deposit utk daycare?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Ekin Aziz
      Deposit RM1,000 lebih. Saya lupa exact amount. Tu termasuk yuran januari.

      Delete
    2. Salam puan..
      Sy plan nk hantar anak sy (next year 5tahun)
      Utk kindergarten je. Yuran tahunan 1400++ bulanan 250 kan. Masa mula2 daftar tu kena bayar semua sekali ke? Atau boleh bayar half ? Means 1400 tu bayar half + yuran bulan January? Or mcm mn?
      Tq :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...