Monday 10 August 2015

Senaman Khas Wanita Mesti Buat

Otot lantai pelvis, berapa ramai yang tak peduli.

Berapa ramai wanita terutama ibu hamil, isteri-isteri yang kurang menitik beratkan Kegel Exercise, padahal ia sangat penting dalam hubungan suami isteri, dan membantu ibu-ibu hamil sebagai persediaan awal sebelum bersalin.

Tidak kurang ada juga yang tidak tahu apa itu Kegel Exercise, atau juga dikenali sebagai senaman kemut.

Kenapa Kegel Exercise Penting?

Untuk wanita yang tak hamil pun penting untuk buat Kegel Exercise ni. Apatah lagi jika hamil kerana:

1. Membantu menguatkan otot lantai pelvis (pelvic floor muscle). Bila otot lantai pelvis kuat, ia membina  sedikit rintangan untuk kepala bayi menembusinya, jadi bayi akan menundukkan kepala dan ini akan mengecilkan diameter (lebih mudah bayi nak keluar), berbanding mereka yang memiliki otot lantai pelvis yang lemah(kepala bayi sedikit mendongak dan ini menyebabkan diameter kepala lebih besar, jadi lebih bukaan diperlukan). Bila diameter kecil lebih senanglah bayi nak keluar.

2. Bagus untuk para isteri kerana boleh bantu menguatkan kemutan dalam hubungan keintiman. Rajin-rajinkan diri untuk amalkan senaman Kegel ni untuk penambahbaikan dalam hubungan suami isteri. Banyak produk di luar sana yang boleh membantu, tapi lagi bagus jika buat senaman sendiri yang tanpa kos ini. Free jer hehe

3. Mengatasi masalah kencing tak lawas/incontinence urine ataupun pundi kencing lemah. Kejap-kejap nak terkucil. Tambah-tambah time nak solat. Was-was je kan. Jadi bagus amalkan senaman ni.

4. Mengelakkan masalah vaginal prolapse kemudian hari. Masa bekerja dulu saya pernah tengok seorang pesakit dengan masalah ni time nak masukkan tiub kencing padanya. Kasihan. Jadi bagus amalkan untuk elak masalah begini esok-esok. Kuatkan otot lantai pelvis kita.  

Haaa takut kan. Jadi sebagai wanita mesti berjaga-jaga dan rajin buat Kegel Exercise ni tau.

Bagaimana Caranya?

Caranya mudah aje. Tarik nafas dalam-dalam, sambil ketatkan bahagian alat sulit, dalam kiraan 10 (10 saat). Senaman ini boleh dilakukan setiap hari, beratus kali pun takpa ikut kerajinan hehe

Nak mudah, buat begini. Amalkan 1 sesi Kegel Exercise setiap kali sebelum dan selepas solat. Setiap sesi buat 5x exercise ni. Jadi dah boleh dapat 50 kali dalam 10 sesi (5 waktu). Ok laa kan dari tak buat langsung. Kalau dapat konsisten dah cukup bagus 👍👍

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...