Wednesday 23 July 2014

Ramadhan Kali Ini..


Assalamualaikum

Dah lama sangat sebenarnya tak tulis blog. Ish ish ishhhhhh... Dasat! Last entry adalah pada Mac! 

Lagi 4 hari nak raya baru nak buat entry pasal Ramadhan. Uhuk uhuk! Bertambah dasat kau!

Semalam ada sambutan berbuka puasa bersama staff Pusat Islam, UPNM bersama keluarga. Yelah. Suami saya kerja di sana. Tidak la besar-besaran, ada laa dalam 7-8 famili kalau tak salah. Ada ucapan dari ketua depa, tak ramai yang saya kenal, ada beberapa, dan ada acara pemberian saguhati pada staff yang bertungkus lumus menjayakan Ihya' Ramadhan.

Apa yang paling touching bagi saya, ucapan dari mejar Daud, saya kenal beliau dan isteri sebab banyak kali jugak gi rumah dan aktiviti yang jumpa beliau. Ucapan beliau yang sangat touching itu;

"Kepada pada isteri yang mencurigai suami, suami asyik pulang lewat, jangan risau, itu adalah atas arahan saya"

Cewaaaaahhhh..sejuk rasanya hati-hati para isteri yang hadir. heheheee termasuklah saya! Yelaa, asyik takde kat rumah je kan. Tentera kan kena dengar arahan pegawainya.

Alhamdulillah.. Saya rasa jika satu jabatan bina bonding sebegini dengan staff dan keluarga, insya Allah takde masalah besar untuk tackle hati isteri yang suaminya asyik buat kerja luar. Kikikiiii..

Alhamdulillah, bersyukur sebab setiap kali suami masuk hutan/kursus (baca: outstation) pasti beliau akan tunjukkan surat arahan sebagai bukti. Heheee jadi tak la curiga manjang kan kan. Napa incik suami asyik kursus jek nih. Okesss :)

Anyway, Ramadhan ada lagi 3 hari sahaja sebelum melabuhkan tirainya, jom pertingkatkan amalan kita. Allah dah beri kita peluang untuk kita berjumpa Ramadhan kali ini. Takkan kita nak sia-siakan kan. Kang tahun depan tak berkesempatan jumpa canne tuh.



Selalu bila dah Rejab, Syaaban, ramai yang berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan, bulan pengampunan. Ada hadis Nabi yang menyebut, "Barangsiapa yang setelah berakhirnya Ramadhan dan dosanya tidak diampunkan, sesungguhnya rugilah dia."

Jangan kita tergolong di kalangan mereka yang rugi itu.

*****************************************

Promosi Shaklee Julai 2014 masih berlangsung. 

Siapa nak cantik gebu menjelang Ramadhan, masih sempat nak dapatkan Vivix dari saya.

Salam sayang,
Hasanah 
013-2896454

1 comment:

  1. hihihi selamat hari raya, sanah! samalah kita baru update blog hari nih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...