Friday 26 October 2012

Hb rendah? Vitalea penyelesaiannya!

Antara masalah yang kerap dihadapi oleh ibu mengandung, selain daripada kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung, Hb (hemoglobin rendah) adalah sangat berbahaya jika tidak dirawat segera.

Secara umumnya, hemoglobin ialah sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila kekurangan oksigen daripada sel darah merah ini, ia boleh mengakibatkan ANEMIA. Paras Hb yang normal ialah 11.5-16.5g/dL bagi kaum wanita.

Apakah gejala yang sering dialami oleh individu yang Hb rendah ini?
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan
Jika anda adalah wanita hamil yang turut mengalami situasi ini, berhati-hati kerana risiko anemia itu tinggi, dan kesannya ia boleh meningkatkan risiko lekahiran anak pra matang dan juga pertumbuhan janin yang terencat semasa dalam kandungan.

Saya mencadangkan anda mengambil Vitalea bermula hari ini. Vitalea Shaklee yang dilengkapi dengan formula iron (zat besi) sangat penting untuk hemoglobin. 

Apa kata mereka yang mengalami masalah seperti anda?

Angin dalam badan? Gastrik? Saya syorkan Peppermint Ginger Plus!

Anda selalu rasa senak perut? Atau perut sering kembung, dan situasi ini semestinya tidak selesa kan?

Apa kata anda mencuba Peppermint Ginger Plus kami.Ia mengandungi 4 herba utama yang unik. Halia dan pudina merupakan herba terbaik dalam memelihara sistem penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.



Shaklee Peppermint Ginger Plus turut mengandungi jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang melegakan.

Siapa yang memerlukan Peppermint Ginger Plus ini?

Ia sesuai untuk anda yang:

  • Badan penuh angin macam saya
  • Sering muntah-muntah dan loya
  • Ingin menjaga kebersihan usus 
  • Suka minum teh pudina
  • Sering alami perut kembung
  • Alami gastrik
Caranya mudah saja, cuma larutkan 2 biji ke dalam air teh anda dan minum.

Jika anda ibu mengandung yang berasa angin satu badan (bukan pemarah ya), elok juga mencuba.

Friday 19 October 2012

Evening Primrose Oil Shaklee

Bila sebut tentang EPO, pasti ramai yang tahu kebaikannya untuk mengawalatur kitaran haid, melegakan simptom pre menstrual (PMS), menggalakkan kulit yang sihat dan cantik.

Di Shaklee, kami menawarkan yang lebih baik dari EPO, iaitu GLA Complex. 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 



Jom intai kelebihan GLA untuk tubuh kita.

  • Imuniti Tubuh

Jangkitan kuman menyebabkan tubuh tidak dapat menukar linolenik acid kepada GLA. Kekurangan GLA sebenarnya menyebabkan sistem imuniti terganggu. Apabila sistem imuniti tubuh terjejas, badan akan kerap menjadi tidak sihat/mudah diserang penyakit.

  • Masalah Kolesterol

Pengambilan GLA (bersama EPA) terbukti mempengaruhi profil lipid yang mana menurunkan kadar kolesterol. GLA dan EPA ditukarkan kepada PGE-1 (prostaglandin) yang mana kadar kolesterol tak dapat dikawal dalam sel yang tidak dapat menjalankan sintesis terhadap PGE-1 ni. Mengambil GLA setiap hari selama 3 bulan memulihkan pengekalan PGE-1 dalam tubuh sekaligus mengawal kolesterol.

  • Artritis

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massachussetts terhadap pesakit2 artritis, GLA dari minyak borage didapati membantu mengawal bengkak sendi dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

  • PMS

Masalah PMS didapati dapat diatasi dengan pengambilan GLA yang konsisten. Masalah PMS berpunca dari penurunan kadar asid lemak dalam tubuh wanita ketidak kedatangan haid. Kekurangan asid lemak ini menjadikan simptom PMS yang jelas.

  • Diabetes

Kajian terhadap 111 pesakit diabetes mendapati GLA membantu mengurangkan simptom kerosakan saraf terhadap pesakit diabetes. Dalam kajian lain, GLA didapati menghalang kemerosotan saraf dari berlaku. Pesakit diabetes dikaitkan dengan masalah kekurangan PGE-1, menjadikan mereka memerlukan GLA. PGE-1 membantu dalam penghasilan insulin untuk pesakit diabetes.

  • Kulit Yang Sihat

GLA telah digunakan sejak berzaman untuk kesihatan kulit, dan juga membantu dalam masalah kuku rapuh. 9 kajian ke atas GLA mendapati ia mampu merawat ekzema. Walaupun kesannya agak lambat (6-9 bulan) namun ia penantian yang berbaloi.

GLA dari minyak borage adalah pilihan yang paling praktikal. Setiap kapsul mengandungi 4 kali GLA lebih dari EPO.

Kerana itulah kami berbangga memperkenalkan GLA kami sebagai EPO yang TERBAIK!

Credit to MommyLyna
 http://vitaminsemulajadi.com/kelebihan-gla/

Monday 15 October 2012

Tips Diet Dengan Berkesan


Di sini saya nak berkongsi serba sedikit tips untuk menurunkan berat badan. Ramai di kalangan kita nak turunkan berat , tetapi kebanyakannya menjadi diet yo-yo, tidak menjadi dan tidak berkesan.







Ada yang mengamalkan diet ketat, hinggakan terjejas kesihatan. Oppss..jangan begitu.. Tidak makan semata-mata kerana ingi kurus, bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, ia juga tidak dianjurkan oleh Islam kerana 'menyeksa' tubuh sedemikian rupa. Tubuh kita juga perlu makanan yang berkhasiat dan bernutrisi agar dengan kesihatan itu kita dapat beribadah dengan baik.

Oleh itu, apa kata amalkan tips yang saya berikan di bawah...

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN
(1)   Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3)   Makan makanan yang rendah kalori dan amalkan senaman untuk membakar kalori dalam tubuh. Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit, 3-4 kali seminggu kerana lemak akan terbakar sekurang-kurangnya 30 minit.
(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari. Jika anda adalah individu yang sibuk, memadai dengan mengambil segelas ESP sebagai sarapan pagi anda. Ooppss..sebagai makanan tambahan ya, ia bukan bertujuan menggantikan makanan anda!
(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”. 
(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya kurang setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7)   Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur..Bukan tambah nasi yea.
(9)  Pengambilan snek di antara waktu makan dibolehkan, tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..Dalam Islam pun, dianjurkan makan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi, kerana ia meningkatkan penyerapan makanan. 
(11) Ambil tambahan vitamin kerana di dalam masakan dan jenis makanan yang kita makan belum mencukupi zat sebenar yang diperlukan oleh tubuh.

Semoga perkongsian serba sedikit ini memberi manfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. 

Selamat Mencuba (^__^)V

Thursday 11 October 2012

Bakar lemak dengan cepat?

Bila cakap tentang minyak ikan, ramai yang terbayang khasiatnya yang mengandungi DHA, EPA dan lain-lain yang sangat penting untuk perkembangan otak kan.

Kini, Omega Guard dari Shaklee terbukti lebih daripada itu. Ia ternyata berkesan untuk membakar lemak dan menurunkan paras kolesterol.



Bagaimana tu?

Kapsul Omega mengandungi asid lemak Omega 3 yang dijumpai di dalam minyak ikan. Ia membantu membakar lemak dengan cara bertindak balas terhadap sejenis hormon yang dipanggil Leptin.

Tindak balas hormon Leptin ini akan membuatkan selera makan menurun. Jadi, kita dapat mengurangkan berat badan dengan cara ini.

Apa lagi manfaat Omega ini untuk menurunkan kolesterol dan membakar lemak?


  • Ia membantu kita mengawal kelaparan dengan cara menstabilkan tekanan darah
  • Membakar lemak untuk menjana tenaga
  • Ia meningkatkan kadar metabolisme tubuh
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam tubuh. Trigliserida yang tinggi dalam tubuh akan disimpan di bawah kulit, itu yang menjadikan kita obesiti dan gemuk
  • Ia meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam tubuh
Kajian membuktikan mereka yang bersenam dan mengambil Omega akan dapat membakar lemak dengan leibh cepat berbanding mereka yang hanya bersenam sahaja tanpa mengambil Omega.





Sunday 7 October 2012

Anakku didignose pneumonia?? Oh Tuhan!

Hati ibu mana yang tidak resah kan bila anaknya menunjukkan gejala tidak sihat seperti batuk, demam, selesema, malah lebih runtun hati si ibu juga ayah apabila si kecil menunjukkan tanda yang kurang baik seperti demam yang tinggi 40 darjah celcius dan mengalami kesukaran bernafas.

Tanda-tanda di atas adalah sebahagian daripada gejala normal bagi kanak-kanak yang dijangkiti pneumonia.

Pnemonia ialah sejenis penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau fungus/kulat dan mengakibatkan inflamasi/keradangan pada paru-paru.





Apakah faktor yang MUNGKIN menyebabkab pneumonia?

a) Umur kurang daripada dua tahun. Kebanyakan pneumonia kanak-kanak terdapat dalam lingkungan umur ini.
(b) Sejarah yang dia dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang)
(c) Kekurangan zat makanan 
(d) Ibu atau bapa yang merokok
(e) Keadaan sosio-ekonomi keluarga yang kurang baik
(f)Penyakit lain dalam sistem respiratori seperti:
(i) Malformasi congenital e.g penyakit jantung congenital tracheoesophageal fistula
(ii) Asma
(iii) Penyakit imunodefisiensi
(iv) Gastroesophageal reflux

Berikut antara ciri-ciri klinikal penyakit pneumonia:

  • Batuk
  • Demam
  • Selesema
  • Kurang selera makan
  • Pernafasan menjadi cepat dan sesak



Wednesday 3 October 2012

Tips Mendidik Anak

Jom kita teliti sedikit tips yang dititipkan oleh Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..Indahnya Islam itu apabila semua yang ada ini telah diberi garis panduan..Tinggal untuk kita follow the rules je (^___^)V

Jom jadi ibu bapa yang kreatif dan "teman rapat" kepada anak-anak!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...