![]() |
| Mujur jugak view bilik tak menghadap waterpark. Urmmm kalau tak mungkin setiap 2 minit anak-anak mintak nak turun main air kuttttt |
Friday, 21 August 2015
Review Bayou Lagoon Park Resort Melaka
Wednesday, 19 August 2015
Persediaan Program MySG Gathering & Recharge
Semalam seharian keluar mencari barangan untuk event group bisnes Shaklee di bawah naungan saya.
Program ini adalah family day (gathering) sambil menjana caj positif sesama ahli, bertukar-tukar aura gitew!
Tak sabar rasanya nak ketemu downlines yang aktif berbisnes dalam jaringan kumpulan kami 👍
Hehee mujurlah ada si cilik yang rajin nak tolong ibunya packing untuk goodies bag.
Doakan ya moga program kami hujung minggu ini berjalan lancar dengan izinNYA.
Monday, 17 August 2015
7 Peranan Suami Semasa Isteri Berpantang
Para isteri yang melalui proses berpantang semestinya inginkan suami sama-sama membantu anda dalam pantang kan. Saya percaya kebanyakan suami nak sangat bantu isteri yang sedang berpantang, tapi mungkin mereka tak tahu apa yang boleh dilakukan, yalah kadangkala isteri harapkan suami buat itu ini, tapi tak beritahu jadi suami tak tahu. Hehehe..
Jom baca perkongsian saya tentang bagaimana suami boleh bantu isteri semasa berpantang :)
1. Bangun awal pagi dan sediakan mandian untuk isteri. Panaskan air jika tiada hot shower di rumah. Wanita selepas bersalin digalakkan mandi air dedaun seperti daun serai wangi, daun lengkuas, daun mengkudu, daun inai dan sebagainya, untuk pulihkan tenaga dan beri kesegaran pada tubuh. Jika kat bandar susah sikit nak cari kan. Kebanyakan set bersalin ada sediakan pek mandian herba ni. Lagi mudah, cuma rendam pek tu dalam cerek/baldi berisi air panas.
2. Sediakan breakfast untuk isteri walaupun simple seperti biskut tawar cicah air panas untuk alas perut. Ibu berpantang mesti cukup makan untuk tenaga. Nanti nak menyusukan bayi kan.
3. Siapkan tempat baringan isteri untuk berurut. Selalunya tukang urut akan datang ke rumah pada waktu pagi. Sediakan juga minyak untuk mengurut (jika perlu), panaskan batu tungku untuk isteri bertungku nanti.
4. Siapkan keperluan anak-anak yang lain seperti mandikan anak, pakaian dan makanan mereka. Bantu isteri dengan alihkan perhatian anak-anak lain dari membuat bising di kawasan bayi sedang tidur. Selalunya waktu bayi tidur inilah ibu berpantang punyai masa untuk berehat.
5. Bantu isteri semasa menyusukan bayi. Isteri mungkin lenguh dan sakit belakang semasa bayi sedang menyusu, anda boleh bantu dengan melakukn urutan di belakang badan untuk melegakan lenguh/sakit. Caranya dengan meletakkan ibu jari kedua-dua belah jari kanan dan kiri di bahagian tengah pinggang dan diurut menegak ke atas hingga bawah leher menuju ke bahu.
6. Suami boleh buatkan air semasa isteri menyusukan bayi. Air suam/milkbooster seperti minuman coklat, ataupun ESP Shaklee merupakan penggalak susu yang dapat memperbanyakkan susu ibu. Pasti isteri rasa terharu dengan layanan suami sebegini kan :)
7. Ambil alih urusan rumahtangga dalam seminggu pertama isteri bersalin, atau sehingga luka (koyak/episiotomi) sembuh. Seminggu yang pertama, LARANGLAH isteri dari membuat kerja rumah. Berilah masa untuk dirinya pulih selepas mengerah seluruh tenaga dan menggunakan otot-otot penting semasa melahirkan. Isteri dalam berpantang terutama tempoh seminggu pertama ini, berikan si dia peluang untuk pulihkan diri, emosi dan fizikal. Lepas seminggu atau sekurang-kurangnya apabila luka sembuh (bersalin normal sekitar 2 minggu), isteri sudah boleh mula membantu sera sedikit kerja ringan seperti jemur kain (bukan angkat bakul berisi kain ke jemuran ya). Mengangkat berat sangat tidak digalakkan bagi ibu berpantang kerana dikhuatiri jatuh peranakan ibu yang lepas melahirkan.
Mungkin kelihatan sedikit terbeban pada suami untuk menguruskan semua ini. Tapi jika setiap hari suami di rumah meringankan tulang, bantu isteri dalam urusan rumahtangga dan tidak bebankan urusan ini pada isteri seorang, tugas-tugas ini mudah sahaja dilakukan. Yalah, isteri pun melahirkan anak bersama kan. Apa salahnya at least seminggu pertama cuti isteri bersalin dimanfaatkan sepenuhnya untuk betul-betul menjaga isteri yang masih lemah selepas melahirkan. Pasti isteri rasa sangat terharu dan berterima kasih pada suami yang begini. Ia dapat lebih mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. Selain ucapan romantis yang mengambil hati isteri, suami yang hebat adalah suami yang boleh melakukan kerja-kerja rumah, itulah hero rumahtangga :)
Suami juga boleh dapatkan bantuan ahli keluarga/ibu bapa atau jika berkemampuan, boleh dapatkan servis penjagaan ibu dalam pantang yang menawarkan khidmat memasak untuk ibu selepas bersalin turut disediakan.
Semoga entry ini bermanfaat untuk bakal ibu/bapa, suami/isteri dan para ibu yang berpantang nanti :)
Monday, 10 August 2015
Senaman Khas Wanita Mesti Buat
Otot lantai pelvis, berapa ramai yang tak peduli.
Berapa ramai wanita terutama ibu hamil, isteri-isteri yang kurang menitik beratkan Kegel Exercise, padahal ia sangat penting dalam hubungan suami isteri, dan membantu ibu-ibu hamil sebagai persediaan awal sebelum bersalin.
Tidak kurang ada juga yang tidak tahu apa itu Kegel Exercise, atau juga dikenali sebagai senaman kemut.
Kenapa Kegel Exercise Penting?
Untuk wanita yang tak hamil pun penting untuk buat Kegel Exercise ni. Apatah lagi jika hamil kerana:
1. Membantu menguatkan otot lantai pelvis (pelvic floor muscle). Bila otot lantai pelvis kuat, ia membina sedikit rintangan untuk kepala bayi menembusinya, jadi bayi akan menundukkan kepala dan ini akan mengecilkan diameter (lebih mudah bayi nak keluar), berbanding mereka yang memiliki otot lantai pelvis yang lemah(kepala bayi sedikit mendongak dan ini menyebabkan diameter kepala lebih besar, jadi lebih bukaan diperlukan). Bila diameter kecil lebih senanglah bayi nak keluar.
2. Bagus untuk para isteri kerana boleh bantu menguatkan kemutan dalam hubungan keintiman. Rajin-rajinkan diri untuk amalkan senaman Kegel ni untuk penambahbaikan dalam hubungan suami isteri. Banyak produk di luar sana yang boleh membantu, tapi lagi bagus jika buat senaman sendiri yang tanpa kos ini. Free jer hehe
3. Mengatasi masalah kencing tak lawas/incontinence urine ataupun pundi kencing lemah. Kejap-kejap nak terkucil. Tambah-tambah time nak solat. Was-was je kan. Jadi bagus amalkan senaman ni.
4. Mengelakkan masalah vaginal prolapse kemudian hari. Masa bekerja dulu saya pernah tengok seorang pesakit dengan masalah ni time nak masukkan tiub kencing padanya. Kasihan. Jadi bagus amalkan untuk elak masalah begini esok-esok. Kuatkan otot lantai pelvis kita.
Haaa takut kan. Jadi sebagai wanita mesti berjaga-jaga dan rajin buat Kegel Exercise ni tau.
Bagaimana Caranya?
Caranya mudah aje. Tarik nafas dalam-dalam, sambil ketatkan bahagian alat sulit, dalam kiraan 10 (10 saat). Senaman ini boleh dilakukan setiap hari, beratus kali pun takpa ikut kerajinan hehe
Nak mudah, buat begini. Amalkan 1 sesi Kegel Exercise setiap kali sebelum dan selepas solat. Setiap sesi buat 5x exercise ni. Jadi dah boleh dapat 50 kali dalam 10 sesi (5 waktu). Ok laa kan dari tak buat langsung. Kalau dapat konsisten dah cukup bagus 👍👍
Selamat mencuba!
Tuesday, 30 June 2015
Perkongsian Saya Buat Graduan/Pekerja
Saya mungkin bukanlah orang terbaik untuk memberi nasihat tentang kewangan, cuma saya mahu berkongsi apa yang saya buat.
Seringkali saya ditanya oleh adik-adik di bangku pelajaran, mahupun adik junior yang baru melangkah ke alam pekerjaan.
"Macam mana nak simpan duit kak?"
Mari saya kongsikan tips-tips utama untuk bina kewangan.
1. Bila dapat duit/gaji, simpan terlebih dahulu sebelum asingkan untuk perbelanjaan lain. Tentukan berapa target anda untuk menyimpan setiap bulan dan konsistenlah ye :)
Jika dapat gaji anda berjoli dulu, nanti dah tak cukup duit untuk menyimpan.
Ingat ye, jika dengan gaji RM2000 anda tak dapat nak menyimpan, tak cukup duit, tengoklah nanti bila gaji RM5000 pun belum tentu akan ada duit lebih untuk disimpan. Jadi, mulakannya sekarang, walau berapa pun gaji anda! Dapat gaji, simpan dulu. Baru fikirkan bakinya nak buat beli top up, nak beli novel, nak beli dan bayar itu ini.
2. Cari jalan untuk tambah pendapatan anda. Sama ada berniaga, ataupun gunakan kepakaran yang anda ada.
Ramai orang yang saya jumpa, buat kerja part time, cari duit lebih untuk tujuan seperti nak cukupkan tabungan kahwin, nak duit lebih untuk bayar downpayment kereta dll. Bagus tu, ada usaha untuk bekerja lebih keras bagi mencapai impian anda. Tapi janganlah bila dah cukup tabungan kahwin, dah takde duit lebih sedangkan anda sepatutnya boleh hidup luar biasa dan nikmati pulangan wang EXTRA setiap bulan.
Sama ada ceburkan diri dalam perniagaan (tak kira secara kecil-kecilan pun okey) atau buat kerja part time.
Gunakan kepakaran yang anda ada - ini pun salah satu cabang bisnes yang tak perlukan modal. Cuma perlu masa dan tenaga anda sahaja.
Contohnya anda pandai dalam pembikinan laman web, mengapa tidak tawarkan kepakaran anda pada peniaga-peniaga untuk mereka luaskan perniagaan mereka?
Bestnya bila terlibat dalam dunia bisnes, duit masuk setiap hari, dan pendapatan setiap bulan pun bergantung pada usaha. Nak duit lebih bulan itu, maka kerjalah dengan lebih gigih.
Eh entry ini tidak berniat menyuruh anda terlibat dalam perniagaan dan berhenti kerja ya (walaupun saya begitu dulu hehe).
3. Labur wang anda di amanah saham (yang syariah compliance ya)
Tabiat menyimpan memang sangat bagus, cuma di mana anda "simpan" wang tu, membantu anda untuk capai impian anda lebih cepat. Amanah saham memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding menyimpan wang di bank, duit lebih sukar dikeluarkan dan anda perlu menunggu untuk tempoh matang (selalunya minimum 3 tahun). Jadi selepas 3 tahun mencarum, mungkin duit tu dah boleh buat bayar deposit rumah? Berbanding anda menyimpan amaun yang sama di bank biasa.
4. Hiduplah di bawah kemampuan. Bukan hidup ikut kemampuan ya. Jika anda mampu pakai iphone, tak salah gunakan lenovo yang harganya mungkin lebih murah. Jangan jadi hantu gajet okey. Ini sangat bahaya terutama bagi student/mereka yang baru bekerja. Melainkan anda memang sangat perlu gunakan telefon yang canggih manggih. Prinsip saya mudah. Jika ia tak membantu tambah duit, tak perlu la kan.
Okey sekian sedikit tips dari saya hehe
Moga anda yang membaca dapat manfaatnya. Insya Allah di lain kesempatan saya teringin nak share pecahan tabung untuk anda semua.
Jika anda berminat nak tambah pendapatan dengan bisnes, saya mengalu-alukan penyertaan anda ke keluarga Shaklee kami.
Hubungi je saya di talian ini ya.
Hasanah Ahmad
013-2896454
SMS/Whatsapp
Thursday, 28 May 2015
Pengurusan Jenazah - Apa yang Kita Perlu Lakukan?
Panduan ini dikongsikan oleh rakan saya (Ila namanya) apabila berlaku kematian di kawasan kejiranan beliau. Saya simpan di sini untuk panduan kita semua, boleh jadi pedoman jika berlaku kematian di kawasan kita.
*****************************
1- Pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih. Seeloknya sebelum keluar rumah, pastikan rumah kemas & bersih supaya jika terjadi apa-apa pada kita di luar, at least kita tak susahkan orang yang bawa balik jenazah kita untuk kemas rumah kita.
2- Sebaiknya ruangan carporch atau depan rumah mudah untuk kereta jenazah masuk dan turunkan jenazah.
3- Pastikan kita join Khairat Kematian. Ini sangat penting jika berlaku kematian, biasanya kita blur apa nak buat sebab terkejut atau sedih. Lebih-lebih lagi kalau keluarga jauh. Simpanan tak mencukupi. Sekurang-kurangnya ada tabungan ini yang boleh membantu.
4- Berkenal-kenallah dengan jiran tetangga, jangan sekadar hai hai bye bye atau buat tak tau. Hadir jika dijemput ke majlis-majlis kejiranan.
5- Rajin2 ke surau atau masjid dan hadiri majlis agama. 😂6- Persediaan duit cash, kain batik lepas, cadar/sarung bantal putih & kain putih jarang untuk tutup muka. Tali putih panjang untuk ikat muka agar mulut tak terbuka. Sebaiknya sediakan 1 set alatan untuk menguruskan jenazah di rumah. Nak kena cari ni untuk standby. Cerita dengan Mak Tok. Dia dah pesan 'ma dah letak kat bilik abg ngah tau. Siap 1set'
6- Sewaktu mandi, solat & kebumi jenazah, sebaiknya ahli keluarga lakukan bersama-sama. Jika tak tau, boleh bertanya apa perlu dilakukan. Selalunya ada orang yang mahir dalam selok belok pengurusan jenazah (ahli surau/mereka yang belajar) untuk membantu. Itu pentingnya kita belajar cara untuk menguruskan jenazah, agar bila terjadi pada ahli keluarga terdekat, kita tahu bagaimana nak mandikan/kafankan.
7- Jiran-jiran hulurkanlah bantuan dengan sediakan makan minum untuk ahli keluarga. Jangan bebankan keluarga tersebut yang ditimpa musibah. Begitu juga dgn tahlil, jiran-jiran boleh buat collection dan ringankan beban keluarga tersebut.
8- Amalkan bacakan Yasin/ayat Al-Quran sepanjang masa di rumah si mati.
9- Seeloknya semasa hayat ni kita sediakan set lengkap pengurusan jenazah untuk memudahkan urusan apabila kita tiada.
Menurut sahabat saya, Ila, di kawasan kejiranan beliau, semasa berlaku kematian dua hari yang lalu, sebelum sampai jenazah ke rumah, ahli surau dah pun siap pasang khemah, saudara mara bantu sediakan tempat pembaringan untuk jenazah, jiran tetangga terus sediakan makanan untuk keluarga & sanak saudara jenazah. Mereka jemput tetamu makan di rumah jiran sebelah. Untuk elakkan dari mengganggu rumah keluarga si mati yang sedang bersedih.
Untuk set pengurusan jenazah pula, boleh juga dibeli secara online. Di kawasan saya, mak saya ada sediakan set sebegini (cuma takde lah dipakejkan macam kit ni. Mak letak dalam plastik biasa je). Jadi bila berlaku kematian, orang sekampung beli dari mak :)
![]() |
| Kit Pengurusan Jenazah |
Semoga entry ini dapat membantu tambah nilai jika berlaku kematian di kawasan kita. Upsss..bukan siap sedia untuk orang yang akan meninggal je, mari tambahkan amalan kita kerana kita pun tak tahu bila kita akan dijemput pulang olehNYA.
Peace...
Salam sayang,
Hasanah
Supermom yang Chumil :)
Wednesday, 27 May 2015
Pengalaman Menginap di Private Pool Hotel
![]() |
| Laluan ke pantry dan ruang ke tandas |
![]() |
Monday, 25 May 2015
Kisah Paling Sedih Sepanjang Bergelar Ibu
Tuesday, 3 March 2015
Tips Ajar Anak Cepat Membaca
Saya dapat tips ini semasa hadir ke seminar cepat membaca anjuran tadika Little Caliph Sabtu lepas. Bagus juga tadika anjurkan seminar seperti ini, boleh kita ibu bapa muda ni tambah ilmu dan ajar anak teknik yang betul dan berkesan.
Jom ibu bapa kita apply tips ini:
1. Ajar anak membaca sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari
2. Ajar anak dengan sebutan "a" sebagai "are" (bunyi macam baca "a" untuk ayam). Sebaiknya ajar a, ba, ca, da.
3. Ajar kanak-kanak menulis dengan huruf kecil, bukan huruf besar (tulis a, bukan A. Tulis b, bukan B). Supaya kanak-kanak lebih cepat pandai membaca bila tulisan sama seperti dalam buku & surat khabar (sebab dalam surat khabar bukan semua tulis huruf besar kan).
4. Amalkan aktiviti pembelajan yang menarik. Contohnya buat flashcard/buat kad bertulis a, ba, ca dll then suruh dia tunjuk yang mana satu ba, mana satu ca. Buat style pancing ikan pun boleh, buat style dadu pun boleh. Menarik kan. Anak-anak pun suka nak belajar.
5. Alat bantu mengajar anak-anak di rumah sebaiknya berwarna-warni untuk bantu meransang perkembangan otak kanak-kanak. Bila sel-sel otak cepat berhubung, lagi cepat proses pembelajaran diterima.
6. Ibu bapa yang sebaiknya ajarlah anak-anak menggunakan bahasa baku. Walaupun ibu bapa sendiri menggunakan loghat klate, tganung mahupun nogori dan yang seangkatan dengannya, tapi waktu belajar bersama anak-anak, ajarkan bahasa melayu baku. Makan, bukan makē atau makang hihii
7. Pembelajaran seringkali menggunakan otak kiri. Ransang perkembangan otak kanan anak-anak dengan aktiviti yang memerlukan mereka menggunakan otak kanan (kreatif). Antaranya bila mengecam huruf menggunakan bunyi. Kaedah ini diajarkan di Little Caliph. Dan alhamdulillah anak-anak senang mengenal huruf.
8. Gunakan waktu anak-anak dalam keadaan tenang untuk ajar dia membaca.
9. Boleh gunakan sistem reward/bintang/stiker sebagai galakan pada anak-anak apabila mereka berjaya dalam sesuatu tugasan. Contoh bila anak pandai mengenal a, ba dan ca.
10. Perhatian! Ibu bapa JANGAN SEKALI-KALI buat perbandingan antara anak-anak atau anak orang lain. Untuk membina self-esteem anak-anak, ia mengambil masa yang lama tapi untuk meruntuhkannya hanyalah dalam masa sekelip mata sahaja. Dan perbuatan ibu bapa yang suka membuat perbandingan antara anak ini menyebabkan self-esteem anak tadi jatuh.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu bapa dalam mendidik anak anda.
Jika anda mempunyai anak prasekolah (4-6 tahun), share info ini di wall facebook anda jika ia berguna pada anda. Ia mungkin dapat membantu rakan-rakan anda yang lain untuk pendidikan anak-anak mereka di rumah.
Hasanah Ahmad
013-2896454
Tuesday, 10 February 2015
9 TIPS Lembutkan Hati Anak
Bagus untuk diamalkan. Jemput baca:
1. Bila tiba-tiba teringat kat anak, kirimkan bacaan al-Fatihah pada anak. Sampai pada ayat "iyyakana'budu waiyyakanastain" (maksudnya:Hanya kepadaMU kami sembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan),mintalah apa-apa hajat yang kita inginkan berkaitan anak itu, kemudian habiskan bacaan al-Fatihah dan doakan semoga anak kita itu diberi kefahaman dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan menyerahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Semasa anak tidur, pandang wajahnya dan ucapkan, "ibu/ayah nak ______ (sebut nama anak) jadi anak yang soleh sayang. Menurut seorang ustaz, ketika anak tidur ini kita sedang berbicara dengan ruhnya. Dan ucapan ibu bapa itu adalah doa dan Allah maha mendengar lagi maha melihat. Cubalah!
3. Masa bangun solat malam, solat hajatlah di sisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
4. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
5. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya melukakan hati kita. Muhasabah diri kita selaku ibu bapa, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
6. Yang paling penting, jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita terlanjur kata, carilah masa yang sesuai untuk kita meminta maaf daripadanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh :)
7. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat (maksud ayat: Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuham kami, perkenankanlah doa permohonanku)
8. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi Allah pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia juga tak suka.
9. Masa basuh beras niatkan "Ya Allah lembutkan hati anak-anakku _____ (sebut nama anak) untuk dia faham agamaMU sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Kenapa kita nak anak-anak faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh membawa ibu bapa ke neraka. Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil baca selawat pada Nabi Muhammad SAW.
Pada ibu bapa, doakan sentiasa anak-anak kita. Tips-tips ini sangat bagus untuk diamalkan.
Selamat beramal dan semoga Allah merahmati rumahtangga kalian :)
Hasanah
013-2896454
Shaklee Independent Distributor
Monday, 9 February 2015
Suka Bertangguh Solat?
Rasa nak share kisah ini. Bagus iktibar yang boleh diambil dari kisah ini.
Terkedu bila membacanya. Rasa terketar lutut dan gementar hati. Sama-samalah kita memelihara solat kita agar Allah merahmati kehidupan kita dan memasukkan kita ke syurganya dengan rahmatNYA.
Jemput baca ya.
*****************************
Azali baru pulang dari tempat kerja jam 7 malam. Jalan jem. Penat memandu, sampai di rumah dia berehat sebentar lalu terlelap. Dia tersedar jam 8.20 malam. Melihat jam di tangan, dia bergegas mengambil wuduk. Belum solat Asar. Dan cuma 10 minit lagi akan masuk waktu Isya'.
Dalam mata yang masih mengantuk, Azali menunaikan solatnya. Asar dan Maghrib.
Tiba-tiba di pandangannya kelihatan lautan manusia yang menanti untuk dibicarakan. Azali resah.
Tiba gilirannya untuk dihisab segala perbuatannya di dunia.
Hukuman dijatuhkan!
Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya.
Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.
Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat..
Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang.
Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapa kamu?"
Orang tua itu menjawab,
"Aku adalah solat kamu"
"Mengapa kamu begitu lewat! Aku telah terjunam ke dalam neraka! Kamu menyelamatkan aku pada saat-saat terakhir sebelum aku lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah kau lupa? Kamu sentiasa laksanakan aku pada saat-saat akhir!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar.
Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi.
Dia sedar kesalahannya kini.
Dia telah mendapat petunjuk Yang Maha Mendengar.
Semoga memberi manfaat kepada kita semua :)
Hasanah
0132896454
Shaklee Independent Distributor
*Nama dalam cerita diubahsuai dan tiada kaitan dengan sesiapa. Kisah ini dikongsi untuk mengambil manfaat dan iktibar darinya :)
Wednesday, 28 January 2015
Resepi Kerang Cambo yang Sedap
Wah wah.. Sapa penggemar kerang memang sure meleleh air liur!
Sedap bak hang. Resepi ni ayah saya yang ajarkan masa zaman sek menengah dulu. Ayah memang terer di dapur.
Mudah sangat-sangat tau. Sedap pulak tu. Anda pun mesti cuba. Sesekali tukar resepi baru.
Jom lihat apa bahannya.
1. Kerang
2. Serai
3. Bawang (merah, putih dan bawang besar)
4. Cili
5. Kicap masin
6. Gula
7. Limai nipis
Cara-caranya:
1. Rebuskan kerang dalam periuk. Serai dan bawang putih dititik dan masukkan bersama kerang tadi.
2. Sediakan "sos" kerang pula. Hiriskan nipis dan kecil bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili. Masukkan dalam mangkuk. Masukkan pula kicap masin. Perasakan dengan gula. Tambahkan sedikit air jika kicap masin tu terlalu masin. Perahkan sedikit limau nipis dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi.
3. Bila kerang dah masak, tumiskan bawang dalam kuali hingga naik bau. Kemudian masukkan kerang tadi dan gaulkan bersama bawang yang ditumis. Emmmmm sedapnya bau! Haha..
4. Masukkan sos kicap masin tadi ke dalam kuali. Gaulkan supaya rasa sos kicap masin yang sedap tu meresap dalam kerang. Oh sodap sungguh!
5. Sekejap je buat. Sedia untuk dimakan :)
Wednesday, 21 January 2015
Ruginya Beli Alfalfa Complex!
"Shaklee ada produk untuk atasi masalah sembelit tak?"
Soalan itu datang dari seorang pelanggan saya yang membeli. Bila saya cadangkan Alfalfa Compleks, lihat apa jawapannya:
"Alfalfa Compleks boleh ke untuk sembelit kak?"
"Oh, untuk keputihan pun boleh ye?"
Ya, boleh sayang. Malah banyak lagi kelebihan Alfalfa Compleks ni. Anda TAK RUGI beli Alfalfa Complex ni sebab ia bantu menyelesaikan banyak masalah yang ada pada anda. Anda tak perlu beli 2,3 jenis produk. Ya, 1 botol Alfalfa Complex ini, bersamanya ada manfaat tersembunyi.
Anda beli Alfalfa Complex tapi tak tahu kelebihan lain yang terdapat dalam botol yang anda beli?
Anda RUGI jika membeli Alfalfa Compleks sebelum baca ayat di bawah ini.
Jom saya kongsikan 15 kelebihan Alfalfa Complex. Anda pasti teruja kerana ia membantu mengatasi banyak masalah anda yang lain :)
1. Meningkatkan penghasilan susu badan
2. Mengawal kandungan gula dalam tubuh agar berada di paras normal
3. Mengawal kandungan kolesterol dalam tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Menyahkan toksik dari tubuh
6. Mencegah masalah edema (pengumpulan air dalam tubuh)
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Mengurangkan keputihan
9. Mengatasi masalah sembelit
10. Membantu dalam masalah gastrik
11. Mengetatkan faraj wanita (bertindak seperti kacip fatimah)
12. Melegakan masalah alergi dan asthma
13. Mengatasi masalah kegatalan
14. Menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit
15. Membantu mengawal masalah jangkitan (bakteria/fungus/virus)
Jika anda masih belum memiliki Alfalfa Complex, ayuh rembat segera sementara promosi masih ada. Hubungi saya untuk pembelian BERDISKAUN yang hebat untuk anda.
Hasanah Ahmad
013-2896454
Saturday, 10 January 2015
12 Perkara Perlu Buat Sebelum Berpindah Ketika Banjir
SEBELUM BERPINDAH
SEMASA BERPINDAH
Apa nak bawa ke pusat pemindahan?
![]() |
| Inilah rupa dapur gas kecil tu. Portable dan sangat membantu |
























