Showing posts with label resdung. Show all posts
Showing posts with label resdung. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Resdung Semakin Lega!

Tiada yang lebih menggembirakan selain mendapat berita customer semakin bertambah baik kesihatan selepas menggunakan produk Shaklee.
Kami ingin membantu lebih ramai orang mendapat kesihatan yang lebih baik.

Beliau mengadu mengalami masalah resdung kronik. Cecair yang berbau busuk, kerap keluar memenuhi rongga hidung, merimaskan malah menyumbat hidung.
Selepas berjumpa doktor untuk masalah resdung dan mengambil ubatan hospital, masalah beliau menjadi semakin teruk apabila cecair yang keluar semakin busuk dan bernanah!

Prihatin dengan masalah yang dialami, beliau berjumpa suami saya untuk mendapatkan Set Resdung.
Saya mencadangkan Set Resdung yang terdiri dari Vitamin B Compleks, Vitamin C dan Alfalfa untuk masalah beliau.

Alhamdulillah. Cuma 6 hari mencuba, dengan izin Allah, masalahnya semakin berkurangan. Malah beliau rasakan amat selesa!

Lihatlah komen beliau dalam whatsappnya pada kami.


"Sekarang dah jauh baik dari hari tu."

Alhamdulillah. Semoga kesihatan beliau semakin pulih dengan ikhtiar ini. 

Nak baca lanjut mengenai masalah resdung? Anda boleh baca entry saya sebelum ini. Periksa tanda-tandanya jika anda alami masalah yang serupa. 

Jika anda mengalami masalah yang sama, hubungi saya untuk bantuan. Saya bersedia membantu anda. 

Hasanah
013-2896454


Saturday, 1 September 2012

Resdung? Ooh Tidak!!

Assalamualaikum..


Walaupun beberapa minggu kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja dan hal ehwal rumahtangga, namun dalam sibuk-sibuk ini, saya nak juga berkongsi dengan anda semua tentang suatu penyakit yang biasa kita dengar, RESDUNG.Bila sebut resdung, ramai yang terbayang wajah yang penuh berjerawat, atau mereka yang bersin setiap pagi, atau cecair/lendir yang keluar dari hidung, ataupun rawatan resdung yang mengeluarkan ulat2...oooh no!!


Jom kita baca sedikit info berikut mengenai resdung.



Beza rongga sinus pengidap resdung dan individu normal


Resdung atau nama glamer sikit sinusitis ni ialah suatu masalah kesihatan yang berkaitan dengan auto imune. Sinusitis berlaku di dalam rongga sinus, iaitu satu ruang (kaviti) di bahagian muka kita yang dipenuhi udara. Bagi pengidap sinusitis ini, ruang tersebut tidak dipenuhi udara, sebaliknya terdapat cecair/lendir (mukus) di bahagian tersebut akibat daripada jangkitan bakteria/virus/kulat. Jangkitan ini menyebabkan keradangan/inflamasi, kesannya rongga sinus akan menjadi bengkak, mengakibatkan wujudnya mukus ini.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak dan menghasilkan nanah.

Apakah tanda-tanda mereka yang mengidap resdung ini?


Bahagian sinus yang terlibat


  • Sakit di sekitar pipi, bahagian atas gigi biasanya disebabkan oleh jangkitan pada bahagian maxillary sinus 
  • Sakit di bahagian dahi, dan di atas kening biasanya disebabkan oleh jangkitan pada bahagian frontal sinus.
  • Sakit pada bahagian belakang mata atau di atas kepala biasanya kerana jangkitan pada bahagian sphenoid sinus
  • Sakit di sekitar atau belakang mata biasanya kerana jangkitan pada kawasan ethmoid sinus
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka
  • Hidung sentiasa berair
  • Hidung tersumbat
  • Pening kepala
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak berwarna kuning pekat dan kehijauan
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal pada hidung
  • Kurang deria rasa dan bau
Awas..Selesema yang berpanjangan juga adakalanya adalah kerana sinusitis ini. Sekiranya anda mengidap masalah ini, jika tidak terkawal, kemungkinan perlukan pembedahan.Jom kawal gejala resdung ini!

Bagaimana Shaklee dapat membantu anda?

  • Vitamin B Complex Shaklee
  • Sustain released Vita-C 
  • Nutriferon
  • Alfalfa

Berikut adalah cadangan produk yang sesuai untuk mereka yang alami gejala sinusitis.

Untuk maklumat lanjut dan konsultasi, sila hubungi saya :)

Saya menyediakan konsultasi, bimbingan dan follow up berterusan untuk memastikan maklumat kesihatan dan penggunaan produk dengan betul dan berkesan.


Hasanah Ahmad
Page Fb: My Super Store
HP: 013-492 6468
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...