Showing posts with label Pengurusan Berat Badan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Berat Badan. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

Cara Mudah Kurus Dengan Pantas

Tahu tak kenapa program kuruskan badan yang anda lalui tak memberikan hasil? Jom follow TIPS yang saya berikan dan jauhi kesilapan yang tak sepatutnya anda buat untuk dapatkan berat badan idaman.

Jika anda pernah baca tips pengurusan berat badan yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ini adalah tambahan tips untuk itu.

Panduan Kurus Pantas

Haa..ni saya berikan tips, panduan dan juga saya terangkan kesilapan yang anda biasa lakukan. 

Bersenam sebelum makan

Menurut kajian yang dilakukan, bersenam awal pagi semasa perut kosong akan lebih banyak membakar kalori anda. 

Lepas tidur semalaman tanpa mengambil makanan, bersenam terlebih dahulu sebelum bersarapan mampu untuk membakar 20% lemak dalam tubuh kita. 

Senaman sebelum makan menyebabkan kita menggunakan tenaga yang berpunca dari sisa-sisa lemak yang ada dalam tubuh. Hasilnya, kadar penurunan lemak yang lebih pantas akan berlaku! 

Kawal Nafsu Makan 

Part ni ramai yang mengeluh kan. Sebab apa? Sebab agak sukar nak kontrol pemakanan. Bak kata orang, makan ikut suka je kan. 

Anda boleh ikut tips ini untuk bantu anda dalam berdiet. 

cara kurus pantas

Makan sebelum lapar

Ia bantu anda dengan makan bersederhana. Berbanding dengan makan ketika perut berkeroncong, kita cenderung untuk makan dengan lebih banyak dari biasa, kan?

Minum air masak 3L sehari

Pastikan anda minum air masak lebih ye. Kerana air kosong tanpa kalori ini membuatkan perut rasa penuh. Tak percaya? Cuba minum segelas air 200ml lebih kerap. Bila perut penuh, automatik kita pun takde rasa nak makan macam-macam kan. 

Minum Protein Shake

Minuman protein sangat membantu untuk memberi rasa kenyang, bagi anda yang tak dapat nak kontrol selera makan. Jadi bila minum "protein shakes", perut rasa kenyang je. Secara tak langsung kita tak terliur dengan makanan lain. Saya cadangkan minum protein shake terbaik untuk diet yang telah banyak membantu mengurangkan berat badan.

Bakar lemak anda!

Ada banyak cara nak bakar lemak yang ada dalam tubuh. Semuanya sangat mudah untuk dilakukan. Jom lihat caranya. 

Makanan

Ada banyak makanan yang bantu meningkatkan kadar metabolisme kita. Bila kadar metabolisme meningkat, senanglah lemak-lemak kita dibakar. 

Contoh makanan ialah Oat, lemon, limau (boleh juga buat air). Kebanyakan sayur-sayuran hijau yang membantu meningkatkan kadar metabolisme seperti brokoli, bayam, bawang putih juga berries. 

Jikaa anda sukakan makanan pedas, ini adalah berita baik! Kandungan capsaicin dalam cili bantu bakar kalori sehingga 30 minit selepas kita memakannya. 

Minumlah teh hijau sekurang-kurangnya 2x sehari. Teh hijau sangat bagus untuk kesihatan, dan ia bantu tingkatkan kadar metabolisme. Teh hijau pilihan saya adalah Cinch Tea dari Shaklee. Selain dari kebaikan di atas, ia bantu berikan tenaga EXTRA di saat tubuh kelesuan. 

Senaman

Ada banyak senaman ringan yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.  Antaranya senaman ringan dan kelebihannya: 

Skipping
Ia bantu kuatkan otot lengan, perut, peha dan bantu membakar lemak dalam tubuh. Anda cuma perlukan tali skipping sahaja. Heee mudah kan. Pastinya masa kecik dulu ramai yang selalu buat. Haa lompat. Lompat lagi!

Berlari/Jogging Setempat
Bagus untuk jantung kita. Awal-awal pagi, malah di dapur pun takde masalah nak jogging setempat ni. Tak perlukan kawasan yang luas pun.

Sit up
Lakukan sit up di rumah. Ia sangatlah bagus untuk kempiskan perut. Caranya pun mudah sahaja. Jika anda wanita, lagi bagus buat senaman kegel sekali. Tambah nilai gitu haa..Uppss jangan terlebih gelak okey.

Dalam sebuah program diet, yang paling penting adalah DISIPLIN. Disiplin diri jika anda betul-betul nak kuruskan badan.

Selamat Mencuba!

Hasanah Ahmad
013-2896454











Monday, 15 October 2012

Tips Diet Dengan Berkesan


Di sini saya nak berkongsi serba sedikit tips untuk menurunkan berat badan. Ramai di kalangan kita nak turunkan berat , tetapi kebanyakannya menjadi diet yo-yo, tidak menjadi dan tidak berkesan.







Ada yang mengamalkan diet ketat, hinggakan terjejas kesihatan. Oppss..jangan begitu.. Tidak makan semata-mata kerana ingi kurus, bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, ia juga tidak dianjurkan oleh Islam kerana 'menyeksa' tubuh sedemikian rupa. Tubuh kita juga perlu makanan yang berkhasiat dan bernutrisi agar dengan kesihatan itu kita dapat beribadah dengan baik.

Oleh itu, apa kata amalkan tips yang saya berikan di bawah...

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN
(1)   Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3)   Makan makanan yang rendah kalori dan amalkan senaman untuk membakar kalori dalam tubuh. Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit, 3-4 kali seminggu kerana lemak akan terbakar sekurang-kurangnya 30 minit.
(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari. Jika anda adalah individu yang sibuk, memadai dengan mengambil segelas ESP sebagai sarapan pagi anda. Ooppss..sebagai makanan tambahan ya, ia bukan bertujuan menggantikan makanan anda!
(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”. 
(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya kurang setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7)   Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur..Bukan tambah nasi yea.
(9)  Pengambilan snek di antara waktu makan dibolehkan, tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..Dalam Islam pun, dianjurkan makan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi, kerana ia meningkatkan penyerapan makanan. 
(11) Ambil tambahan vitamin kerana di dalam masakan dan jenis makanan yang kita makan belum mencukupi zat sebenar yang diperlukan oleh tubuh.

Semoga perkongsian serba sedikit ini memberi manfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. 

Selamat Mencuba (^__^)V

Thursday, 11 October 2012

Bakar lemak dengan cepat?

Bila cakap tentang minyak ikan, ramai yang terbayang khasiatnya yang mengandungi DHA, EPA dan lain-lain yang sangat penting untuk perkembangan otak kan.

Kini, Omega Guard dari Shaklee terbukti lebih daripada itu. Ia ternyata berkesan untuk membakar lemak dan menurunkan paras kolesterol.



Bagaimana tu?

Kapsul Omega mengandungi asid lemak Omega 3 yang dijumpai di dalam minyak ikan. Ia membantu membakar lemak dengan cara bertindak balas terhadap sejenis hormon yang dipanggil Leptin.

Tindak balas hormon Leptin ini akan membuatkan selera makan menurun. Jadi, kita dapat mengurangkan berat badan dengan cara ini.

Apa lagi manfaat Omega ini untuk menurunkan kolesterol dan membakar lemak?


  • Ia membantu kita mengawal kelaparan dengan cara menstabilkan tekanan darah
  • Membakar lemak untuk menjana tenaga
  • Ia meningkatkan kadar metabolisme tubuh
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam tubuh. Trigliserida yang tinggi dalam tubuh akan disimpan di bawah kulit, itu yang menjadikan kita obesiti dan gemuk
  • Ia meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam tubuh
Kajian membuktikan mereka yang bersenam dan mengambil Omega akan dapat membakar lemak dengan leibh cepat berbanding mereka yang hanya bersenam sahaja tanpa mengambil Omega.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...