Monday 17 August 2015

7 Peranan Suami Semasa Isteri Berpantang

Para isteri yang melalui proses berpantang semestinya inginkan suami sama-sama membantu anda dalam pantang kan. Saya percaya kebanyakan suami nak sangat bantu isteri yang sedang berpantang, tapi mungkin mereka tak tahu apa yang boleh dilakukan, yalah kadangkala isteri harapkan suami buat itu ini, tapi tak beritahu jadi suami tak tahu. Hehehe..

Jom baca perkongsian saya tentang bagaimana suami boleh bantu isteri semasa berpantang :)

1. Bangun awal pagi dan sediakan mandian untuk isteri. Panaskan air jika tiada hot shower di rumah. Wanita selepas bersalin digalakkan mandi air dedaun seperti daun serai wangi, daun lengkuas, daun mengkudu, daun inai dan sebagainya, untuk pulihkan tenaga dan beri kesegaran pada tubuh. Jika kat bandar susah sikit nak cari kan. Kebanyakan set bersalin ada sediakan pek mandian herba ni. Lagi mudah, cuma rendam pek tu dalam cerek/baldi berisi air panas.

2. Sediakan breakfast untuk isteri walaupun simple seperti biskut tawar cicah air panas untuk alas perut. Ibu berpantang mesti cukup makan untuk tenaga. Nanti nak menyusukan bayi kan.

3. Siapkan tempat baringan isteri untuk berurut. Selalunya tukang urut akan datang ke rumah pada waktu pagi. Sediakan juga minyak untuk mengurut (jika perlu), panaskan batu tungku untuk isteri bertungku nanti.

4. Siapkan keperluan anak-anak yang lain seperti mandikan anak, pakaian dan makanan mereka. Bantu isteri dengan alihkan perhatian anak-anak lain dari membuat bising di kawasan bayi sedang tidur. Selalunya waktu bayi tidur inilah ibu berpantang punyai masa untuk berehat.

5. Bantu isteri semasa menyusukan bayi. Isteri mungkin lenguh dan sakit belakang semasa bayi sedang menyusu, anda boleh bantu dengan melakukn urutan di belakang badan untuk melegakan lenguh/sakit. Caranya dengan meletakkan ibu jari kedua-dua belah jari kanan dan kiri di bahagian tengah pinggang dan diurut menegak ke atas hingga bawah leher menuju ke bahu.

6. Suami boleh buatkan air semasa isteri menyusukan bayi. Air suam/milkbooster seperti minuman coklat, ataupun ESP Shaklee merupakan penggalak susu yang dapat memperbanyakkan susu ibu. Pasti isteri rasa terharu dengan layanan suami sebegini kan :)

7. Ambil alih urusan rumahtangga dalam seminggu pertama isteri bersalin, atau sehingga luka (koyak/episiotomi) sembuh. Seminggu yang pertama, LARANGLAH isteri dari membuat kerja rumah. Berilah masa untuk dirinya pulih selepas mengerah seluruh tenaga dan menggunakan otot-otot penting semasa melahirkan. Isteri dalam berpantang terutama tempoh seminggu pertama ini, berikan si dia peluang untuk pulihkan diri, emosi dan fizikal. Lepas seminggu atau sekurang-kurangnya apabila luka sembuh (bersalin normal sekitar 2 minggu), isteri sudah boleh mula membantu sera sedikit kerja ringan seperti jemur kain (bukan angkat bakul berisi kain ke jemuran ya). Mengangkat berat sangat tidak digalakkan bagi ibu berpantang kerana dikhuatiri jatuh peranakan ibu yang lepas melahirkan.

Mungkin kelihatan sedikit terbeban pada suami untuk menguruskan semua ini. Tapi jika setiap hari suami di rumah meringankan tulang, bantu isteri dalam urusan rumahtangga dan tidak bebankan urusan ini pada isteri seorang, tugas-tugas ini mudah sahaja dilakukan. Yalah, isteri pun melahirkan anak bersama kan. Apa salahnya at least seminggu pertama cuti isteri bersalin dimanfaatkan sepenuhnya untuk betul-betul menjaga isteri yang masih lemah selepas melahirkan. Pasti isteri rasa sangat terharu dan berterima kasih pada suami yang begini. Ia dapat lebih mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. Selain ucapan romantis yang mengambil hati isteri, suami yang hebat adalah suami yang boleh melakukan kerja-kerja rumah, itulah hero rumahtangga :)

Suami juga boleh dapatkan bantuan ahli keluarga/ibu bapa atau jika berkemampuan, boleh dapatkan servis penjagaan ibu dalam pantang yang menawarkan khidmat memasak untuk ibu selepas bersalin turut disediakan.

Semoga entry ini bermanfaat untuk bakal ibu/bapa, suami/isteri dan para ibu yang berpantang nanti :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...