Saturday 20 September 2014

Master Celebration: Untungnya Diraikan Sebagai Master!

Alhamdulillah. 

Siang tadi berpeluang ke majlis sambutan Master Celebration Master Termuda Malaysia (mungkin di dunia juga, siapa tahu?), Master Siti Farhana atau nama mesranya Nana. 

Tinggal anak-anak bersama bibik since baby Irfan tidur, kami decide tak bawa anak. Maka berdatinglah kami suami isteri ke JW Marriott, Putrajaya. 

Comel tak Kak Ton?? Hihii penangan Collagen!
Sampai hotel Marriott yang sangatlah mewah tu, kami mendaftar kemudian menjamu selera. Makan ikut suka, sedap tak ingat dunia. Al-maklum. Kita orang biasa-biasa. Gi hotel pun masa zaman student time event besar je. Pastu join Shaklee memang kerapppppp sangat gi hotel hehee..

Seee...sempat lagi tarik depa bergambar bersama heheee


Acara pemakaian sash oleh Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim . Seronok kan menjadi insan yang diraikan. Ibarat pengantin baru! Berkahwin kali kedua (dalam Shaklee) bersama orang yang sama. Diraikan dalam majlis yang gilang gemilang. 



Selepas ucapan dari Master Iffah, giliran ucapan Master yang diraikan. Ucapan yang sangat menyuntik semangat dalam diri. Master Nana berkongsi kisah kejayaannya dalam Shaklee bersama dengan para tetamu. So inspiring and successful story from this iron lady!

Sungguh, setiap perjalanan menuju kejayaan, tak dihamparkan karpet merah, sebaliknya penuh onak dan duri yang perlu dilalui, perlu tempuhi pahit manis perjalanan. Hasilnya, selepas berpenat lelah, kejayaan itu sangatlah manis untuk dikecapi. 

Saya rasa sangat bersemangat untuk terus membangunkan empayar bisnes di bawah naungan kami, MySG untuk lebih berjaya!


Kami menghulurkan sendiri hadiah istimewa untuk Master Nana. Semoga Master Nana gembira menerima sedikit hadiah dari kami. Uitttt, takleh lepaskan peluang bergambar bersama insan yang diraikan! 


Alhamdulillah, sempat juga bertemu dan beramah mesra bersama anak didik bisnes yang turut datang ke majlis ini. Di sini kami luaskan pergaulan, jumpa rakai rakan-rakan bisnes dan bertukar-tukar idea serta pandangan untuk memajukan empayar kami masing-masing. Itulah yang sangat saya sukai bila bertemu dalam majlis anjuran Shaklee ini :)

Bersama Syuhada, 2nd level saya

Bersama Emma, anak didik saya
Sangatlah seronok menghadiri majlis Master Celebration. Dan jauh lebih seronok menjadi Master yang diraikan. Naik master, Shaklee sponsor RM50ribu untuk majlis gilang-gemilang seperti ini meraikan kejayaan kita. Sapa tak nak kan. 

Doakan saya cepat naik master ya. Insya Allah nanti Master Celebration saya, semua pembaca blog saya jemput. Eh! Jauh ke situ pulak..hehee tak salah berimpian kan kan. 

Melakar impian, insya Allah, Allah lorongkan laluan saya menuju tangga MASTER COORDINATOR! 

Master Hasanah (M2B)
Jika anda ingin bersama saya membina empayar bisnes Shaklee anda sendiri, saya sedia memberikan tunjuk ajar. Jom kita sama-sama mara ke puncak kejayaan! Hubungi saya di SINI untuk saya bimbing anda! 

M2B Hasanah
013-2896454

Nota kaki: 
Saya menggunakan Shaklee Collagen Powder serta rangkaian penjagaan wajah Nutriwhite dari Shaklee untuk kulit bersih berseri, licin dan lembut. 

2 comments:

  1. sanah..hari ke berapa bercollagen ni?memang kulit lain sangat dari yang last kak kay tengok masa kat Cameron haritu..

    ReplyDelete
  2. Baru 2 minggu telan Collagen kak kay. Alhamdulillah memang rasa kulit moist sangat bila konsisten guna Collagen. hihii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...