Thursday 14 November 2013

Bersalin Dengan Shaklee

Hari ke 24 berpantang.

Alhamdulillah, kali ni berpeluang merakam kisah kelahiran anak ketiga kami, Irfan bin Imran.

Saya amalkan Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandungkan Irfan. 2 minggu sebelum tarikh jangka bersalin, saya pulang ke kampung di Kelantan untuk bersalin dan berpantang di sana. Habis cuti 2 minggu masih belum bersalin. Oh! Overdue pulak!

Pada 23/10/13, mulai terasa kontraksi yang tak berapa sakit, setiap 15 minit jam 4 pagi. Jam 5 pagi semasa kontraksi mulai ketara dan tak tertahan, menuju ke hospital, bukaan baru 4 cm. Tanpa ubat tahan sakit mahupun gas antonox, bukaan dah pun 8cm pada 6.10 pagi. Jam 6.18 pagi dah selamat bersalin Irfan. 

Fuuuhhh! Lega. Lepas aje push, baby keluar, rasa bersyukur dan lega yang tak terhingga. ESP sungguh buat saya lebih bertenaga untuk kelahiran kali ini. Sebelum ke hospital, saya minum segelas milo dan ESP dan telan 4 biji Ostematrix, supaya lebih bertenaga untuk meneran. 

Beza? Memang sangat berbeza. 2 kelahiran sebelum ini, lepas push baby, memang lembik dan rasa letih tak yah cakap. Penat, rasa nak tidur lepas "bekerja keras"  "mengeluarkan" baby. Tapi kali ni lain sangat. Saya masih bertenaga lepas baby keluar, diletakkan di atas dada saya untuk stimulasi. Saya gigih menyusukan si comel Irfan. Siap rasa nak duduk je sambil breastfeed dia..hehehe..

Koyak pun tak banyak, koyak sebab ada terangkat punngung semasa kontraksi sebelum push tu. Nak buat camne, tak sedar walaupun memang dah beringat..hahaha..alhamdulillah, 5 jahitan je.

Kali ni dengan Set Berpantang Shaklee, badan rasa lebih segar dan sihat, luka pula cepat sembuh berbanding kelahiran sebelumnya. Luka pun cantum elok aje..segala puji bagi Allah.

Di mana saya berpantang? Memandangkan rumah mak dan mertua dekat sesangat, maka bergilirlah saya. Hehe..Berpantang makan, pepagi dan petang bersauna, mandian herba, berurut, bertungku dan berbengkung. Semua itu membantu memulihkan kesihatan ibu dan membantu ibu dapatkan berat badan yang asal sebelum mengandung. 

Insya Allah, selepas ini, mahu mencuba Lecithin pula. Lecithin - produk super hot untuk menurunkan berat badan dan mengelakkan clog duct bagi ibu menyusu!

Nak tahu kisah penyusuan saya dan bagaimana saya mengatasi masalah penyusuan? 

Jangan lupa jadi follower blog ini ya :)

_______________________
Hasanah 
Your Breastfeeding Partner
013-2896454

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...