Friday 4 November 2016

Persediaan Bercuti ke Pulau Langkawi


Pada 31 Oct - 2 Nov 2016 yang lepas, kami sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi.  

Macam biasa sebelum bercuti ke mana-mana,  husband memang selalu bagi task kat saya untuk buat A-Z preparation.  Boss drive je - tu pun dah syukur boss sudi bawak kitorang bercuti kikiii πŸ™ˆ

Jadi ada la beberapa persediaan yang saya buat.  

Sebenarnya trip ni kali kedua saya ke Langkawi.  Kali pertama 4 tahun lepas. Masa tu 2 orang anak.  Kali ni ke Langkawi dengan suami,  4 orang anak dan mak mertua.  

Ok meh la saya nak share sikit planning yang saya buat.  Mungkin bermanfaat untuk anda yang pertama kali nak gi Langkawi kan hihii 

1. Download peta Pulau Langkawi 

Aah ni yang saya buat mula-mula sekali.  Heheeee 

Sebab nak tentukan tempat-tempat menarik yang nak dilawati terlebih dahulu,  tempat penginapan dsb. 

2. Tentukan tempat penginapan

Saya pilih 2 hotel untuk percutian 3D2N ni.  Hari pertama saya pilih penginapan di tepi pantai Cenang, Best Star Resort.  Hari kedua saya pilih Citin Hotel di pekan Kuah. 

Ok cakap bab hotel ni kan,  pilih la ikut bajet dan keselesaan masing-masing. Saya booking siap-siap melalui agoda. Lepas booking,  saya call hotel untuk buat confirmation.  Dan sehari sebelum ke Langkawi saya call hotel sekali lagi.  

Saya tak pilih yang mahal sebab rasa tak berbaloi, gi langkawi nak jenjalan. Hotel sekadar nak tidur je. Hotel biasa-biasa pun boleh la πŸ˜‚

Tapi, bab hotel ni ada kisah tersendiri.  Saya cerita dalam entry lain ya. Korang mesti baca entry tentang hotel ni tau.  Ada benda nak cerita πŸ˜…

3. Kereta Sewa

Pilih kereta sewa yang bersesuaian dengan jumlah penumpang.  

Since saya pergi satu keluarga 7 orang termasuk baby,  saya decide untuk pilih MPV 7 seat. Selesa untuk kami sekeluarga. 

Cun dak kete kami?  Eh kete sewa jaa πŸ™ˆ

Pencarian demi pencarian dibuat, saya terjumpa fb Kereta Sewa Langkawi.  

Ya Allah nak cerita baiknya la empunya kereta ni.  Layanan baik. Harga murah.  Condition kereta tip top. Bersih sangat. Kereta baru lagi tau. Tang ni memang suami saya puas hati sangat-sangat.  Masa terima kereta tu,  tak habis-habis suami puji. Hihiii 

Kembang jugaklah hidung mancungku ini sebab saya yang cari khennnn kikikii 😝

Masa booking tu saya stalk juga fb owner ni untuk pastikan trusted owner kan, untuk elakkan ditipu. Nampak fb meyakinkan. So saya contact, dapat grand livina pada harga RM300 untuk 3 hari 2 malam.  

Saya minta diskaun sikit,  so dapatlah RM280.  Nak nangis rasa dapat harga tu πŸ˜‚

Murah kan?  Dah la peak season sebab cuti deepavali.  Rata-rata owner kereta sewa yang saya hubungi beri harga dalam RM320-360. 

Yelah nak kena bajet sebab banyak lagi perbelanjaan lain nanti kan πŸ™ˆ

So saya terus buat bayaran booking RM140.  Bakinya kami bayar semasa ambil kereta di jeti pekan Kuah. 

Okey ini no owner kereta sewa tu.  Incik Mohd (011-12522433). 

4. List tempat yang ingin dilawati

Yang ini memang saya buat list,  at least sampai sana dah ada planning kat mana nak jalan-jalan. 

Dalam planning dan actual yang kami pergi:
1. Underwater World
2. Galleria Perdana - unplanned
3. Skycab 
4. Museum 3D
5. Beras Terbakar - unplanned
6. Makam Mahsuri - ni je yang tak pergi 


Saya beli tiket untuk naik kereta kabel secara online di website Panorama Langkawi.  Beli combo B (tiket kereta kabel dan tiket masuk ke Museum 3D)   untuk 3 dewasa dan 3 kanak-kanak.  
Anak usia bawah 2 tahun percuma.  Dah jimat 1 tiket hihii 

Kenapa pilih untuk beli tiket secara online? 

Sebab saya ke Langkawi masa cuti deepavali,  berkemungkinan tinggi untuk beratur panjang di kaunter tiket. 

Jadi solusinya,  beli je la tiket secara online.  Nanti print bukti pembelian tu (dia hantar ke emel)  dan redeem tiket di kaunter khas. 

Sekejap je.  Tak perlu beratur panjang lagi 😍

Perit juga sebab pengalaman pertama ke Langkawi dengan 2 anak kecil,  kami terpaksa beratur panjang untuk dapatkan tiket.  

Kali ni smooth je naik kereta kabel dengan gembira πŸ˜‚

Ok untuk entry kereta kabel punya tiket ni nanti saya share next entry ya.  
Bye.. Kami nak pi langkawi 😍
Panjang pula celotehnya hihiii

Ingat pendek jerr kikii

Okey selamat menelaah entry ini ya.  

Nanti rajin saya sambung kisah drama pahit masin suka duka masam manis pedas kat Pulau Langkawi.  

Till we meet again 😊


4 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu cerita sambungannya��

    ReplyDelete
  2. Thanks for reading ��

    Nantikan sambungannya ya ��

    ReplyDelete
  3. Thanks for reading ��

    Nantikan sambungannya ya ��

    ReplyDelete
  4. What is the maximum withdrawal amount? - DRMCD
    What 읡산 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ is the maximum withdrawal amount? How many times will the withdrawal amount be κΉ€μ œ 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ reduced λΆ€μ²œ 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ for an 곡주 좜μž₯샡 unclaimed card? How do withdrawals work? How 정읍 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ much can I withdraw money from a winnings

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...