Wednesday 26 August 2015

Keberkatan Yang Ditarik

Pernah tak, satu saat anda alami situasi mencemaskan, seperti dikejar anjing, anda berlari sekuat hati sambil berdoa mohon Allah bantu anda? 



Cuba bayangkan bagaimana anda berdoa ketika itu? Pastinya dengan bersungguh-sungguh, penuh pengharapan kan. Dan selalunya doa-doa pada masa begini cepat je Allah makbulkan kan. 

Setiap hari kita berdoa, ada masanya kita berdoa sambil lewa, atau doa yang dah dihafal di mulut bertahun-tahun lamanya, doa tu dah jadi rutin. Ia tak cukup "tembus" ke hati, tak memberi kesan pada hati kita. 

The Power of Submission - kuasa fokus dalam berdoa, kita fokuskan pada setiap bait-bait doa yang kita tuturkan pada Allah SWT. Masa berdoa, kita selarikan fikiran dan emosi kita pada doa yang kita ungkapkan. 

Doa tak kisah bahasa apa pun. Nak bahasa arab pun, kalau tak faham, hanya hafal tahu makna tapi tak menghayati, tak memberi kesan juga. 

Berdoalah dari hati, agar doa kita lebih dekat untuk dimakbulkan Allah. 

Tanda rumahtangga/hidup yang bermasalah, bila ada salah satu tanda di bawah:

  1. Suami isteri sering bertekak walaupun pada perkara yang kecil
  2. Anak-anak banyak kerenah/nakal/meragam lain macam
  3. Duit selalu rasa tak cukup 
  4. Hati selalu rasa sempit, rasa susah hati dan gelisah, hidup tak rasa tenang
  5. Solat selalu tak tenang/tak khusyuk/terkejar-kejar
  6. Tak sempat nak mengaji al-Quran dalam sehari
Cuba kita periksa semula kehidupan kita, ada tak kita lalui perkara di atas? 

Saya ada terbaca tanda-tanda di atas adalah tanda keberkatan yang ditarik dari sebuah kehidupan. Periksa punca rezeki kita dan hubungan kita sesama manusia. Ada tak kita berhutang dengan orang, atau ada tak kita sakiti hati orang lain. Banyakkan beristighfar, perbaiki solat kita, berdoalah seikhlas hati pada Allah, amalkan solat sunat taubat. 

Insya Allah jalan untuk mengubah sebuah kehidupan sentiasa ada. 

Kembali pada agama, kerana Allah itu sentiasa dekat :)

Entry ini juga adalah peringatan untuk diri saya sendiri, selaku hamba Allah yang kerdil dan dalam proses memperbaiki diri sendiri. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...