Friday 21 August 2015

Review Bayou Lagoon Park Resort Melaka


Yeayy kami dah sampai Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.

Errr program start esok tapi biasa la organiser mesti sampai awal kununnya untuk preparation hihiii...

Alhamdulillah..memang sengaja pilih hotel yang ada waterpark utk event group bisnes kali ni, sebab nak meraikan family. Bisnes Shaklee adalah bisnes keluarga. Husband yang banyak support isteri untuk terus berbisnes, anak-anak yang "izinkan" masa bersama mereka kadangkala digunakan untuk urusan bisnes. Jadi saat ini peluang meraikan kegembiraan bersama keluarga. Eh bukan anak je suka main waterpark tau.

Cer tengok gambar tu. Bapak budak pun nak main sama!



Time ni kitorang dah nak balik ke bilik hotel, boleh pulak incik suami kata, tunggu kejap abang nak naik se round. Errrkkkkk! Hahahaha tengok bapak pun teruja nak berseronok sama kan hehehe..Masa saya snap pic ni suami baru lepas keluar dari gelongsor biru tu laa *ampunnnn ku tak tau apa namanya hehehe*

Jom layan gambar-gambar sekitar hotel ni.

Mujur jugak view bilik tak menghadap waterpark. Urmmm kalau tak mungkin setiap 2 minit
anak-anak mintak nak turun main air kuttttt


Bilik saya ni jenis studio room. Luas dan selesa. Ada yang jenis 2 bedroom dalam 1 apartment, ada yang 3 bedroom. Ada yang jenis penthouse. Macam-macam la. Harga? Untuk 1 malam harga RM371 termasuk breakfast untuk 2 dewasa dan 2 ticket waterpark. Untuk kanak-kanak ofkos kena beli asing yer. Hehehe..Tu rate hari ni punya. Esok start event jadi caj pakej program la. Siap makan ngan sewa dewan skali. 



 

Okey..Dah puas ngintai dalam bilik? Jom kita jengah waterpark dia pulak hihiii *ini iklan tak berbayar untuk Bayou Lagoon Park Resort*


Ini swimming pool, ada kat luar waterpark. Tapi anak-anak kalau dah jumpa waterpark, kolam renang depa tak pandang sebelah mata daaaaa..hehehe 


Taraaaa....Ini kawasan anak-anak kita punya. Hihiii tapi ayahnya bawa gak Izzat ngan Insyirah yang baru 3 & 5 tahun pi main kat dewasa. Errk..Kat area ni ofkos air tak dalam pun. Esok boleh la ibu teman anak-anak kat sini. Ayahnya ofkosssss lerr nak main kat tempat dewasa, lagi adventure katanya.. Sapa kata bapak-bapak tak suka main waterpark oii..Rasa macam lagi hoverrr dari anak ada la hihiii (sesedap je mengata kat laki, mementanglah si dia takde blog dan tak baca blog khannnnn)*ampunnn abang hahahha*



Haa ini dewasa punya wilayah. Nak adventure sangat kannn.



Ada bola/belon ni juga (tak tau apa namanya). Esok nak mintak suami dan anak laa masuk dalam tu. Ibu nak snap pic hehehe

Nak gambar lagi?? Uppsss udah-udah ler tu ya. Sekian sahaja jamuan mata malam ini. Anak-anak dah tertidur kepenatan lepas main waterpark petang tadi. Now masa nak touch up slide presentation untuk event esok pula. 

Best kan buat bisnes Shaklee. Sesekali boleh rewards ahli-ahli group yang aktif. MySG Gathering diadakan setiap tahun, bermula tahun lepas. Tahun lepas kami ke Cameron Highlands. Tahun depan? Jeng jeng jeng..

Jom sertai kami jika nak rasa percutian percuma begini hehee 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...