Wednesday 16 September 2015

9 Teknik Ajar Anak Membaca Iqra'

Saya nak kongsikan teknik yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak membaca, khususnya Iqra' bagi anak-anak pra sekolah (2-5 tahun). Mungkin ada yang boleh dimanfaatkan dari entry ini, boleh kongsikannya, jika ada pandangan/teguran mahu disampaikan, boleh tulis di ruangan komen untuk saya perbaiki ya. Yalah, teknik saya tak semestinya betul, mungkin ada silapnya kan. 

Ajar anak mengenal Quran seawal usia mereka
  1. Pada saya its okey anak tak diperkenalkan dengan satu persatu huruf hijaiyyah (alif, baa, taa, dal, nun dll) tapi terus fokus pada baris (baris atas - fathah, baris bawah - kasroh, baris depan - dommah). Sebab bila baca Quran, berapa ayat je yang ada Alif, Lam, Mim, (sebut satu-satu huruf). Malah dalam Muqaddam sendiri terus teknik membaca. Bukan tak ajar langsung, tapi tu dalam sesi lain. If nak ajar pun boleh, tak salah. Cuma saya perhatikan teknik di sekolah-sekolah, mereka kebanyakannya terus terapkan style "baca", bukan style kenal huruf satu persatu. 
  2. Normal untuk anak-anak sebut tak tepat. Usah lekas melenting ya mak ayah. Dulu saya jenuh jugak duk perbetulkan sebutan anak, nakkkk jugak baca betul ikut makhraj (sebutan yang betul bagi huruf), contohnya macam dzal (dal, dzal, ro), dzal tu kan sebetulnya lidah berada di belakang gigi. Anak baru 4 tahun masa tu tapi ibu sibuk nak baiki makhraj. Then saya notice kesilapan saya. Its okey biarkan anak-anak dengan minor mistake, lagipun ia kan satu proses pembelajaran. Kesilapan boleh diperbetulkan, tapi tak perlu terlalu menekan anak-anak. Mereka kan masih kecil. Later each huruf yang dia pelajari adalah satu pelajaran. Kalau nak tunggu sebut dengan betul makhraj semua huruf alamatnya masuk darjah 1 nanti muqaddam pun tak start lagi hehehe
  3. Bila anak dah mahir baris fathah, kasroh, dommah, perkenalkan pula dengan tanda tanwin. 
  4. Kemudian ajarkan baca huruf bersambung pula, contohnya baca fa a' la.  Seeloknya biar dia mahir fathah, kasroh, dommah, sukun (tanda mati) dan tasydid (tanda sabdu). Biasakan anak-anak kenal huruf yang bersambung, sebab nanti dia akan hadap yang itu bila baca Quran esok-esok. 
  5. Sekurang-kurangnya bila anak dah kuasai teknik ini, ibu bapa sudah boleh mulakan dengan muqaddam, kerana dia dah kenal baris, huruf bersambung dan cara bacaan. Kemudian perlahan-lahan perbetulkan hukum tajwid, makhraj. 
  6. Untuk anak-anak pra sekolah, sebelum mulakan muqaddam, saya pelbagaikan teknik mengajar di rumah. Ada waktu formal anak-anak duk mengadap baca Iqra' (seperti dalam gambar kat atas), selalunya waktu mengaji ialah lepas solat Maghrib, jika suami ada, beliau yang ajarkan, jika beliau ke masjid, saya ajarkan di rumah, jika anak-anak ikut sama ke masjid, Iqra' bawa ke masjid juga. No ngelat hihiii..Kadang malam kami keluar, jadi anak-anak akan baca di siang hari. 
  7. Ada waktunya pembelajaran Iqra' berlaku secara santai, selalunya saya jadikan aktiviti petang anak-anak, saya buatkan kad, buat teka teki kat anak-anak. Anak-anak pun suka aktiviti sebegini, berbanding duduk mengadap "guru mengaji" (kami je pun hehehe) yang kadangkala lebih tegas berbanding aktiviti santai suka suki. 
  8. Secara peribadinya saya berpendapat, sebagai ibu bapa, kita perlu tetapkan bila anak perlu start baca muqaddam, habiskan muqaddam, bila perlu khatam Quran 30 juzuk. Saya belajar dari mak saya, beliau ada target sendiri. Anak-anak perlu khatam Quran (termasuk betul tajwid semua) sebelum masuk tingkatan 1. Sebab bila dah sekolah menengah, anak-anak mula tinggal di asrama, jauh dari ibu bapa. Anak-anak yang belum mahir membaca Quran dengan tajwid yang betul tak sewajarnya dibiarkan membaca Quran sendiri tanpa berguru (guru kat depan, bukan guru elektronik, supaya guru boleh menegur dan memperbetulkan kesilapan). 
  9. Jika ibu bapa kurang ilmu untuk mengajar anak-anak mengaji Quran, bagus untuk mereka hantar pada guru mengaji. Dan dalam masa yang sama, ibu bapa itu sendiri perlu memperbaiki bacaan mereka. Bila kita nak anak pandai mengaji Quran dengan betul, kita sebagai ibu bapa pun mesti tunjukkan contoh yang baik dan betul pada anak-anak. 
Gambar-gambar di bawah antara aktiviti santai kami anak beranak. 
 



Saya sangat mengalu-alukan jika ada ibu bapa yang ingin kongsikan cara anda mendidik anak-anak pula. Saya juga nak belajar dan perbaiki mana yang perlu. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen ya :)

Terima kasih kerana sudi membaca dan kongsikan entry ini untuk manfaat ibu bapa lain :)

7 comments:

  1. Menarik boleh dipraktik nanti..

    Assalamualaikum.. berita baik pendaftaran qurban kemboja telah dibuka..untuk keterangan lanjut boleh baca blog dibawah👇🏻👇🏻

    http://qurbankemboja.blogspot.my/?m=1

    Tour guide cambodia/vietnam

    Hubungi 0136912172

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum w.b.t, jzkk atas perkongsian..mohon halalkan ilmunya ya..😊

    ReplyDelete
  3. Salam puan...cmne nk buat sendiri kad imbas utk huruf hijaiyah

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg menarik.. Cuma anak saya xboleh fokus untuk mengaji.. Macam mab
    Na ye?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum puan,sy nak tnya,anak saya 3 tahun mcm mn nk ajr dia huruf panjang pendek...huruf bersambunh dy tahu..

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yangmenarik. Pelbagaikan cara mengajar Iqra secara santai dan strict amat bagus. anak2 pun tak mudah hilang fokus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...