Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Friday, 7 November 2014

Tubuh Mudah Letih Semasa Menyusu?

Menyusukan adalah momen yang sangat indah! Namun tak dinafikan, tubuh kita letih gara-gara bangun malam mengepam susu untuk dijadikan stok.

Dengan kerja-kerja rumah, kerja pejabat, kadangkala diri keletihan.

Perlunya vitamin unutk ibu menyusu, bukan untuk menambahkan kuantiti susu ibu semata-mata, tapi memberikan ibu kesihatan yang lebih baik, tubuh yang lebih segar dan cergas.

Vitamin yang dicadangkan untuk ibu yang menyusu ialah seperti di bawah:


Ia adalah kombinasi vitamin asas vitamin untuk menggalakkan penyusuan.

Vitamin asas seperti vitamin B, C serta Vitalea adalah untuk memelihara kesihatan, memastikan ibu kekal bertenaga dan tidak mudah keletihan. Bila kita mengambil 3 vitamin ini, jika pada hari sibuk pun kita masih kekal cergas lagi. 

Vitamin yang merangsang menambahan susu ibu ialah Alfalfa dan ESP. Terbukti supplement ini membantu untuk meningkatkan kuantiti susu ibu jika diamalkan dengan teknik yang betul. 

Ostematrix pula membantu untuk penyusuan semasa ibu didatangi haid. Kerana terdapat sesetengah ibu yang mengalami masalah susu merudum semasa period. Insya Allah Ostematrix dapat membantu masalah ini. Anda juga boleh baca manfaat lanjut OStematrix.

Saya sendiri mengamalkan supplement ini untuk menyusukan anak saya sekarang, 1 tahun usianya, menyusu susu ibu sejak lahir hingga sekarang. Alhamdulillah saya sendiri rasa sangat bertenaga bila amalkan pengambilan vitamin ini. Tubuh tak la mudah melepek bila menjelang malam :)

Banyak testimoni mereka yang telah mencuba set ini. Anda boleh rujuk di facebook saya. 

Nak baca kisah saya mendapat lebih 40 oz susu perahan dalam masa sehari? Ada saya ceritakan dalam entry yang lepas. 

Jika nada berminat mencuba set penyusuan yang ohsem ini, anda boleh hubungi saya atau whatsapp saya untuk konsultasi. Dijamin harga terendah dan mampu milik! 

Hasanah
013-2896454

Thursday, 23 October 2014

Set Kecantikan yang Ohsem!

Kisah benar masalah kulit muka. 

Muka berjerawat, hilang jerawat, tinggal pula parut. Itu fenomena biasa yang melanda. 

Dengan set kecantikan Shaklee, kesan parut pun tak ketara. Kulit rasa sangat moist. Seriously tak menyesal cuba Collagen Powder! 

set kecantikan

Saya amalkan pengambilan Vivix, Collagen Powder, ESP dan Vitamin C.

Ada masa bila kurang titik beratkan kebersihan muka, jerawat naik juga setepek dua. Tapi cepat-cepat sapu dengan Herbal Blend, tak jadi jerawat tu nak membesar! Hihihi..Kulit muka memang kena cuci bersih sekurang-kurangnya 2x sehari, paling penting JANGAN CULAS membersihkan wajah anda sebelum tidur malam jika tak nak jerawat bertenggek di muka. Ahaha..Saya pilih Set Penjagaan Kulit ini yang sangat sesuai dengan saya. 

Seorang rakan yang saya temui berkata; 

" Akak ada masalah lopak-lopak pada pipi kesan jerawat batu zaman remaja. Akak sapu herbal blend setiap malam, alhamdulillah kulit sangat elok dan kesan macam "kawah" tu berkurang!"

Saya sangat setuju dengan akak ni. Sebab saya sendiri rasai kesannya. Nampak je jerawat segan-segan nak naik, sapu 1 malam jaa jerawat terus kecut! 

Antara 4 item di atas, saya sangat sukakan Collagen Powder. Nak tahu kenapa? Dulu saya pernah share keterujaan saya dengan Collagen Powder. Sangatlah awesome! Seawal 3 hari saya penggunaan saya dah rasa kulit mulai lembap. Kalau buat masker lagilah best! Dalam few seconds tepek di muka terus menegang. Rasa awet muda sangat okey! Hehee..


ESP pula jatuh no 2 selepas Collagen Powder! Paling suka bab masker ESP! Sangat sejuk dan kulit rasa sangat gebu selepas bermasker ESP tau. Sementara ESP masih lagi ada promosi, saya sangat syorkan jika ada yang nak mencuba. 

Jika anda nak mencuba produk Shaklee, boleh lihat di sini untuk manfaat produk. Kenalpasti jenis kulit muka anda untuk memastikan anda mencuba produk yang bersesuaian. 

Jika anda memerlukan konsultasi untuk produk Shaklee, boleh hubungi saya untuk info lanjut. 

Hasanah 
013-2896454

*Gambar tanpa camera 360, editting, apatah lagi camera AES. hehe


Monday, 13 October 2014

Kenapa Produk Shaklee Buatkan Saya Sangat Teruk?

Teruknya produk ni! 

Lihat pertanyaan seorang pengguna produk Shaklee. 

Produk Shaklee bagus

Pernah tak, bila anda ambil produk Shaklee, asalnya ambil untuk kecantikan, nak licinkan kulit (contohnya), lalu tiba-tiba muka jadi lebih teruk? Dari nak licinkan kulit, kulit makin bertambah pula jerawat. 

Jika anda pernah mengalaminya, ini dinamakan HEALING CRISIS atau krisis penyembuhan. Dalam rujukan dari sumber ini, healing crisis ini suatu proses penyingkiran toksin dari tubuh semasa tubuh sedang mengalami proses pemulihan/pembaikan. 

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bukan semua orang akan mengalami healing crisis, kerana itu reaksi tubuh individu. Dan kita semua adalah individu yang berbeza. Ia bergantung pada penerimaan tubuh individu, dan tempoh terjadinya healing crisis ini tidak tetap.

Ia boleh terjadi semasa proses awal pengambilan vitamin, seawal hari-hari pertama pengambilan dah nampak kesan healing crisis, ada yang mula merasakan healing crisis ini setelah beberapa bulan mengambilnya. 

Kenapa saya semakin teruk selepas mengamalkan Supplement Shaklee? 

"Most people base their health on how they are feeling and think that the natural health program is hurting them when they go through a healing crisis. This could not be further from the truth. The longer toxins or pathogenic organisms remain in the body, the worse their health will be and the faster they will develop disease"

Saya quote ayat yang diambil dari laman web terkenal yang menerangkan tentang healing crisis. 

Ada segelintir orang (sangat minoriti) yang berasa sangat teruk keadaan mereka selepas mengambil produk Shaklee. Mereka berkata;

"Apa la produk ni. Kita ambil untuk atasi masalah kembung perut, tapi makin kuat jadinya angin dalam badan ni."

Anda perlu tahu bahawa kebanyakan orang mengalami simpton healing crisis yang ringan sahaja. Hanya segelintir sahaja yang mengalami simptom yang agak teruk. Dan ada orang mengalaminya 2-3 hari, ada segelintir yang mengambil masa beberapa minggu untuk pulih dari healing crisis. 

Apakah tanda-tanda healing crisis?

Demikian adalah gejala yang biasa berlaku bagi mereka yang mengalami healing krisis ini: 

Loya
Muntah
Cirit-birit
Dea
Tubuh berasa sejuk
Sakit Kepala
Sakit sendi
Kelesuan
Rasa kesakitan bertambah

Ini adalah tanda sangat sangat biasa dialami di peringkat permulaan. Ada juga tanda-tanda lain yang agak teruk yang dialami oleh pengguna. Ini hanyalah sementara sahaja dan ia menunjukkan anda bahawa tubuh anda sihat. Ia memberikan pelbagai simptom untuk megeluarkan toksin agar vitamin lebih dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Selepas berakhirnya proses penyembuhan, tubuh lebih mudah bertindakbalas positif dan memberikan hasil yang memberansangkan pada kesihatan pengguna. 

Apakah saranan untuk mengurangkan gejala healing crisis?

Kami sangat sarankan anda minum air putih (plain water) lebih banyak dan lebih kerap dari biasa. Bagi pesakit jantung atau buah pinggang yang telah mendapat arahan dari doktor untuk mematuhi jumlah pengambilan air harian hanyalah sebanyak 500ml, anda mestilah mematuhinya untuk mengelakkan fluid overload. 

Shaklee berkesan
Tak semua orang mengalami masalah healing crisis
Jika anda mengalami tanda gelaja lain selain yang dinyatakan, anda boleh menghubungi semula pengedar anda untuk berbincang dengannya. Jika anda membeli dari saya, saya mengalu-alukan pertanyaan pada saya. 

Semoga entri ini memberikan manfaat pada anda. Jika anda berasa entri ini berguna, kongsikannya agar orang lain juga mendapat manfaatnya. 

Salam sayang,
013-2896454

Thursday, 9 October 2014

Rehat dan Rawat diri di Spa

Saya gemar ke SPA untuk belai diri dan manjakan tubuh. Sesekali kita nak juga manjakan diri kan hahah..

Ini kali ketiga saya ke NANA D' RIAS untuk buat treatment. Pemilik SPA ni muda belia lagi. Beliau dan mamanya usahakan SPA ni. Memang tangan halus je boleh buat kerja gini! 

Kali pertama saya buat Hair Treatment. Masa tu baru saya tahu adanya "sauna" kepala. 

Saya buat hair treatment ni untuk kuatkan akar rambut, nak rambut yang lebih lembut dan wangi. Beza berbanding kita syampu sendiri. Saya selalu ke Salun Zuhayra di Petaling Jaya untuk hair treatment. Rambut kekal wangi hingga 3 hari! Lepas tu terus jatuh cinta nak cuci rambut di salun ahaha. melampau tak! Masa buat hair treatment tu, saya memang niat nak potong rambut je. Alang-alang tahu ada hair treatment yang sebegitu best, terus cuba! Oh ya. Muslimah sahaja ya..hihi . Mereka juga sediakan servis potong rambut untuk kanak-kanak perempuan. 

Gambar google jer. Saya sedang treatment mana nak amek gambar ahaha

Kali kedua ke SPA ni, saya buat facial. Time tu mama kak Nana (Auntie Jam) yang buat. Memang sangatlah best. Dari scrub muka, pakaikan mask, cuci. Tang pakai mask tu saya tak ingat berapa lama, tapi seriously memang kulit rasa nyaman, sejuk, dan memang LENA okey! Sedar-sedar masker dibuka. 

Masa urutan kulit muka, nak buang whitehead, awww! Agak sakit prosesnya. Auntie Jam kata, kulit bersih, takde masalah. Whitehead hampir takde. Jerawat memang langsung tak ada. Hasanah amalkan apa-apa ke? Ahaha..Inilah rahsia saya! Guna ini kasi kulit tegang awet muda dan bebas cela. Saya rajin amalkan Set Kecantikan Shaklee untuk penjagaan dalaman kulit. Bila sel sihat, kulit cantik dan bersih. 

Ini saya! 


Kali ketiga ke SPA ini, saya ambil pakej SPA BEAUTY 3 treatment RM100. Alamak maaf if gambar tak jelas. Saya amek dari hp jer. Okey untuk memudahkan anda kalau berkenan nak ke SPA ni, antara pakej treatment di bawah SPA BEAUTY:

Lulur
Mangir
Facial
Sauna
Jakuzzi
Mandi susu

Pilih 3 dari treatment di atas, bayar cuma RM100. Saya ambil Lulur (skrub tubuh), mangir (sapu mask pada tubuh) dan facial sekali lagi! 

Kali ni staff mereka yang layan saya. Muda comel adik ni hehe.. Menurutnya, lulur tu skrub yang disapu pada tubuh. Bantu licinkan kulit dan buang daki. Lepas lulur gunakan pula masker pada tubuh. Ia dipanggil mangir. Haa jakun mak tak tau nih. Belajar sikit-sikit dari staff di SPA. Bak kata orang, luaskan pergaulan, banyakkan berjalan, tambah pengalaman ahaksss! Mangir tu tak perlu sampai mask tu kering pun, separa kering dah cukup, dalam 20 minit. Dan masa meniarap nak tunggu mask di belakang badan kering, bisa daku lena setelah seharian di luar setelkan urusan besar! 



Nak tahu servis detail yang SPA ni sediakan, boleh rujuk flyers ni. Actually mereka juga ada buat khidmat Wedding Planner untuk bakal pengantin. Macam hias pelamin, mekap, catering, juga pakaian pengantin. 

Akan datang, saya nak buat temujanji untuk urutan badan pula. Wah! Bestnya diurut! Jika nak mengurut, mandi bunga, kena buat appointment dulu tau. Jangan main terjah aje. Haha..



Saya gunakan set penjagaan wajah ini untuk luaran. Dah setahun pakai. Alhamdulillah SANGAT okey. 1 pencuci je tahan 6-10 bulan. Saya yang share dengan suami pun tahan 4-5 bulan jugak. Berbaloi-baloi! Untuk set kecantikan kulit, saya amalkan ini juga. Lagipun sekarang tengah promosi. Wajib beli banyak untuk dapatkan kulit yang cantik (melampau tak?). Kelebihan lainnya PASTI lah ada. Bukan kulit je yang cantik semata-mata tau.



Kalau nak order Set Kecantikan Shaklee yang sedang PROMOSI hebat sekarang ni, boleh hubungi saya direct, penghantaran PERCUMA je tau untuk pembaca blog yang saya sayangi :)

Hasanah 
013-2896454
SMS/Whatsapp

Monday, 6 October 2014

PROMO OKTOBER: ESP BELI 6 DAPAT 7

Wow! Promo bulan ini kembali pada produk favourite yang dinanti ramai, ESP. Bulan pakat nak cantik jelita kan.

Promo ESP

Apa yang bestnya tentang ESP?

√ Parut semakin pudar dengan ESP
√ Kulit lebih putih, cerah dan gebu
√ Kuku dan rambut yang lebih sihat
√ Susu ibu bertambah dan lebih pekat
√ ESP bukan sahaja untuk kecantikan
√ ESP bantu cepat pulihkan luka selepas bersalin/menjalani pembedahan
√ ESP bantu tingkatkan kesihatan rahim
√ Sungguh mengenyangkan
√ Ia berikan tenaga segera dan berpanjangan

Oh! Banyak sangat manfaat ESP. Kalau nak list semua memang tak habis. Pada anda yang dah lama mengidam nak mencuba ESP, bulan ini adalah bulan TERBAIK untuk mencuba. Pasal apa? Sebab Shaklee ada PROMOSI.

Beli 6 tin ESP, anda boleh dapat 7 tin. Boleh share dengan kawan-kawan atau saudara-mara.

Kebaikan jika anda membeli set promosi ini:

>>> Dapat FREE 1 tin ESP (untung RM150)
>>> Mendapat keahlian percuma (anda JIMAT RM232)
>>> CASHBACK RM30++
>>> Nikmati peluang tambah pendapatan dan percutian mewah bersama Shaklee
>>> Penyertaan PERCUMA ke group khas di bawah bimbingan saya

Menarik kan.

Dengan hanya beli 6 tin, anda kayak dapat semua kelebihan di atas!

Oh ya! 1 tin ESP tahan selama 2 bulan. So jangan risau. Anda sangat JIMAT bila beli set promosi ini.

Jika nak order, boleh hubungi saya atau WhatsApp je ke nombor ini 013-2896454. Saya sedia membantu anda :)

Hasanah
013-2896454

Saturday, 20 September 2014

Master Celebration: Untungnya Diraikan Sebagai Master!

Alhamdulillah. 

Siang tadi berpeluang ke majlis sambutan Master Celebration Master Termuda Malaysia (mungkin di dunia juga, siapa tahu?), Master Siti Farhana atau nama mesranya Nana. 

Tinggal anak-anak bersama bibik since baby Irfan tidur, kami decide tak bawa anak. Maka berdatinglah kami suami isteri ke JW Marriott, Putrajaya. 

Comel tak Kak Ton?? Hihii penangan Collagen!
Sampai hotel Marriott yang sangatlah mewah tu, kami mendaftar kemudian menjamu selera. Makan ikut suka, sedap tak ingat dunia. Al-maklum. Kita orang biasa-biasa. Gi hotel pun masa zaman student time event besar je. Pastu join Shaklee memang kerapppppp sangat gi hotel hehee..

Seee...sempat lagi tarik depa bergambar bersama heheee


Acara pemakaian sash oleh Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim . Seronok kan menjadi insan yang diraikan. Ibarat pengantin baru! Berkahwin kali kedua (dalam Shaklee) bersama orang yang sama. Diraikan dalam majlis yang gilang gemilang. 



Selepas ucapan dari Master Iffah, giliran ucapan Master yang diraikan. Ucapan yang sangat menyuntik semangat dalam diri. Master Nana berkongsi kisah kejayaannya dalam Shaklee bersama dengan para tetamu. So inspiring and successful story from this iron lady!

Sungguh, setiap perjalanan menuju kejayaan, tak dihamparkan karpet merah, sebaliknya penuh onak dan duri yang perlu dilalui, perlu tempuhi pahit manis perjalanan. Hasilnya, selepas berpenat lelah, kejayaan itu sangatlah manis untuk dikecapi. 

Saya rasa sangat bersemangat untuk terus membangunkan empayar bisnes di bawah naungan kami, MySG untuk lebih berjaya!


Kami menghulurkan sendiri hadiah istimewa untuk Master Nana. Semoga Master Nana gembira menerima sedikit hadiah dari kami. Uitttt, takleh lepaskan peluang bergambar bersama insan yang diraikan! 


Alhamdulillah, sempat juga bertemu dan beramah mesra bersama anak didik bisnes yang turut datang ke majlis ini. Di sini kami luaskan pergaulan, jumpa rakai rakan-rakan bisnes dan bertukar-tukar idea serta pandangan untuk memajukan empayar kami masing-masing. Itulah yang sangat saya sukai bila bertemu dalam majlis anjuran Shaklee ini :)

Bersama Syuhada, 2nd level saya

Bersama Emma, anak didik saya
Sangatlah seronok menghadiri majlis Master Celebration. Dan jauh lebih seronok menjadi Master yang diraikan. Naik master, Shaklee sponsor RM50ribu untuk majlis gilang-gemilang seperti ini meraikan kejayaan kita. Sapa tak nak kan. 

Doakan saya cepat naik master ya. Insya Allah nanti Master Celebration saya, semua pembaca blog saya jemput. Eh! Jauh ke situ pulak..hehee tak salah berimpian kan kan. 

Melakar impian, insya Allah, Allah lorongkan laluan saya menuju tangga MASTER COORDINATOR! 

Master Hasanah (M2B)
Jika anda ingin bersama saya membina empayar bisnes Shaklee anda sendiri, saya sedia memberikan tunjuk ajar. Jom kita sama-sama mara ke puncak kejayaan! Hubungi saya di SINI untuk saya bimbing anda! 

M2B Hasanah
013-2896454

Nota kaki: 
Saya menggunakan Shaklee Collagen Powder serta rangkaian penjagaan wajah Nutriwhite dari Shaklee untuk kulit bersih berseri, licin dan lembut. 

Thursday, 14 November 2013

Bersalin Dengan Shaklee

Hari ke 24 berpantang.

Alhamdulillah, kali ni berpeluang merakam kisah kelahiran anak ketiga kami, Irfan bin Imran.

Saya amalkan Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandungkan Irfan. 2 minggu sebelum tarikh jangka bersalin, saya pulang ke kampung di Kelantan untuk bersalin dan berpantang di sana. Habis cuti 2 minggu masih belum bersalin. Oh! Overdue pulak!

Pada 23/10/13, mulai terasa kontraksi yang tak berapa sakit, setiap 15 minit jam 4 pagi. Jam 5 pagi semasa kontraksi mulai ketara dan tak tertahan, menuju ke hospital, bukaan baru 4 cm. Tanpa ubat tahan sakit mahupun gas antonox, bukaan dah pun 8cm pada 6.10 pagi. Jam 6.18 pagi dah selamat bersalin Irfan. 

Fuuuhhh! Lega. Lepas aje push, baby keluar, rasa bersyukur dan lega yang tak terhingga. ESP sungguh buat saya lebih bertenaga untuk kelahiran kali ini. Sebelum ke hospital, saya minum segelas milo dan ESP dan telan 4 biji Ostematrix, supaya lebih bertenaga untuk meneran. 

Beza? Memang sangat berbeza. 2 kelahiran sebelum ini, lepas push baby, memang lembik dan rasa letih tak yah cakap. Penat, rasa nak tidur lepas "bekerja keras"  "mengeluarkan" baby. Tapi kali ni lain sangat. Saya masih bertenaga lepas baby keluar, diletakkan di atas dada saya untuk stimulasi. Saya gigih menyusukan si comel Irfan. Siap rasa nak duduk je sambil breastfeed dia..hehehe..

Koyak pun tak banyak, koyak sebab ada terangkat punngung semasa kontraksi sebelum push tu. Nak buat camne, tak sedar walaupun memang dah beringat..hahaha..alhamdulillah, 5 jahitan je.

Kali ni dengan Set Berpantang Shaklee, badan rasa lebih segar dan sihat, luka pula cepat sembuh berbanding kelahiran sebelumnya. Luka pun cantum elok aje..segala puji bagi Allah.

Di mana saya berpantang? Memandangkan rumah mak dan mertua dekat sesangat, maka bergilirlah saya. Hehe..Berpantang makan, pepagi dan petang bersauna, mandian herba, berurut, bertungku dan berbengkung. Semua itu membantu memulihkan kesihatan ibu dan membantu ibu dapatkan berat badan yang asal sebelum mengandung. 

Insya Allah, selepas ini, mahu mencuba Lecithin pula. Lecithin - produk super hot untuk menurunkan berat badan dan mengelakkan clog duct bagi ibu menyusu!

Nak tahu kisah penyusuan saya dan bagaimana saya mengatasi masalah penyusuan? 

Jangan lupa jadi follower blog ini ya :)

_______________________
Hasanah 
Your Breastfeeding Partner
013-2896454

Wednesday, 12 December 2012

Kulit Lebih Licin Dengan Shaklee

Nak tengok hasil pengguna produk Shaklee?

Ini dia! Beliau mengambil Alfalfa, ESP dan vit C selama sebulan, dan baru-baru ini mula menggunakan vit E untuk kesihatan dan kecantikannya. Alfalfa diambil kerana beliau mengalami masalah IBS-keradangan usus.


Lihatlah kesannya!

Kulit nyata lebih tegang, lembut dan lebih BERSIH setelah mengamalkan Shaklee. BESTnyerrrr..

Inginkan hasil macam ni atau lebih BEST dan lebih POWER?

Hubungi saya! Mari saya tunjukkan.

******************************

Hasanah Ahmad
SMS: 013-492 6468
Email: hasanah3006@gmail.com

Wednesday, 4 July 2012

ESP Shaklee...PALING BEST!

Assalamualaikum..

Lama tak berceloteh di sini kan. Nak share sedikit info tentang ESP Shaklee ni. Laris sangat sampai pack pun diperbaharui, dan semestinya kualiti juga dipertingkatkan.

ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein adalah supplement protein yang berasaskan kekacang soya.

Kenapa protein penting untuk tubuh kita?

      Bahan asas dalam pembinaan sel tubuh badan kita adalah protein. Ia adalah makanan terpenting untuk badan. Tulang, kulit, rambut, otot, organ, plasma, antibodi, hormon, hemoglobin, enzim dan sel terdiri daripada protein.

     Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya.

Fungsi protein ialah:
  • membina sel-sel baru
  • menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru
  • menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru
Jom lihat siapa yang perlukan ESP



 Jadi, anda yang inginkan tubuh badan yang sihat, cantik, susu yang lebih berkualiti, apa tunggu lagi..jom dapatkan ESP anda hari ini.

**Credit to mamafaiz.

 Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi produk.



Hasanah Ahmad
hasanah3006@gmail.com
013-492 6468
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...