Friday 13 September 2013

Tips Memudahkan Urusan Rumahtangga

Hari ni hujung minggu, kebiasaannya waktu yang sesuai untuk para ibu mengemas dan menyusunatur keadaan rumah kan.

Di sini saya kongsikan sedikit panduan, pengalaman dari para ibu di kumpulan khas IIS, bagaimana menguruskan rumahtangga terutama bagi ibu yang sentiasa sibuk bekerja.


DAPUR:

1. Kupas bawang banyak-banyak letak dalam freezer. Jangan basuh supaya tahan lama. Cepatkan kerja-kerja memasak.
2. Setiap mlm sebelum tido turunkan ayam+ ikan beku dari bahagian freezer ke bahagian chiller...
3. Siapkan cili kering yg dah diblend dan campuran bwg putih bwg merah yg dh diblend n simpan dlm fridge
4. Sayur yg leceh nk siang (byam, kangkung n etc) siang siap2, letak dlm zipper bag(cosway punya) boleh tahan sehingga seminggu dlm tu tanpa layu. Ni utk cepat dan mudah buat bubur anak 
5.  ikan / ayam / sotong etc (barang basah), pack kan dalam plastik kecik2 utk sekali masak. basuh siap-siap (untuk elakkan bakteria) dan letak garam kunyit terus. Juga ayam /sotong/daging etc dadu kecil-kecil utk masak sayur, tomyam, bubur anak etc..[Boleh guna bekas kecil / zipper cosway etc utk storage].
6. Buat sendiri resepi garam kunyit tu buat sendiri, buat banyak terus.. blender serai, kunyit, garam, halia, bawang putih...sukatan suka hati... boleh guna utk ayam, ikan samada dibakar atau goreng.
7. Hujung minggu, buat sambal banyak terus, blender cili merah, bawang dll terus masak. dah sejuk masukkan dalam peti. nak bekukan pun boleh.. nnt kalau nak masak ayam masak merah @ masak pedas, ikan ke, sambal udang ke, sambal tempe ke... just goreng je benda2 tu n last skali letak sambal yang dah ready.
8. msak buat 2-3 jnis lauk yg utk kuantiti 2-3 kali mkn. Asingkn siap2 ikut portion pastu msuk freezer. Ble nk mkan selang seli lauk supy xbosan. Cume sayur je msak fresh.
9. manfaatkan tanah yang ada kat rumah, supaya tidak la nak masak semua kena beli. jimat masa dan duit (tanam serai, lengkuas, ulam2an, cili, daun kesum, bendi etc). Tanam serai kn rumpun besar skit..korek lubang dlm br msuk rumpun serai..klau tnm kesum n pndn..ltk sabut keliling supaya sejuk n berair.
10. Masak dan bawa bekal ke pejabat untuk jimatkan belanja dan berkhasiat :-)
11. Masak nasi lebih sikit untuk dinner, lebih buat nasi goreng pagi esok.
12.belanja brg basah seminggu sekali....keje everyday masak sebbb anak2 akk bekalkn ngn makanan gi umah pengasuh...bwg dah siap blend...lade kering dah siap kisar,ayam/ikan dah siap satu bekas satu hari yg dah bersih,sayur potong mlm bungkus ngn plastik lekat yg putih tu...dalam peti..bangun tido,, boleh terus masak x buang mase..plg lm dok dapur 1jam...biase 30 minit gerenti boleh siap.




PAKAIAN:

1. Gosok baju kerja untuk seminggu ketika cuti hujung minggu.
2. Kalu bash Baju, hang terus dgn hanger Dan bila kering terus gantung dlm almari.bj yg ltk hanger jgn biarkan dlm bakul baju lama2 nnt berkedut dan susah nak gosok.
3. baju anak-anak Kalau dilipat, pastikan dilipat berpasangan, cthnya seluar jean& tshirt. Jadi tak bersepah2.
3. lipat n gulung baju then ikat baju2 anak dia dgn getah supaya tak sepah bila depa tarik.
4. Lipat baju sambil tengok TV
5. Basuh baju seminggu empat kali atau basoh baju ketika waktu mlm...memudahkan bagi mak-mak yg bekerja..dan menyangkutkan terus

BILIK TIDUR:

1. Tukar cadar katil 1 / 2 bulan sekali.

ANAK-ANAK:

1. Kalau hantr anak ke nursery/pengasuh, diaper n baju hntr utk seminggu terus. Susu je kena bekalkan setiap hari (susu ibu). Supaya pagi2 x kelamkabut uruskan bakul anak ke nursery.
2. Anak yang fully pakai cd (cloth diapers), jd ms lipat tu masukkan insert siap2 dan asingkan mana yg siang hr, mana yg 2 insert utk mlm, masukkan terus, jd jmat masa sket.
3. Bagi anak2 makan kenyang sebelum buat keje supaya tak diganggu :-)

LAIN-LAIN:

1. kemas umah yg betul2 punya setiap jumaat petang lepas sekolah.....sabtu ahad relex....kalu kemas biasa tgk keadaan umah...kdg 2 hr skali sapu sampah n mop....dapur kena hr2...
2. Minta pertolongan suami dengan baik.
3. sume keje di 'simple' kan.. antaranya beli bj yg tak yah iron..so tak de isu nak iron bj selalu

Pengorbanan seorang ibu itu besar, sama-samalah kita mendidik hati, dijauhi dari sifat mengeluh apatah lagi berasa kerja-kerja ini membeban dan menyusahkan.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...