Friday 28 August 2015

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Anak

Kadang-kadang pada waktu hujung minggu, malas nak keluar rumah jalan-jalan kan. So beraktiviti di kawasan sekitar rumah je.

Since rumah kami jenis kuaters (flat), maka sesuai buat kat luar rumah area koridor je la, Jika rumah yang ada halaman rumah lagi laa best hehe..

Hujung minggu beraktiviti bersama anak, kadang-kadang buat kelas belajar, ini pembelajaran secara tak langsung untuk anak-anak, bermain KINETIC SAND. Kinetic sand ni sejenis pasir, cuma ia tak berterabur dan tak melekat kat tangan. Jadi takde la tangan tu kotor je kan.

Sesuai sangat untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. 3 tahun dah cerdik sket so takde la depa masukkan dalam mulut kan. Excited anak-anak tunjukkan kreativiti masing-masing.

Apa bahan yang saya sediakan?
* Kinetic sand
* Bubble
* Mould (saya cuma guna mainan sedia ada - bekas mainan lego dan scoop susu formula)

Bagusnya aktiviti ni, kita sama-sama libatkan diri bersama anak. Beri pujian bila anak berjaya hasilkan bentuk, dan beri galakan bila mereka tak dapat hasilkan bentuk yang sepadan. Seronok, bukan anak sahaja, mak yang join sama pun suka :)

Malah jika kanak-kanak hyperactive, ini satu aktiviti yang sangat menarik untuk mereka. Saya dapat tahu masa tonton siaran wanita hari ini tentang isu kanak-kanak hyperactive.

Jom lihat bagaimana mereka berdua tunjukkan kreativiti mereka hehe :)




Jika anda berminat membeli Kinetic Sand ini, anda boleh beli di sini untuk dapatkan harga yang murah dari pasaran :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...